Thursday, September 7, 2017

Bina perangkap / bubu Haruan dari bahan2 terbuang

.
Satu hari itu aku balik kampung dan pusing keliling kebun milik abang. Di kebunnya ada 3 kolam buatan (tanahnya dikorek untuk meninggikan paras tanah kebun itu). Kolam2 itu disambungkan dengan parit kecil.

Apabila terlihat keadaan parit kecil itu, sah ada bekas laluan tikus, memerang, biawak...dan ikan haruan.





Serta merta kepala aku berputar ligat, memikirkan bubu untuk ikan haruan atau keli. Tapi bubu yang standard dibuat daripada jaring mata punai atau buluh. Tak boleh jadi.

Aku pusing keliling rumah abang aku. Aku terjumpa paip PVC bersaiz agak besar. Kemudian aku cari pula pukat lama yang telah dibuang, dan segelung kabel aerial TV yang hampir reput.

Aku potong jaring itu berbentuk 'kon' dan aku jahit/ikat untuk dijadikan corong injap. Diameter bukaan injap itu sebesar paip PVC. Hujung corong injap dibiarkan terbuka sebesar lengan, dan aku ikat satu tali untuk ditambat ada badan paip PVC supaya corong injap tidak runtuh (collapse) jika dirempuh ikan.

Aku gunakan kabel aerial itu sebagai tetulang (reinforcement) untuk diikatkan kepada paip PVC.

Hujung paip PVC satu lagi aku tutup / balut dengan saki baki jaring pukat. Maka jadilah seperti ini...



Selang satu malam, air melimpah naik kerana hujan. Maka ikan haruan pun ikut naik ke kawasan cetek. Di situlah aku aku buat empang kecil daripada lumpur dan ranting2 kayu. Lorong kecil khas aku buat untuk letakkan perangkap PVC tadi. Kemudian, aku tutup dengan daun2. Berdoalah agar tidak dihancurkan oleh memerang atau biawak.



Hasil?
Dapatlah seekor ikan haruan sebesar lengan orang dewasa. Tapi ada satu masalah! Aku terlupa untuk buatkan 'pintu' untuk keluarkan ikan. Maka terpaksalah aku potong tali jaring.


.

2 comments:

Lady Windsor said...

serious, aku makan haruan dulu tapi dah terbaca satu entri kat FB dua tiga hari lepas, dia tunjuk dalam perut haruan ada anak ular dua tiga ekor...bluerkkkk aku rasa aku x nak dah makan haruan..tapi kalau dihidang dan aku tak tau, aku makan jer

Nizam.Ariff said...

LW.
Dah tu makanan dia...haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com