Monday, September 11, 2017

Misteri di kedai makan di Simpang Ampat

.

Dalam perjalanan balik ke S.Alam awal malam tadi, kami tiga beranak singgah makan di sebuah kedai makan.

Biasalah, makan malam. Tapi ada satu misteri tahap Mastika berlaku.

Kami sudah buat pesanan, waiter tu siap tulis di atas kertas lagi. Tapi waiter tu datang 2-3 kali tanya balik pesanan kami. Seolah-olah minta kepastian berkali-kali.

Bila sampai air minuman, tiba-tiba ada 4 gelas... termasuk segelas teh ais yang kami tak pesan pun. Kami suruh dia ambil balik.

Bila sampai nasi pula, ada nasi putih tambahan sepinggan yang kami tak pesan... Kami suruh dia ambil balik.

Tak lama lepas itu datang waiter lain dan tanya lagi, "tadi ada order lempeng kelapa?" Ariff gelengkan kepala... maksudnya, dia tak pesan pun.

Mereka nampak kami ini datang berempat ke???

(Pasti 'orang yang ke-4' itu order nasi putih, lempeng kelapa dan teh ais).


.

5 comments:

mokjadeandell said...

seram ya kalau ada entiti yg mengikut mkn semeja..tapi lagi seram kalau tuan restoran tak nampak kita. Meja lain yg lambat datang pun dah dapat makanan. Kita yg lebih awal termangu saja..dah jadi halimunan agaknya meja kita.

Nizam.Ariff said...

Mokja.
Kiranya aku ni dah kira terbalik dari halimunan la...haha

cinta said...

Nasi putih mkn dgn lempeng kelapa. Pelik juga selere org ke 4 tu.

Lady Windsor said...

hmmm jangan biarkan hidup dalam misteri eh..dia misterikokan kat kedai makan tak pe lagi, jangan dia misterikokan kat rumah sudahhh...

Nizam.Ariff said...

Cinta.
Selera masing2 hahaha

LW.
Err...harap2 tak la ngikut (klu ada)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com