Wednesday, September 7, 2016

Sudut pandangan 60°

.

Tonton drama Melayu, tadi.

Ada 'mat saleh' singgah di kampung Melayu, membukakan pintu kereta untuk gadis Melayu masuk ke dalam kereta. Mungkin satu pandangan yang lazim di England tapi jarang di sini.


Pada satu sudut, lelaki itu bersikap 'gentleman'...satu kebanggaan buat lelaki yang dapat menunjukkan sikap budiman dan hormat pada wanita.

Pada sudut satu lagi, kelakuan itu menunjukkan sikap romantis sang lelaki kepada wanita yang menjadi dambaannya, juga menunjukkan dia sanggup melayan atau melakukan apa saja untuk wanita. Dan seharusnya wanita itu berasakan lelaki itu telah ditakluki.

Pada sudut yang lagi satu pula, seolah-olah satu kelemahan buat wanita, yang sepanjang masa perlukan sokongan dan bantuan lelaki...hatta nak buka pintu kereta pun tak mampu buat sendiri.


Pandanganlah dari sudut mana-mana pun...




.

4 comments:

cinta said...

Realitinya

Wanita melayu sgt berdikari dan kuat.

Si bini mengandung terdoyot2 jalan dukung anak n pikul beg lampin n susu sebelah kanan dan sebelah kiri pikul handbag dan pimpin tgn ank yg lagi sorg.

Laki dia? Melenggang bwk kunci keta je masuk keta start enjin isap rokok dulu.

Not a gentleman. A gentelman.

Btw nabi dulu duk melutut bagi bini pijak peha nk naik unta. Mat saleh tu cuba ikut sunnah kot. Hehe.

Defender Guard said...

Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

sudipVSsenduk said...

ramai yg akan bukakan pintu dan angkat kita masuk & keluar dari van jenazah satu hari nanti.. sob sob

Mar Mansor said...

sudut pandangan setiap manusia juga berbeza

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com