Saturday, September 9, 2017

Petua makan petai

.
Aku dah lama perasan petai ada yang bermata jarang2 dan bermata rapat2. Tapi aku tak tahu apa beza kedua2nya. Sehinggalah pada satu petang 4 hari lepas, aku beli petai dari seorang veteran di tepi jalan masuk ke Bukit Bandaraya. Dia datang dari Batu Kurau.

Katanya dia ada bawa dua jenis petai. Harganya pun berlainan. Aku tanya, kalau nak dibuat ulam mentah, petai yang mana satu lebih sedap. Dia jawab, petai biasa (bermata jarang) lebih sedap dan lemak, malah kulitnya pun boleh dimakan. Dan boleh ditumis kerana kulitnya lembut.

Manakala Petai Padi, menurutnya lagi, lebih sesuai untuk dibuat petai jeruk.

Di sebelah kanan tu Petai Padi. Yang di kiri tu aku siap potong tepi dan kikis kulitnya untuk ditumis.


Petai punyai banyak khasiat. Tapi ramai tak gemar makan petai sebab berbau.

Ada petuanya. Selepas makan petai, carilah pokok Pisang Berangan. Pilih pangkal pokok yang sesuai dan kencing di situ. Bilik air anda tidak akan berbau petai. Silakan mencuba.

.

2 comments:

Lady Windsor said...

satu hal pulak nak cari pokok pisang berangan...aku ni dah la suka berangan chehh! hahaha...

Nizam.Ariff said...

LW.
Hahaha ...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com