Wednesday, February 6, 2019

Ilmu Ghaib

.

Ghaib ni maknanya tak nampak.
Maksud tak nampak ni sama ada tak nampak pada mata kasar atau pada mata fikiran. Jadi, hal-hal yang orang kita tak nampak atau tak tahu, orang kita kata itu hal-hal yang ghaib.

Paling kurang pun kita boleh ada 4 jenis perkara ghaib. Mungkin juga lebih.

Ghaib sebab ianya dirahsiakan dan tak mungkin kita boleh tahu e.g. isi kandungan Lauhil Mahfuz, zat Allah, Arays dll.

Ghaib sebab ianya belum dizahirkan lagi, jadi kita tak akan tahu selagi belum terzahir e.g. hari kiamat, takdir, rezeki, ajal dll

Ghaib sebab ianya halus dan tak nampak pada mata kasar atau kerana ianya terlalu besar sehingga kita tak mampu lihat seluruhnya e.g. virus, atom, alam dunia dll. Tapi ghaib yang ini tidak menjadi ghaib lagi jika kita telah ada kemampuan untuk melihat atau mengetahuinya secara ilmu.

Ghaib sebab terlindung sama ada pada mata kasar atau pada ilmu pengetahuan e.g. alam ruh, alam jin, lapisan2 dimensi dll. Hanya orang2 berkelebihan mampu melihat atau mengetahuinya jika hijab zahir atau batin disingkap. Namun secara umum, ia adalah ghaib.


Perkara pertama dan kedua boleh dikatakan ghaib mutlak. Perkara ketiga dan keempat boleh dikatakan ghaib umum atau awam. Namun begitu, semua hal2 ghaib ini ketika didunia. Semoga di akhirat nanti semuanya terbuka, inshaAllah.


Kita sering keliru dengan tegahan2 para agamawan apabila berkata jangan percaya dengan perkara2 tahyul, yang mana perkara2 tahyul itu ada sebahagiannya berasal dari perkara2 ghaib. Lebih keliru lagi bila sebahagian besar asas kepercayaan/keimanan kita berlandaskan perkara2 ghaib.

Semoga dengan memahami takrifan ghaib ini kita boleh faham yang mana satu boleh hasilkan tahyul dan khurafat.

Allahua'lam.

.

3 comments:

ewanthology said...

terima kasih atas penerangan

Anonymous said...

seronok juga topik ini bila dibicarakan.

alam ghaib kita jenis ketiga dan keempat kita boleh ambil tau. tapi kita kena tau batas kerana jin dan syaitan tak akan pernah jadi kawan yang baik pada manusia.

wallahualam. hanya Allah yang mengetahui.

Nizam.Ariff said...

Ewan.
T. Kasih.

Mastura,
Itulah juga yg aku dengar...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com