Friday, June 30, 2017

Tekukur yang sesat...tertangkap dan dicabul oleh tangan-tangan gatal

.



Ia terbang mencari makanan tapi terbangnya di tempat yang terlarang. Mencari makanan tidak salah tapi masuk ke dalam reban si ayam.

Kesilapan yang boleh mengundang padah. Tapi rezekinya masih panjang. Jika bukan di reban yang itu, mungkin sudah menjadi rendang. Maklumlah, hari raya masih berbaki.

Maka ia pun dilepas dan dibebas tanpa dipanggil semula untuk perbicaraan.


.

2 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

meracik burung ke?

burung ni bijak sebenarnya. pandai buat marketing.

setiap kali bersuara, dia akan kenalkan diri dia sebagai, terkukur...

Nizam.Ariff said...

Rap.
Tak... Itu burung sesat

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com