Thursday, August 24, 2017

Fikiran di malam Jumaat

.

Satu dialog dalam filem 'Wu Xia'.

"Kampung kamu jauh dari sini. Ada dua sebab kenapa kamu sanggup datang ke sini: sama ada kamu sukakan kampung ini atau kamu bencikan kampung kamu. Yang mana satu sebab kamu?"

Sesuatu yang baik untuk difikirkan.

Dalam falsafah Barat, ianya 'pull and push factor'.

Dalam falsafah Orientalis, ianya 'carrot and stick'.

Dalam falsafah Timur, ianya 'rela atau terpaksa'.

Dalam konsep motivasi Islam, ianya 'pahala atau dosa'.

Dalam konsep keadilan Islam, ianya 'syurga atau neraka'.

Fahaman-fahaman di atas dipercayai sebagai penggalak kepada seseorang untuk bergerak / berpindah / berhijrah.... dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain.

Namun begitu, percayalah....
Fahaman-fahaman itu TIADA yang setara dengan konsep IKHLAS.

IKHLAS boleh menegakkan pahala dan jalan syurga. TAK IKHLAS boleh hapuskan kedua-duanya.

Sebab itulah IKHLAS itu mudah untuk diberi definisi TAPI payah untuk diteladani.


.

2 comments:

Anonymous said...

ada org cakap dengan aku, ikhlas tu ialah memberi tanpa ingin mendapatkan kembali apa yang diberikan. itu automatik lahir dari hati, dan bukannya kita mengikut panduan / guideline atau apa.

wallahualam

Nizam.Ariff said...

Rap
Itu mgkn baru sbhgn dari definisi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com