Sunday, December 25, 2016

Hilangkan kesan water mark pada cermin kereta

.

Entah kenapa zaman sekarang ni cermin kereta cepat sangat ada kesan watermark. Adakah sebab cermin kereta sudah kurang kualiti atau air hujan semakin berasid.

Entri ini bukan marketing, hanya nak berkongsi cerita. Bahayanya watermark ini bila memandu pada hari hujan atau berkabus, tak nampak kereta di depan atau belakang, lebih2 lagi kalau kereta jenis sedan (tak ada rear wiper).

Bermacam cara aku dah cuba:

Aku pernah beberapa kali ke car spa untuk hilangkan watermark. Kosnya memang mahal, beratus ringgit dan kesannya memang hilang. Tapi hanya bertahan dalam 6 bulan kalau masih park di bawah langit. Nak ulang hantar setiap 6 bulan, tak termampu rasanya.

Aku cuba petua supaya jirus air paip setiap pagi atau selepas hujan. Tak berkesan juga. Al maklumlah, kalau hujan tengah malam, takkan rajin nak bangun dan jirus. Nak selimutkan dengan plastik setiap hari, seganlah pula tapi rasa-rasanya, itulah yang lebih efektif.

Aku google dan terjumpa beberapa petua. Antaranya lap dengan cuka. Aku cuba dan tak berjaya. Aku cuba dengan bikarbonat, juga tak berjaya. Malah aku pernah cuba guna asid untuk cuci jubin lantai bilik air, juga sama.

Akhirnya semalam ada ternampak satu produk, katanya khas untuk cermin kereta. Aku beli untuk cuba.



Sah ianya berasid sebab apabila terkena tangan, kulit rasa macam licin...terhakis. patutlah disuruh guna sarung tangan getah dan kena jirus air banyak2 kalau terkena cat



Kesannya agak memberangsangkan tapi tengoklah nanti berapa lama boleh bertahan. Kalau ikut seperti yang disyorkan, sebulan sekali. Harganya pun ok juga, guna sikit-sikit.




.

7 comments:

Etuza Etuza said...

Best jg ni ..terima kasih infor ni ya

Nizam.Ariff said...

Etuza
Sama2.....

Rahish Shafie said...

pernah nampak ni kat tesco. x terlintas nak beli, bila dtg balik nak beli stok xde. sedih gila.

Unknown said...

Berapa hrga n boleh dapat kat mane ekh brg tu?

Nizam.Ariff said...

Unknown.
Aku beli kat hatdware je. Tesco n giant pun mgkn ada...

Landy said...

Aku pakai NAL pencuci cermin..beli kt fb..watermark hilang cermin kilat mcm baru

https://www.facebook.com/NAL-Pencuci-Cermin-Kaca-686028184941563/

Aida Ismail said...

nak cari product WATERMARK REMOVER ..!!!

PASTI NYA ANDA NAK MURAH...!!
BERKUALITI ...!!!
WASSAP
"WATERMARK REMOVER "
01111-677-464

CONFIRM anda tak cari yang lain ...!!!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com