Saturday, November 28, 2020

Hasil bubu: dapat lagi ikan tilapia cantik ni

 Semalam hujan lebat. Petang dan awal pagi tadi pun hujan lagi. Air tasik dah naik ke darat. Kedudukan bubu sudah berada di kawasan dalam.

Untuk elakkan ikan daripada mati lemas, aku gagahkan juga kaki ni mengharungi air walau pun sudah paras peha. Sempat juga seekor lintah menempel pada kaki. 

Dapat ikan tilapia ini. Masih hidup. 


Oleh kerana kecil, aku lepaskan semula. Aku pindahkan bubu ke kawasan yang lebih cetek. 

4 comments:

Laura Cantik said...

patut simpan / pelihara di rumah kalau dapat banyak ni.

huhu.

Nizam.Ariff said...

LC cikilolo,
Takde akuarium besar...

Nina Mads said...

singgah sini.. cantik ikan talapia

Nizam.Ariff said...

Nina,
Tksh kerana singgah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com