Thursday, May 4, 2017

Job security has obsolete... tapi ayam berkais hari2

.

Ada tonton satu video pantas dari penulis Rich Dad Poor Dad. Salah satu kenyataannya dia kata zaman ini "no more job security, job security has obsolete".

Aku tak berhajat nak komen pandangan dia. Aku cuma tertarik dengan "job security" yang aku rasa boleh dikaitkan dengan satu peribahasa kita.



"Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."

Peribahasa itu sering diguna untuk menunjukkan betapa sukarnya untuk menyara hidup. Ia menggambarkan usaha seseorang itu hanya cukup untuk seketika, jauh dari mengumpul harta. Namun aku rasa ia juga boleh diterjemah dalam konsep moden yang berkaitan dengan "job security".

Peribahasa itu memberitahu satu konsep hidup dalam 'ketidakselesaan', dimana dengan konsep ini:

·         memupuk sikap dan sifat keusahawanan (entrepreneur)
·         sanggup mengambil risiko yang lebih besar dalam setiap usahanya
·         tidak menunggu peluang, tapi mencari peluang
·         rembat apa yang ada di depan mata, jangan terlalu memilih
·         tidak berfikir terlalu panjang ke depan, tapi fikirkan langkah demi langkah
·         lebih baik menjadi realistik daripada menjadi idealistik
·         bersyukur dengan apa yang dapat, esok usaha lagi


Konsep "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", jika diberikan konsep baharu, akan menjadi satu konsep yang bagus untuk diamalkan.

Lagi pun remaja zaman sekarang memang lebih bersikap keusahawanan daripada generasi sebelumnya.



.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com