Friday, October 13, 2017

3 kelalaian yang menyebabkan bateri 'kong'

.

Memang menjadi satu masalah kalau bateri lemah / 'kong' dan kita pula tak sangka / bersedia. Aku nak kongsikan pengalaman aku sikit pasal bateri ni. Selain daripada masalah sistem mekanikal pengecasan dan bateri lusuh, aku dapati banyak puncanya dari KELEKAAN / KECUAIAN kita sendiri.

KUASA BATERI HABIS KERANA 3 KECUAIAN

Terlupa tutup lampu hadapan. Tapi sekarang ini rata-rata kalau kita matikan enjin dan buka pintu dalam keadaan lampu terpasang, penggera akan berbunyi. Suis penggera ini mendapat suapan daripada suis pintu (door switch). Masalahnya, kalau pintu ditutup semula, penggera ini tidak lagi berbunyi. Kalau kita keluar cepat-cepat dan tutup pintu, kita mungkin tak perasan bunyi penggera dan lampu dibiarkan terpasang.

Lampu kabin (dome light) dibiarkan terpasang.Lampu kabin mendapat bekalan elektrik terus dari bateri. Maknanya, ia boleh dipasang walau tanpa kunci dihidupkan. Lampu kabin mempunyai 3 kedudukan ketetapan / set: Off / Door / On. Kadang-kadang kita set pada On dan terlupa untuk tutup semasa keluar dari kereta (dan tiada penggera yang akan berbunyi).



Lampu bonet terpasang tanpa kita sedari. Ini terjadi pada kereta aku. Lampu bonet (trunk light) akan terpasang secara automatik bila kita buka bonet. Ada suis pada selak bonet itu. Ia juga terpasang jika pintu dibuka melalui suapan dari suis pintu. Masalah pada kereta aku (kereta tua), suis pintu (door switch) ada yang rosak. Aku kunci secara manual sebab kalau aku hidupkan alarm, nanti penggera berbunyi. TANPA aku sedar, rupa-rupanya lampu di dalam 'car boot' atau bonet menyala berterusan. Akibatnya, kuasa bateri kereta aku habis.

Door Switch


.

2 comments:

Lady Windsor said...

aku jarang berdepn masalah bateri kong...yang aku hadapi kini ialah linking..minyak hitam cepat je kering..setiap dua minggu kena topup minyak engine..nak obahaul keta tu kepala agung x cukup lagi beb..

Nizam.Ariff said...

LW.
Top overhaul le tu...kasi potong la sikit...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com