Tuesday, January 28, 2020

Ulam-ulaman: sayur segera @ emergency

.
Bak kata pepatah Melayu:

Pucuk dicita, ulam yang datang.

Keluarga kecil aku bertambah kecil apabila Ariff kembali ke Univ. Oleh itu masak-memasak menjadi sekali sekala. Ikan daging boleh di sejuk bekukan tapi sayur-sayuran tak boleh disimpan lama-lama, ia akan lecur.

Jadi aku ambil inisiatif untuk tanam ulam-ulaman. 2 sebab:
1. Boleh dipetik dan dimakan bila diperlukan. Tak perlu disimpan.
2. Bebas racun.  Sentiasa segar.

Maka aku pilih ulam-ulaman yang mudah dijaga, berdaya tahan dan sedap.


Pokok Tenggek Burung / Cabang Tiga perlu kerap dipangkas agar tak tinggi

Pucuk Kaduk juga sedap dibuat ulam


Tak perlu tanam banyak2. Cukup sekadar sekali makan kerana nanti ia akan berpucuk baharu. Tanam 3-4 jenis supaya boleh di selang seli dan memberi masa untuk yang baharu dipetik untuk kembali berpucuk muda.

Tak perlu tanah yang luas. Di dalam pasu pun boleh. Jom cuba...

.

1 comment:

Warisan Petani said...

pengambilan ulam-ulaman banyak khasiatnya.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com