Friday, February 22, 2019

Are we not flat? Kisah Bumi Bulat, Bumi Leper yang memeningkan...

Jangan nak pening-peningkan kepala. Sama ada bumi bulat atau leper, ia tak menjejaskan kehidupan fizikal kita pun. Nasi lemak tetap nasi lemak, teh tarik tetap teh tarik. Ia tak bertukar menjadi lendir biru dan cecair hijau beradioaktif apabila tiba-tiba bumi ini jadi leper.

Flat Earth versus round/sphere Earth...
Tak semuanya betul dan tak semuanya salah. Jom baca sampai habis kupasan dan kesimpulan aku..

Round/Sphere Earth...Bumi ini bulat. Benarkah?

Bukti-bukti dari sains serta misi penjelajahan angkasa menunjukkan Bumi ini bulat. Tak perlu jelajah jauh-jauh pun. Bukti dapat dilihat di atas Bumi ini dan inilah yang majoriti manusia percaya. Jadi, tak perlulah nak huraikan bab nak percaya Bumi ini bulat atau pun tidak. Tapi...ada beberapa perkara yang boleh difikirkan.

String Theory yang membawa kepada M-Theory - Asas kerpada teori ini disimpan di dalam kepok sejak zaman Einstein. Pada tahun 70-an hingga 80-an, asas teori mulai berkembang dan bercambah biak kepada beberapa teori lagi. Tapi, asasnya tetap sama: partikel adalah getaran / vibration. Kenapa String Theory jadi terkenal dan diterima pakai millenia ini? Kerana ia dapat menutup beberapa kelemahan (atau kekangan) yang ada dalam teori-teori lain dalam menggambarkan mayapada ini. String Theory dapat mengungkap banyak perkara yang kita dapat lihat pada alam ini. Tapi...ia memerlukan asas untuk boleh digunakan: mesti wujud 10 dimensi dalam matematiknya! 10 dimensi ini dapat di strukturkan dalam bentuk membran / selembar kain, maka wujudlah M-Theory.

Hmmm...menurut ahli sains pendokong kepercayaan ini, lapisan-lapisan membran ini merupakan juga lapisan-lapisan alam / universe. Oleh kerana Bumi ini terletak di dalam alam yang sekeping itu, tidakkah bermakna alam ini rata atau Flat Universe?

Relativity Theory oleh Einstein memberikan takrifan baharu (berbanding Isaac Newton) kepada graviti. Teori itu memberi struktur mayapada / universe seperti sekeping kain getah, juga digelar space-time fabric. Apabila ada objek diletakkan ke atas kain getah, kain akan melendut atau diregangkan ke bawah. Dengan kata lain, graviti akan mengherotkan ruang dan masa. Apakah ruang dan masa? Ia adalah alam ini. Alam 3 dimensi + 1 dimensi masa. Apakah kesannya kepada kita? Cahaya bergerak lurus, itu yang cikgu ajarkan, Tapi cahaya bergerak di dalam ruang alam ini. Ini bermakna jika ruang dan masa terherot dek graviti, cahaya juga terherot dan tak bergerak lurus. Tapi kita tak perasan cahaya itu terherot kerana kita juga berada di ruang dan masa yang sama dan kita juga terherot! Dalam skala yang kecil sedikit, herotan ini boleh dilihat ketika gerhana matahari akibat kesan gravitational lensing. Ia seperti kita lihat straw minuman yang kelihatan herot di dalam gelas tetapi kalau kita lihat menerusi straw itu, ianya lurus.

Oleh kerana mata kita ini melihat melalui cahaya, bagaimana kita pasti bahawa lengkungan garisan horizon Bumi ini memang melengkung dan bukannya lurus? Bagaimana kita nak benar-benar pasti bahawa KLCC yang tegak berdiri itu bukan melengkung?

1 comment:

sudipVSsenduk said...

banyak lagi perkara penting yang perlu difikirkan.
Life is short.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com