Tuesday, January 3, 2017

Memancing di tasik yang penuh Peacock Bass atau Maharani

.


Tasik yang tak jauh dari rumah aku itu memang trankuil, seharusnya penghuni tasiknya pun meriah. Tapi tidak. Sudah beberapa kali aku cuba tapi tak mendapat.

Dari cakap cakap orang, tasik itu banyak ikan Peacock Bass... non-native pada perairan kita. Dan ianya ikan pemangsa yang ganas, mungkin sama ganas dengan Haruan.

Jadi pagi pagi tadi aku dan Ariff pergi mencari petunjuk. Berbekalkan joran kekili dan joran teleskopik, dan rapala dan cacing yang aku cari di sekitar tasik, strategi aku: teknik casting dengan rapala untuk ikan besar manakala joran teleskopik dengan umpan cacing untuk pancing di tepi.



Aku biarkan Ariff buat casting untuk menajamkan teknik hujaman dia, manakala aku pula pancing di birai rumput di tepi tasik. Baru sahaja aku letak, umpan aku sudah disambar anak Peacock Bass.



Tak padan dengan saiznya yang kecil tapi mulutnya itu boleh muat jari telunjuk aku! Bayangkanlah betapa pelahapnya ikan spesis itu. Aku cuba lagi di beberapa tempat, anak ikan yang sama juga yang menyambar, kecuali ada seekor anak haruan yang kelaparan belum sarapan pagi agaknya.

Kalau yang kecil ada, tentulah ibunya ada. Aku tukar mata rapala kepala mata tunggal, aku ambil seekor yang paling kecil dan aku cucukkan pada mata joran kekili. Aku ikatkan polisterin yang aku jumpa di tepi tasik sebagai pelampung dan aku hujamkan ke tengah tasik. Tapi tak mahu pula dijamahnya.




Ikan spesis ini boleh dikatakan perosak ekosistem jika jumlahnya tak terkawal. Barulah aku faham kenapa hampir tak ada ikan sepat atau puyu. Malah ikan tilapia yang biasanya berduyun menghuni tasik pun hampir tak kelihatan.



.

4 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

baru tahu ikan tu...xpernah lgi rietta tgk...spises dominan erk? nmpak cm kecik je...

Nizam.Ariff said...

Rieta.
Itu baru anaknya.. .haha

Kakzakie Purvit said...

Ilmu baru buat kakak
Kiranya ikan ni hero di tasik tersebut
Ikan lain semua jadi mangsamasuk dalam perutnya - mulut besar haha...

Nizam.Ariff said...

Kakzakie.
Suka makan besar....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com