Tuesday, October 10, 2017

Tips kalau kereta dibiarkan / tak bergerak lama

.
Ada sedikit pesanan kepada mereka yang membiarkan kereta tak bergerak lama. Maklumlah... mungkin kereta sudah jarang bergerak sebab dah ada kereta baharu atau pergi kerja naik motor atau tumpang orang atau naik lrt/mrt.

Dua perkara utama yang sering aku dengar dari rungutan kawan-kawan apabila kereta dibiarkan lama-lama ialah brek jammed dan bateri conk.

BREK MELEKAT / JAMMED.
Kita akan tarik brek tangan (handbrake) ketika parking. Handbrake berfungsi untuk cengkaman pada kedua-dua tayar belakang. Dengan keadaan cuaca kita yang panas-sejuk, hujan-cerah dan kelembapan yang tinggi, brek akan melekat.

Jika brek dah melekat, payah nak dibetulkan. Maklumlah, kereta dah tak boleh bergerak. Salah satu cara nak elakkan ialah jangan tarik handbrake kalau kereta jarang bergerak.

Apabila sudah parking: letakkan batu bata atau kayu untuk sendal tayar, lepaskan handbrake dan letakkan gear pada 'P' atau gear 1 untuk kereta manual.




BATERI LEMAH / CONK / 'KONG'
Kereta masih gunakan sedikit kuasa bateri walau pun kereta tak bergerak. Ianya digelar 'dark current'. Ianya adalah 'kebocoran' kuasa elektrik dalam pendawaian kereta. Selain daripada itu, bateri itu sendiri semakin melemah kerana tindakbalas kimia. Dan, sistem penggera juga perlukan kuasa elektrik untuk kekal berfungsi.

Ada dua cara yang biasa orang lakukan: cabut kabel wayar dari terminal bateri atau jangan hidupkan sistem penggera. Kunci pintu secara manual. AWAS! Keretaa anda berisiko dicuri / diceroboh tanpa kita sedari.


.

4 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

huhu.

saya duduk dgn mekanik dalam rumah. jd tak prnh ambil tahu segala fakta yang dinyatakan.

tiba-tiba baca ni, jd risau sebab banyak bnd taktau rupanya.

Nizam.Ariff said...

Rap.
Hah...selalu selalu la baca tips aku...hahaha

ewanthology said...

yg pasal brek melekat tu mmg selalu alami... sebab ada 1 kereta yg hanya pakai hari sabtu ahad je.. hehe

Nizam.Ariff said...

Ewan.
Tu la....sediakan bata mcm aku tu..haha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com