Monday, November 7, 2016

EEV Car versus Safety...

.

Bukan setakat di Malaysia sahaja, bahkan dunia sudah melobi ke arah kenderaan bertaraf EEV atau kenderaan cekap guna-tenaga. Definisi terbaik mungkin dari MAI:

"Vehicles that meet a defined specifications in terms of carbon emission level (g/km) and fuel consumption (l/100 km)... "

Sumber: Paultan, artikel selanjutnya klik ini:  paultan.org ...

Ia satu usaha yang murni, tidak disangkal lagi. Tapi reaksi dari pemain industri pengeluar kereta adalah macam-macam. Masing-masing dengan strategi teknikal tersendiri kerana teknologi untuk kenderaan cekap-tenaga (dan mesra-alam) sebenarnya masih mahal dan kepada pembeli, ia belum berbaloi dengan harganya.

Apa yang kita tidak mahu ialah 'short cuts' atau jalan pintas dalam mengeluarkan kenderaan cekap-tenaga. Untuk menghasilkan kenderaan yang cekap tenaga, biasanya mereka menggunakan enjin yang bersaiz kecil tetapi kecekapan enjinnya dipertingkatkan supaya kuasa yang dijana dapat menyamai enjin yang lebih besar. Strategi yang lain, menggandingkan dengan motor elektrik maka jadilah kenderaan Hybrid. Atau 100% menggunakan motor elektrik seperti Tesla. Jika bukan Hybrid atau 100% elektrik, bermakna janakuasa tertumpu pada kecekapan enjin.

Satu nisbah yang sering digunakan dalam industri kereta ialah " Power to Weight Ratio " atau "power/weight". Nisbah ini mempunyai kaitan untuk mencapai kenderaan cekap-tenaga. Untuk menghasilkan kenderaan yang jimat guna petrol, ada dua cara: tingkatkan kuasa (atau kecekapan) enjin atau kurangkan berat kenderaan.

Kepada pengeluar kereta yang tidak ada cara untuk menaiktaraf enjin sendiri, cara yang lebih mudah ialah mengurangkan berat kereta tetapi mengekalkan keselesaan. Dan disinilah kerisauan aku. Bagaimana mahu mengurangkan berat kereta tanpa mengganggu struktur kerangka dan faktor keselamatan? Aku takut ada jalan pintas...



.

2 comments:

cinta said...

Everything goes back to the bucks. Bucks sound just like bugs anyway.

Nizam.Ariff said...

Cinta...tggjwb kpd pengguna kena la kira juga, kan?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com