Wednesday, November 25, 2020

Mengait jaring untuk dibuat bubu

Idea untuk membuat bubu yang mudah dibawa kemana2 sudah ada lama. Sudah lebih daripada 3 tahun aku beli jaring itu di Klang tapi projek itu tak jalan2 juga. Aku mendapat inspirasi daripada rekabentuk 'bento' atau bubu ketam. Ia 'collapsible', maka mudah untuk dibawa masuk kereta. 

Akhirnya pada hujung minggu lepas, aku gagahkan juga untuk teruskan kerana hari pun hujan. Bertemankan secawan kopi O, aku duduk di beranda belakang sambil menggunting dan menyulam semula agar berbentuk bubu. 

Aku gunakan 3 batang rod aluminum untuk dibulatkan dan dijadikan bingkai - dua di hujung dan satu di tengah.

Injapnya pun aku buat daripada jaring itu juga. Aku gunting dan sulamkan untuk menjadi bentuk kon yang polos. 

Oleh kerana aku kekurangan bahan, injap yang aku buat itu sukar mengekalkan bentuk kon apabila bubu diregangkan. Kemudian, rod plastik spring yang aku jumpa di tapak buangan sampah pula terlalu keras/kuat sampaikan apabila aku jalinkan berpilin pada dinding jaring bubu, ia meregang dengan kuat sampaikan jaring itu 'over stretched', merosakkan bentuk bubu.

Walau pun bubu itu masih 'collapsible', aku terpaksa lupakan rod spring itu. Jadi, apabila aku pasangkan bubu, aku kena cari 2 batang kayu sebesar jari telunjuk untuk meregangkan bubu itu. 

Tapi masalah injap itu belum aku selesaikan lagi. Mungkin aku kena masuk hutan dan cari akar kayu untuk aku pilin menjadi cincin.

Walau pun begitu, aku tahan juga bubu itu di rumput mesiang di tasek. Sengaja aku cuba2 dulu. Setakat ini, belum ada ikan yang berani masuk. Mungkin juga dek masalah injap tadi tu. 

2 comments:

Warisan Petani said...

Mudah2an ada ikan yang mengena.

Nizam.Ariff said...

WP,
InshaAllah ada rezekinya....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com