Monday, August 7, 2017

Satay yang aku suka di Seks. 3

.

Usai fisioterapi aku di DEMC, kami singgah makan di Restoran Syed (seks 3). Ketika menunggu pesanan sampai ke meja, Ariff buka lipatan akhbar The Edge sisipan Properties yang diambil di DEMC.

"Ini aarr... date saja betul. Lain semua tara betul." Tiba-tiba seorang lelaki pertengahan abad yang datang duduk di meja bersambung di sebelah menyapa Ariff.

Secara spontan aku ikut ketawa. Ariff terpinga-pinga kerana tak faham dengan cara lawak orang tua2.

Sambil lelaki itu duduk2 sambil menghirup teh O separa gelas, dia memberikan arahan itu ini kepada pembantu restoran. Suruh kemas dan lap meja. Dalam bahasa yang aku tak faham.

Tak lama lepas itu, satay kami pun datang.



Aku suka satay di sini. Penuh daging, tanpa cebisan lemak. Yang paling aku suka sebab dagingnya tak terlalu manis dan kuahnya berasa rempah dan juga tak terlalu manis. Jadi, tak cepat muak.

"Satay ni sedap. Buat sendiri ke?" Tanya aku kepada lelaki tadi.

"Ini satay ada kilang. Kami supply ke 5 Chinese hotels 4-5 star." Terangnya.



"Nasi goreng tu sedap ka, adik?" Dia tanya Ariff. Ariff hanya angguk2 kepala sambil tersenyum.

"Cukup ka? Kalau mau tambah, order lagi. Pakcik kasi free, tak payah bayar." Sambungnya lagi.

"Oo..cukup, cukup." Balas Ariff.


.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com