Saturday, September 16, 2017

Awasi handphone anda, hati2 dengan nombor telefon anda...

.

Sekarang, tak banyak surat dan bil yang masuk ke dalam peti surat. Bil2 yang aku terima cuma eletrik dan air. Yang lain dihantar melalui emel dan SMS.

Urusan di hujung jari dan pada skrin handphone. Bayar bil, pindah duit, kad hutang dll pun sudah secara atas-talian. Buku bank dah tiada fungsi. Bank Islam sudah lama tanpa buku bank.

Baru2 ini, urusan berkaitan ASNB pun sudah atas talian. Aku orang konservatif dan ortodoks. Aku lebih selesa jika urusan dicetak pada sekeping kertas. Paling tidak, aku ada sesuatu yang aku boleh pegang, lihat dan hidu.

Urusan2 perbankan atas talian menggunakan sistem TAC sebagai salah satu ciri keselamatan. Ciri yang mengenal pasti bahawa urusan itu dilakukan oleh pemilik akaun.

Kini handphone dan nombor handphone adalah satu tanda pengenalan diri, sama seperti nombor kad pengenalan.

Kepentingan nombor handphone sudah setara dengan nombor kad pengenalan. Malah nombor handphone dan emel memberikan lebih maklumat daripada kad pengenalan.

Sedar atau tidak, setiap orang yang ada nombor handphone dan emel adalah terdedah kepada pihak ke-3. Salah satu ancaman yang dibawa oleh sistem operasi Android.

Lokasi kita boleh dipantau melalui google location service. Kerajaan juga boleh tahu lokasi melalui IP Number yang unik untuk setiap handphone. Urusan kita boleh diketahui melalui google history.

Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang marketing, mereka menggunakan maklumat kita dalam merangka strategi pemasaran. FB diberi percuma kerana kita 'membayarnya' dengan menjadi sebahagian daripada statistik dan profile mereka. Dan mereka 'menjual' data ini kepada peniaga2 seluruh dunia. Itu sebabnya FB untung berbillion dollar.

Dulu, sebelum ada akta PDPA, maklumat nombor telefon kita boleh dijual sehingga 20sen/nombor kepada pihak ke-3. Itu sebabnya dulu kita selalu dapat SMS berstatus spam dan dapat panggilan dari telemarketing. Sekarang sudah hampir tiada.

Tapi...mereka 'lepaskan' satu spesis binatang dalam talian, salah satunya diistilahkan sebagai 'crawler'. Tugas crawler ni macam namanya, ia merangkak dari media sosial ke media sosial kita untuk mengumpul data (laman apa yang kerap kita kunjungi, masa, data peribadi seperti umur, lokasi, preferrence dll) untuk dijadikan profile peribadi setiap kita. Profile ini akan diberikan kepada 'master' untuk digunakan dalam merangka strategi.

Seminggu dua ini aku didedahkan kepada beberapa sistem...

(Nantilah aku sambung...)

.

2 comments:

Anonymous said...

ada untung sebab nak cepat. tapi kadang-kadang manual juga lah bagus.

yang hal menjaja no telefon itu pun saya rasa risau juga.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Social Media memang gunakan data peribadi kita...tu sbb semua tu kita guna free je....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com