Thursday, March 1, 2018

Dorani Bayu Resort: Day 1

.

Memencil diri di tepi Selat Melaka.


Angin petang membawa bauan laut. Masin. Hanyir. Kotor kotaraya dialir turun ke kuala, turun ke muara lalu mendap ditepi pantai. Disedut kupang, diserap kerang, dimakan belukang, ditelan sembilang. Kemudian, ditangkap nelayan dibawa ke pasar besar Selayang. Kembali ke kotaraya.


Aku singgah di gerai basah di tepi jalan masuk ke chalet Dorani Bayu Resort. Aku nak beli sedikit cumi-cumi dan anak udang untuk dibuat umpan.

Lalu si pemuda itu kata: di situ ada ikan duri, jangan idam jenahak atau pari...tapi kalau mahu bermain tarik tali, ikan apa-apa pun jadi.

Mungkin sudah adat nelayan, jika umpan diminta, ianya diberi percuma. Terima kasih, saudara. Didoakan Allah permudahkan rezeki kita.


Tak kisahlah, ikan duri atau pari. Asalkan kekili aku berbunyi. Lalu sebelum mentari turun mandi, aku labuhkan umpan udang. Maka benarlah, s ikan duri memang menanti.


Aku lepaskan semula....kerana aku tak tahu untuk dimasak apa. Kerana yang aku tahu, si ikan duri layaknya dibuat kering dan dimasak gulai nanas muda.

.

6 comments:

Zain said...

Waow Nice Post. I really appreciate your effort. I am dying in love with this article.
It's really full of research and hard working. I will share with my friends.
thanks for this article.
These are my Games Hope you love to play it.
Traffic Racing
Video Downlaoder
American Speed
Stunt Racing UK
HD Video Downloader
Traffic Racer
Flight Simulator

Anonymous said...

Dulu kerap jugak stay sini. Cuma banyak gelama dengan duri je, sesekali naik jugak sembilang. Sekarang kalau ke situ aku cuma layan sembat kat bendang je. Syok jugak.

Nizam.Ariff said...

SM
Tu laaaa.... Org kat situ suruh pegi Sekinchan...

sepa said...

mengail di air payau memang ikan duri la habuannya yob

Nizam.Ariff said...

Sepa
Takpe....janji lawan tarik tali...hehe

Nawazz said...

If Your are not ediot then try this app IP Webcam Pro Apk

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com