Thursday, June 16, 2016

Dentuman pemecah sunyi di malam Ramadhan.

.

Budaya, adat dan syariat...

Kaitan kemeriahan bunga api dan meriam karbaid dengan sambutan hari raya.

Bagi gen x, malam-malam Ramadhan yang sepi dari dentuman dan bau pengit karbaid sedikit mencalar kemeriahan menjelang hari raya.

Bagi gen y, situasinya seperti biasa. Tiada pengalaman bermain bunga api dan meriam untuk dikenang dan diceritakan.

Kecuali di kampung2. Aku rasa kemeriahan dentuman meriam masih ada di sana.

Bandar2 baharu muncul, deretan rumah teres yang padat dan juga kampung tersusun yang rapat2 menjadikan bunyi dentuman amat menjengkelkan. Lebih2 lagi jika ada penghuni dengan anak kecil.

Tidak seperti di kampung2, jarak rumah agak besar jadi dentuman meriam tidak kuat, malah mungkin merdu kerana dapat memecah hening malam. Tanpa dentumam itu, hanya cengkerik dan serangga liar malam yang berbunyi.

Aneh...dalam kenakalan bermain meriam dan bunga api dulu2, tak pula aku dengar ada yang putus jari atau pecah muka. Apakah masalahnya dengan budak2 zaman sekarang?




.

2 comments:

cinta said...

Tetiba teringat zaman kecik2 kat kg.
Baling mercun dlm semak pastu ada bunyi adoi. Misteri betul. Heheh.

Btw masalahnya bdk skrg atau mercun skrg?

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Hmmm...mgkn mercun skrg terlalu kuat...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com