Tuesday, September 13, 2016

Teori 'The Big Bang' tertolak dalam Islam?

.

The big bang theory has some flaws...


Dalam teori big bang, awal permulaan alam dunia ini dikatakan jirim adalah padu tetapi bukan seperti pepejal. Dikatakan padu sebab ketumpatannya amat2 tinggi. Walau pun begitu, ia masih seperti jelly. Mereka namakan sebagai 'primordial soup'.

Aku tak nak sentuh pasal sup. Aku nak cerita tentang bagaimana alam dunia ni berkembang dan terbina seperti yang sedia ada ini.

Menurut teori big bang, sup tadi itu meletup dan memencarkan jirim ke semua arah lalu alam dunia pun terbentuk....yang turut terbentuk ialah masa dan ruang. Di sini aku ada a big question mark.

Kalaulah ia meletup, aku tak rasa alam ini terbentuk seperti ini. Kita juga perlu ingat, bukan setakat bintang dan galaksi sahaja yang terbentuk. Hukum dan aturan juga 'dilahirkan' selepas itu.

1. Proses 'letupan' adalah proses luar kawalan. Cuba letupkan sebutir bom, adakah kita dapat jangka bagaimana corak sebaran serpihannya? Ya, kita boleh ukur kekuatan bom itu. Kita boleh tentukan masa letupan dan arah letupan. Tapi kita tak mampu nak agak bagaimana serpihan terhambur.

2. Mengikut teori mereka juga, sebelum meletup, ruang dan masa belum wujud. Jika ruang dan masa belum wujud, hukum2 fizik juga belum wujud. Graviti dan elektromagnetisme pun belum ada. Ini menguatkan lagi bahawa letupan itu proses luar kawalan.

3. Sedangkan kita tahu dan lihat sendiri bagaimana alam ini berkembang membentuk galaksi dan bintang dengan hukum dan aturannya.

4. Oleh kerana segalanya dianggap luar kawalan, mereka terpaksa mengatakan bahawa Bumi dan segala hidupannya adalah 'simply mere chance'. Mereka merumuskan kita ini wujud secara tak sengaja dan bernasib baik. Pendapat ini juga tidak ubah seperti mereka yang pro-Darwinisme yang berpendapat sel tunggal awal terbentuk dari protin asas yang terhasil dengan tidak sengaja setelah kena petir, maka dari situ sel tunggal itu berkembang jadi sel yang kompleks.

Adakah alam dunia ini dikembangkan dan dibina tanpa sebarang perancangan dan aturan?

Adakah segalanya wujud dengan cara tidak sengaja atau bernasib baik?

Aku tak rasa macam itu.

Jadi, berhati hatilah kepada mereka yang terlalu cepat mengiakan teori big bang itu selaras dengan pandangan Islam. Baca dan fahami dulu teori itu dan implikasinya sebelum terus bersetuju. Saranan aku ini juga kepada mereka yang bertaraf professor.






.

3 comments:

Daddy Ziyyad said...

Kita tanya mereka, jirim primordial soup tu pulak, macam mana terhasil? Wujud dengan tiba2? jeng jeng jeng...

sudipVSsenduk said...

teori yang tak kukuh.. nampak terlalu banyak kelamahan & tak logik.

Nizam.Ariff said...

Daddyz.
Jawapan escapisme golongan itu: mere chance.... haha

SvS.
Ya....dan mereka sedang tampal lobang2 yg ada dlm teori tu.....haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com