Wednesday, October 25, 2017

Berapa anggaran jumlah kita bayar GST sebulan?

.

KUALA LUMPUR - Jumlah hasil bersih kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 September 2017 mencecah sebanyak RM29.81 bilion.
Sementara itu, menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Othman Aziz bagi tahun 2017 kerajaan telah mengunjurkan kutipan GST sebanyak RM40 bilion.


Jumlah rakyat Malaysia sekitar 31 juta. Dicampur dengan pendatangan dengan izin dan tanpa izin, katakanlah 4 juta. Pelancung luar negara, pekerja professional / ekspatriat, katakanlah lagi 3 juta. Jumlah: 38 juta orang.

Cukai GST dari Jan-Sep 2017 dikutip sebanyak RM29.8 bilion. Dijangkakan tahun 2017 pula sebanyak RM40 bilion.

Jom kira berapa setiap orang akan bayar GST pada tahun 2017....

GST 2017: RM40 ribu juta dibahagi dengan jumlah penduduk 38 juta orang.
= RM1,053 /orang setahun.
= RM88 /orang sebulan.

Keluarga aku terdiri daripada 3 orang. Bermakna secara purata, keluarga aku bayar RM264 sebulan untuk GST pada tahun ini.

RM264 sebulan untuk GST!

Hmmm....patutlah rasa senak perut je.

Oh...nasib baik ada BR1M. Kiranya GST setahun tu sudah dibayar balik dgn BR1M lah.

.

2 comments:

Anonymous said...

dugaan - dugaan,

semoga bermanfaat kutipan itu masa akan datang.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Pahit rasanya....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com