Friday, February 27, 2009

FiQir: Melahirkan insan yang kreatif...

Sedikit tekanan itu perlu untuk menggerakkan kita. Sebagai motivasi.

Tekanan melampau juga perlu untuk sudut-sudut tertentu, tapi bukan untuk sudut jiwa. Itu tak sepatutnya.


Tekanan menghasilkan manusia kreatif. Menjadikan minda bekerja keras untuk mencari idea-idea yang kreatif. Seperti kawan aku yang seorang ini, kenapa?



"Abis, bos kasi rehat 10 minit je, mana ada masa nak basuh tangan. Silap-silap kencing pun tak sempat nak basuh!"





? ??


.

Jalan2: Apa pasal aku terasa sangat bodoh?

Memang biasa. Kita selalu pergi ke kedai mamak untuk pekena teh tarik atau kopi tolak. Juga roti jala atau roti canai.

Memang biasa juga kalau yang ambik order tu bukan orang kita. Selalunya orang seberang sana nun jauh di mata. Mereka bukannya ada kerja kat negara depa, sama macam orang kita juga, bukannya nak kerja sangat kat negara kita.

Bahasa memang menjadi kekangan. Komunikasi bertambah rumit. Aku salahkan pak menteri kerana ppsmi TIDAK diajarkan dalam bahasa Urdu atau Myanmar atau Tibet.

Kita perlu menguasai perlbagai bahasa kerana dah macam-macam rencah dalam masyarakat majmuk kita ini. Kalau tidak, kita mungkin terpaksa menggunakan bahasa ibunda kita pada zaman batu lama, bahasa ayam dan itik. Atau kita berbalik semula kepada asal sebelum penciptaan bahasa masa zaman gua batu kapur dulu yang sekarang ini diberikan nama saintifiknya sebagai GRAFITI: Lukisan arang kayu.



Aku dah tunggu lama. Sorang-sorang mamat bangla tu datang dan pergi, kejap tanya minum, kejap tanya makan. Aku cakap aku dah order tapi tak sampai-sampai. Ada sorang bangla menatang lauk kari, menuju ke meja aku. Dia menjuih muncungnya ke arah aku.

"Abang lumbu?" tanya dia.

"Bukan. Aku kambing"

Dia pun undur dan berlalu ke meja lain. Kemudian, aku terasa sangat bodoh dengan jawapan aku. Aku tak puas hati dengan tahap pencapaian bahasa Melayu di sini. Dan aku masih salahkan pak menteri dalam hal ini.




.

Wednesday, February 25, 2009

SkeTsa: Hujan turun dari tengah malam...

Subuh dah boleh ditakrifkan sebagai subuh gajah. Tok Ketua merenung baki titis-titis air hujan yang turun dari cucur atap zink. Hujan turun tak henti-henti sejak malam tadi. Pagi ni baru sidang. Tok Ketua capai handphone. Dia sms Mail Kerbau.

-: Bila nak datang? Aku dah tunggu lama ni.
+:Bangun lambat la Tok, tak leh tido.

-: Apsal lak?
+:Mlm tadi sejuk, aku temankan ayam jago sampai subuh.
Aku suruh masuk reban, dia tak mau, asyik nak berkokok je.
Aku tolak, dia keluar balik, tolak, keluar balik.
Ni yg susah hati ni.

-: Kamu sekeh je kepalanya, nanti lembik, masukkanlah.
Aku selalu buat macam tu kat ayam jago aku.



Tok Ketua campakkan handphonenya ke atas sofa. Muka Mail Kerbau terbayang-bayang di kelopak matanya. Benda senang macam tu pun tak boleh selesai. Alasan! Tok Ketua mengerling isterinya yang mengunyah-nguyah pisang goreng panas.


Di seberang sana, Mail Kerbau terima mesej terakhir Tok Ketua dengan penuh tanda tanya...




.

Tuesday, February 24, 2009

Jalan2: Kalau naik 4 nombor tu, aku kaya....

Aku tenung nombor empat angka aku baik-baik. Aku salah pilih atau pun memang nombor aku susah naik? Huh! Bila nak naik ni? Aku dah tak sabar nak jadi kaya. Sesekala aku gelengkan kepala, sesekala aku mendengus tak sabar. Orang di sekeliling aku pandang aku satu macam. Ya, aku tahu, mereka juga ada nombor dan masing-masing mengharapkan nombor mereka naik. Semua mahu jadi kaya. Dah ramai pun jadi kaya.


Kebanyakkannya mereka itu Melayu. Ya, aku harap mereka itu Melayu Islam. Mereka juga seperti aku, tak sabar menjadi kaya. Masing-masing memegang tiket yang bernombor. Nombor empat angka. Semua kata nombor masing-masing bertuah. 'Nombor gua banyak ong...' Ceh! Aku pun boleh kata nombor aku ada ong. Aku pegang tiket aku hati-hati. Aku tak mahu terlepas ke tangan orang lain. Bukan senang nak jadi kaya.


Aku bosan. Nombor aku tak naik-naik. Aku lemparkan pandangan aku ke kaunter. Aku tengok deretan bontot-bontot dara dan teruna dan janda dan duda, tertonggek-tonggek bila berurusan dengan orang-orang yang di sebalik kaunter tu. Macam-macam saiz, maksud aku saiz seluar. Aku tersenyum sendiri dengan free show tu.


Aku juga lihat beberapa orang yang sudah berurusan, ada yang tersenyum kaya, ada juga bermuka kelat sambil mencongak-congak jumlah duit yang dah langsai tiap kali ke sini.






*Ding!*


"Satu Empat Lapan Lima ... kaunter lima"

Aku tengok balik tiket aku, nombor aku 1516. Ahhhhh... lambat lagi ni.
Tak sabar aku nak rembat duit rebet kerajaan. Orang lain dah lama kaya.


....


Hari ini, dan hari-hari dalam bulan-bulan seterusnya, aku akan berasa kaya sebanyak ratus-ratus juga la... berasa kaya, itu yang penting.

Dan untuk yang lebih penting lagi, aku dah bebas dari satu kunci HUTANG dari beberapa lagi hutang para kapitalis! Sekurang-kurangnya aku dah menjauhi satu kunci riba dari beberapa kunci lagi. Hari ini, kereta aku itu sah menjadi milik aku. Boleh diperlakukan sesuka hati aku...hahaha

Dan hari ini lebih istimewa bila mana buat pertama kali dalam sejarah hidup aku yang penuh dengan income tax, pelbagai bil dan insurance; aku mendapat untung apabila membayar roadtax + insurance. Tolak insurance dan roadtax, masih dapat untung ratus-ratus jugak...



.

FiQir: Kalau semut, hitam. Kalau kapas, putih.

kasi gosok cursor tu ... gosok, jangan tak gosok, baru le nampak...hahaha.




Paku bukan sebarang paku,

Paku datang dari seberang,

Aku mencari Aku dalam aku,

Rupa-rupanya Aku sembunyi dalam terang.





Umpama kapas putih, di marmar putih, di hari yang terang benderang...

.

Monday, February 23, 2009

FiQir: Recipe of disaster...

Berlatar-belakangkan lagu-lagu keras. Cukup bersemangat untuk aku mulakan luahan perasaan, tapi tetiba terbantut. Memang Yahudi betullah! Even setan pun berpakat tolong sekat-sekat buah fikiran aku. Cis! Lain




Tak pe, aku tampal bab strategi dulu. Mana tau boleh diguna-pakai untuk alam perkerjaan atau kehidupan bermasyarakat. Anyway, these are regarding the [abuse] of power atau apa-apa je la yg berkaitan: {aku tampal mana yang aku minat je}


Law1- Never Outshine the Master
Always make those above you feel comfortably superior. In your desire to please or impress them, do not go too far in displaying your talents or you might accomplish the opposite – inspire fear and insecurity. Make your masters appear more brilliant than they are and you will attain the heights of power.


Law2- Never put too Much Trust in Friends, Learn how to use Enemies
Be wary of friends-they will betray you more quickly, for they are easily aroused to envy. They also
become spoiled and tyrannical. But hire a former enemy and he will be more loyal than a friend, because he has more to prove. In fact, you have more to fear from friends than from enemies. If you
have no enemies, find a way to make them.


Law3- Conceal your Intentions
Keep people off-balance and in the dark by never revealing the purpose behind your actions. If they
have no clue what you are up to, they cannot prepare a defense. Guide them far enough down the
wrong path, envelope them in enough smoke, and by the time they realize your intentions, it will be too
late.



Law4- Always Say Less than Necessary
When you are trying to impress people with words, the more you say, the more common you appear,
and the less in control. Even if you are saying something banal, it will seem original if you make it
vague, open-ended, and sphinxlike. Powerful people impress and intimidate by saying less. The more
you say, the more likely you are to say something foolish



Law 7- Get others to do the Work for you, but Always Take the Credit
Use the wisdom, knowledge, and legwork of other people to further your own cause. Not only will such
assistance save you valuable time and energy, it will give you a godlike aura of efficiency and speed. In
the end your helpers will be forgotten and you will be remembered. Never do yourself what others can
do for you.


Law 8- Make other People come to you – use Bait if Necessary
When you force the other person to act, you are the one in control. It is always better to make your
opponent come to you, abandoning his own plans in the process. Lure him with fabulous gains – then
attack. You hold the cards.


Law 9- Win through your Actions, Never through Argument
Any momentary triumph you think gained through argument is really a Pyrrhic victory: The resentment
and ill will you stir up is stronger and lasts longer than any momentary change of opinion. It is much
more powerful to get others to agree with you through your actions, without saying a word.
Demonstrate, do not explicate.

Boleh pakai?




.

Sunday, February 22, 2009

FiQir: Secret recipe...

Sinopsis: Entah kenapa, entah macam mana, something has awaken the other side of me. Entah macam mana, mulai sektsa terangsang itu, perasaan yang telah bertahun-tahun aku tidurkannya, is waking up. And the last entry was the wake-up call.


Recipe of disaster

Pernah dengar 'The Protocols of Learnt Elders of Zion'? Kalau belum, sila google sekarang. Bermula dengan khabar-khabar angin yang tersebar in the net 5-6 tahun lepas, aku telah cari dan kaji sumbernya. Begitu obses sehingga aku hampir-hampir menterjemahkan dalam bahasa Melayu 5 tahun lepas. Nyaris separuh jalan.

Pada mulanya, aku cuma mahu kaji fikiran Yahudi itu. Dan bagaimana bangsa yang secupak itu mampu mengawal dunia. Hampir setahun aku baca dan fikir dan baca lagi. Aku benar-benar obses. Aku tahu pengiktirafan yang Tuhan beri kepada bangsa itu, juga kutukan Tuhan
kepada mereka.

Entah macam mana, aku mendapat ilham untuk kajinya dari sudut strategi. Aku dapatkan 'The Arts of War' dalam pelbagai versi (Rozali, kalau dah pinjam buatlah cara pinjam!). Setiap versi membincangkan dari sudut penulis. Tapi aku tak suka pendapat kedua. Jadi, aku lebih suka membaca terus direct translation dan biar aku sendiri yang rumuskan.

Entah macam mana, satu hari tu, aku singgah di hentian Seremban arah Utara dan aku dapatkan 'The Hang Tuah's Strategic Mind'. Lebih bersifat cunning, licik dan berbunga-bunga, seperti juga bunga-bunga silat. Aku dapatkan 'Sejarah Melayu' versi R.O Winsted. Aku dapatkan
'Hikayat Abdullah' untuk bantu aku faham suasana Melayu silam kerana kadang-kadang gaya penceritaan menyebabkan maksud yang tersirat berlapis-lapis. Sukar.

Entah macam mana, kawan aku ceritakan tentang Mafia Laws oleh 'V'. Dia pernah nampak buku tu masa pergi ke overseas tapi tak terfikir nak beli. Di Malaysia, buku tu mungkin diharamkan.

...

Aku gaul semua sekali. Aku cuba faham semua sekali. Nyata, Protokol Yahudi itu lebih kejam. Lebih bersifat kebinatangan. Bagi mereka, orang bukan Yahudi adalah binatang yang boleh dilapah!

Mereka menafikannya. Mereka mengatakan yang Protocols itu satu penipuan, yang sengaja diada-adakan untuk cetuskan rasa benci kepada Yahudi. Tapi, bukti-bukti perlakuan mereka memang mengikut Protocols yang nenek moyang mereka tulis seratus lebih tahun dulu!


Ini adalah sinopsis yg agak panjang. Aku nak tulis sesuatu dari dalam hati. Dari dalam diri aku yang gelap. Aku tak tahu nak mula dari mana. Tapi, rasa benci aku mula keluar. Aku tak bermaksud nak pengaruhi orang. Sebenarnya, aku nak semua tahu dan bertindak sebaliknya. Tapi, aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu.

Dan selagi aku tak tulis, rasa benci aku asyik berlegar-legar dalam diri. Percayalah, seminggu dua ini, aku sukar tidur malam. Kerana setiap kali kelopak mata tertutup, aku bayangkan yang aku adalah Mahadi yang pergi menggoncang bumi Yahudi. Aku tenggelamkan tanah mereka dan aku biarkan anak keturunan mereka terkapar lemas. Persis mereka yang membunuh benih-benih Palestine.


Serius, aku tak tahu nak mula dari mana...
'Aku sakit, tapi kamu tak menjengukKu'




.

Saturday, February 21, 2009

Baja padi aku bila nak hantar? Oh, sibuk...

[Buat mereka yang sedang ghairah di sana!]





Berteriaklah dari dalam kain batikmu
Aku peduli apa dengan pancawarnamu
Tapi kau jangan robek payungku!

Yang kau minum itu air
Darah dalam tubuhmu namanya air
Selagi ia kekal di situ, namun
Jika terluka dan pecah dagingmu
Dan tertumpah mengalir di jalanan
Baru darah namanya, itu kau perlu tahu!
Bibir-bibir politikus hanyir
Busuk!


Kalau kuning kau injak-injak
Merah darahmu kan semua nampak
Pecah kepalamu aku henyak!


Nyah kau!





.

Friday, February 20, 2009

SkeTsa: Pakej rangsangan

Di Kedai Kopi Simpang Tiga, Man RELA mengusap-ngusap rambutnya yang kering dan serabai. Senapang patah laras kembar duanya diletakkan atas meja.

Man RELA benar-benar buntu. Fikiran dia dan enam lagi anak buahnya benar-benar dah kusut. Semuanya gara-gara mereka tak dibenarkan masuk ke rumah. Sekurang-kurangnya selama 18 hari. Lama tuuuu!

"Kamu dah cuba cara lain?" Tok Ketua.

Man RELA angguk-anggukkan kepala. Dia mengusap-ngusap senapang patah laras kembar duanya pula, dari hujung laras bawa ke pangkal. Dari pangkal bawa ke hujung semula. Dia sayangkan senapang pemberian kerajaan itu.

"Aku rasa, kamu tak beri cukup rangsangan" Tok Ketua.

"Kamu kena selalu belai dan sesekali belanja dia beli itu, beli ini, barulah harmoni. Barulah tak ada sekat itu sekat ini" Nasihat Tok Ketua yang berpengalaman.

..

Man RELA seolah-olah dapat idea. Dia cepat-cepat hirup baki kopi hitam pekat. Dia cepat-cepat sandang senapang patahnya. Tok Ketua terkejut. Dia mahu ke mana?

"Nak bagi tau anak buah, cepat-cepat hantar pakej rangsangan"


Huh?!





.

Wednesday, February 18, 2009

Jalan2: Ayam, Itik dan telur... mana dulu mampos?




Kawan senior kat tempat keje cakap, Engineering dan Marketing susah nak duduk berbincang. Marketing asyik nak yang bukan-bukan. Kalau boleh, setiap inci customer minta semuanya boleh buat, semuanya boleh dapat. Padahal, dari segi teknikalnya sama ada sukar dibuat atau kos tinggi sehingga Return on Investment pun belum tentu bagus.

Bagi Marketing, 'tuhan' dia adalah end customers. Apa yang diminta perlu ada. Tugas dia adalah menjual. Aku celah, tugas dia sepatutnya buat sales, maknanya kena ada untung. Ok setuju, kata kawan senior aku. Lepas tu, kalau Engineering tak dapat beri produk yang Marketing nak, sales drop akan dipertanggungjawabkan kepada Engineering. Bagi Engineering pula, 'malaikat maut' dia adalah kos. Keuntungan sentiasa menjadi bottom line untuk setiap projek. Kalau pelaburan tak dapat balik, Marketing yang dipertanggungjawabkan.


----->

Aku pernah cakap dengan anak didik aku masa di Engineering. Dalam engineering, aku tak mahu terima jawapan 'Can't do it'. Kalau aku dengar perkataan 'tak boleh', aku baling je balik kertas-kertas dia orang. Dulu, aku pernah lempar report seorang consultant Jepun ke lantai sebab bila aku minta dia buat satu benda tu dia kata 'mustahil'. Bos Jepun dia pun kata susah nak buat. Aku cakap balik, kalau aku boleh buat, separuh gaji dia kena bagi kat aku. Akhirnya, aku design & develop sendiri tapi dia tak kasi pun gaji dia, hampeh!

Seorang jurutera tidak boleh kata tidak boleh. Mesti ada jawapan dan mesti cari penyelesaian alternatif. Dalam hal-hal kejuruteraan dan rekabentuk, mereka perlu fikir macam 'tuhan'. Setiap masalah mesti ada penyelesaian, sebagaimana setiap penyakit ada ubatnya. Ini untuk pastikan kepala mereka tak henti-henti berfikir.

<-----


Kawan senior aku kata lagi, perlu ada Accounting duduk kat tengah.

Hmm...ye la tu. Aku cakap, Accounting dengan Marketing pun asyik bergaduh!
Marketing kata, bagi duit sikit untuk dilaburkan buat sales.
Accounting kata, buat sales dulu dan bila ada untung baru aku kasi duit.



Gaduh la korang... aku malas nak layan.




.

Tuesday, February 17, 2009

Jalan2: Memancing itu ikut anugerah...

Tinggalkan dulu siri cerita seram sejuk....


Kami suka memancing.
Boleh dikatakan setiap kali kami bertemu di kampung, kami akan pergi memancing. Aku seronok, Mama pula terasa sebaliknya. Dia tak boleh ikut. Tempat kami pergi biasanya di dalam
hutan banat atau paya yang penuh pacat lintah. Bukan memancing di tepi pantai sambil bersantai. Kami memancing nak dapatkan ikan untuk dibuat lauk makan malam.

Dulu-dulu.
Setiap kali kami memancing, 'Abg A' paling banyak dapat ikan, 'Abg B' sederhana manakala aku yang paling sikit. 'Abg B' kata, memancing ni ikut rezeki. Rezeki yg Tuhan beri pun ikut keperluan keluarga masing-masing.

Dia pun buat Analisa Jumlah Pendapatan, Tanggungan dan Tangkapan Ikan ("AJP,T&TI"):

ANALISA AJP,T&TI

Abg A = guru sandaran anak 2. Ikan banyak.
Abg B = jurutera anak 3. Ikan sederhana.
Aku = jurutera anak 1. Ikan sikit.

Dari data, kesimpulan dia:
  1. 'Abg A' duduk kat kampung dgn pendapatan sederhana rendah dan memancing adalah untuk lauk makan malam keluarganya. Sebab itu Tuhan beri ikan yg banyak.
  2. Dia pula tinggal di Perak, jurutera sama macam aku tapi oleh kerana dia punyai anak lebih ramai, maka dia menduduki tempat ke-2.
  3. Manakala aku tinggal di S.A , sudahlah anak sorang lepas tu memancing cuma hobi pulak tu [sebab aku balik rumah emak, lauk dah tersedia]. Oleh sebab tu aku yg tercorot!

Sekarang.
Setelah bertahun-tahun teori Abg B tak dapat dibuktikan, kini teori dia dapat di uji. Sejak dua tahun lepas, data AJP,T&TI telah berubah dan buat pertama kalinya, teori dia boleh dibuktikan.

ANALISA SJP,T&TI (terkini)

Abg A = guru tetap gaji stabil, anak 4. Ikan sederhana.
Abg B = kerja kampung, anak 4. Ikan banyak.
Aku = jurutera, anak 1. Ikan sikit, kekadang tak dapat.

Dari data terkini, kesimpulan yg dia buat:
  1. Terdapat perubahan pada sosio-ekonomi kami bertiga, juga terdapat kenaikkan ketara pada jumlah tanggungan mereka berdua kecuali aku yang masih malar.
  2. Dia yg kini kerja kampung dan duduk di rumah yg dulunya Abg A duduk; dia mendapat perolehan ikan yang terbanyak dan kadangkala dia boleh 'tapaw' kan aku untuk dibawa pulang ke S.A.
  3. Manakala aku pula sentiasa menjadi orang yg paling bangang dalam bab memancing, dah tu selalu kena kutuk dgn Mama pulak. Tapi, semangat berjuang demi mencari rezeki keluarga tetap ada. Mancing tetap mancing!

Baru-baru ni, Abg B teringat balik teori tu. Dan setiap kali kami pergi memancing, dengan sinis dia kata tugas aku cari umpan dan bawa batang pancing je.



.

Monday, February 16, 2009

Marathon: Berjalan atas angin...

Masa aku kecik-kecik, bapak aku [kini arwah] kerap ajak aku ikut dia. Kadang-kadang pergi memancing, kadang-kadang pergi ke pekan beli racun atau baja dan kadang-kadang ikut dia minum kopi dengan kawan-kawan dia. Aku ni selalu jugak le curi-curi dengar cerita dari org tua-tua.

Pagi itu, dia ajak aku pergi ke pekan Langkap, nak beli lauk katanya. Aku kecik lagi masa tu, tahap sekolah rendah lagi. Seperti biasa, sebelum pulang mesti pekena kopi secawan. Adat org kampung. Di dalam warung kopi itu, kami terserempak dengan Kiyai Hamzah, kawan lama bapak. Dia ajak minum sekali, semeja.

Kiyai Hamzah ni guru agama bertauliah. Dia dijemput mengajar fardhu 'ain disekitar daerah itu, dari Langkap ke Sg Lampam dan ke kampung-kampung sekitar C. Balai. Dia pergi mengajar naik motor kapcai. Di kg aku, jadual pengajarannya ialah setiap petang Rabu selepas Zuhur, selang 2 minggu.

Dia mengajar mungkin dah berpuluh-puluh tahun lamanya. Diakhir-akhir tugasnya, dia lebih tertumpu kepada pengubatan. Kerap keluar daerah, kadangkala sampai ke Kedah kerana dijemput orang untuk mengubat. Aku pernah tanya bapak aku tentang dia dan bapak aku kurang setuju dengannya, tapi kawan tetap kawan. Bapak aku pernah nasihati dia supaya kurangkan bercampur dengan alam pembomohan dan tumpu kpd bidang keagamaan lebih-lebih lagi dah akhir-akhir usia begitu. Dia kata, dia memang tak mahu tapi org selalu minta tolong, dia kena tolong.


Pagi itu di warung kopi, Kiyai Hamzah yang tinggal di Atta Duri, seperti biasa, membuka cerita-cerita mistik pengubatannya. Kerap juga dia selitkan beberapa doa untuk aku amalkan, antaranya Bismillah 7. Aku kata, aku selalu dengar tentang Bismillah 5 je, itu pun dari buku-buku Tamar Jalis! Dia juga suruh buat sembahyang sunat nabi Adam. Aku tanya macam mana? Dia kata, sembahyang sunat tu panjangnya 50 rakaat dgn satu salam! Aduyai... panjangnya.

Pagi itu di warung kopi itu, Kiyai Hamzah membuka beberapa gelanggang cerita:
  1. Mengubati budak kerasukkan Azazil di Kedah. Dia berlawan dengan bantuan Sy. Kadir Jalani dan Nabi Khidir.
  2. Menangkap Toyol sekitar daerah. Dia juga ada cerita perangai Toyol dan bagaimana Toyol mencuri duit.
  3. Kisah putera Bunian nak kahwin dengan awek Langkap.
Aku tak mahu ceritakan no.1 dan no.2 sebab takut kacau otak kalau tak kuat dasar agama. Aku ceritakan yg no.3 je la...



Aku tulis seperti yang diceritakan sendiri oleh Kiyai kepada aku di warung kopi itu, kecuali beberapa naratif yg sengaja aku tambah untuk dramatisasi:

Malam itu masih muda, baru lepas solat Maghrib dan baru lepas makan malam. Masih belum masuk waktu solat Isyak pun lagi. Seperti biasa org tua-tua, usai menjamah hidangan malam, Kiayi pergi ke ruang tamu. Sebelum ke depan, dia pesankan secawan kopi dari isterinya. Isterinya pun jerangkan air panas.

Baru beberapa minit duduk di kerusi, kedengaran salam diucapkan dari luar. Dia pun bangun lantas membuka daun pintu rumahnya. Dihadapannya, tercegat beberapa orang berpakaian kemas ala kesultanan Melayu lama memegang jamung. Kiayi jawab salam itu dengan sopan. Kemudian, salah seorang pemuda itu menghulurkan tangan lantas mereka pun bersalaman.

Pemuda tu tersenyum dan menjelaskan kedatangan mereka adalah untuk menjemput Kiayi itu ke kenduri kawen malam tu jugak. Kiayi tanya balik, siapa yang nak kawen? Pemuda tu kata, dialah yang nak kawen. Kiayi belek-belek raut muka pemuda tu dalam kesamaran malam.
Barulah pemuda tu kenalkan dirinya. Katanya, dia pernah berjumpa Kiayi satu masa dulu sebab nak tanya satu permasalahan. Barulah Kiayi ingat, pemuda itu adalah dari kaum Bunian!

Satu masa dulu, pemuda itu telah tertarik dengan awek Langkap. Dah berkenan sangat dan dah nak nikah. Tapi, sebelum nikah org tua awek tu merujuk kepada Kiayi tentang masalah nikah tu. Kiayi panggil pemuda tu dan ceritakan bahawa Manusia seharusnya dengan manusia, begitu juga sebaliknya. Pemuda itu akur dan sejak tu tiada berita tentangnya. Alih-alih, malam tu pemuda tu datang berjumpa Kiayi.

Kiayi tanya lagi, dia nak kawen dengan siapa? Dia kata dengan kaumnya juga tapi di Pahang. kenduri malam tu di Pahang. Kiayi terkejut. Jauh tu! Tapi pemuda tu kata tak perlu risau, dia akan bawa Kiayi.

Kiayi tu cerita kepada aku agak terperinci. Dia kata, pemuda tu pegang tangan dia. Bila dia melangkah, setiap langkah dirasakan macam seribu langkah! Pokok-pokok di kanan dan kiri bergerak laju. Anehnya, jamung yang pemuda dan rakan-rakannya pegang tak padam pun. Dalam beberapa minit, dia dah sampai ke satu perkampungan. Orang ramai sibuk dengan kenduri.

Aku minta Kiayi ceritakan apa yang dia nampak. Dia kata, kampung tu sama macam kampung Melayu. Orang-orangnya pun macam manusia biasa cuma pakaiannya macam zaman kesultanan Melaka. Yang aweks berbaju kurung dan sehelai kain batik diguna untuk menutup kepala. Dia dijemput makan dan minum. Rupa-rupanya, pemuda yang nak kawen tu anak raja Bunian.

Setelah sudah, Kiayi minta diri nak balik. Pemuda itu tolong hantarkan semula Kiayi seperti mana dia bawa Kiayi ke situ. Setiap langkah dirasakan beribu langkah!

Sesampai di rumah Kiayi, isterinya baru hendak ke depan menghantar secangkir kopi. Tapi, Kiayi kata dia dah minum kat rumah kenduri. Isterinya bingung sekejap, tapi akhirnya dia faham.


Maknanya, perjalanan Kiayi Hamzah ke Pahang dan pulang ke Perak cuma ambil masa kurang dari setengah jam, kalau dikirakan dari masa menjerang air sampai menjadi secangkir kopi!




Itulah dunia mistik. Banyak lagi yang aku nak ceritakan tapi kasi rehat aku punya tangan dulu la.....




.

Sunday, February 15, 2009

Marathon: Cinta mereka melintasi dua dunia...

Cerita-cerita yg sebelum ni adalah cerita dari mulut abang aku yang suka psycho aku masa kecik-kecik dulu. Susah nak percaya. Aku rasa dia buat macam tu supaya aku ni tak buat benda yg bukan-bukan. Senang nak kontrol.



Tapi, cerita kali ini adalah bertaraf MASTIKA. Sanadnya bermula dari mulut emaknya, kepada emak aku dan kepada aku. Oleh kerana orang tu masih hidup, aku pernah minta pengesahan sendiri daripadanya tapi, ye la, pertanyaan budak-budak, orang tu jawab pun taraf budak-budak.

Aku tak tahu tahun bila kisah tu terjadi, tapi cerita tu heboh masa aku di awal sekolah rendah. Orang tu kami panggil Abg Tan. Tan bukan nama sebenar. Aku tak tahu nama sebenar dia sebab sampai sekarang pun aku panggil dia Abg Tan. Tan itu adalah gelaran pangkat untuk
org Perak, sama macam Long, Ngah, Usu dll yg biasa kita dengar. Skrg ni, umur dia mungkin dah cecah 70thn tapi masih single!

Abg Tan orangnya sederhana dan jujur. Juga seorang yg zuhud. Keluarganya semua berpendidikan agama, malah kedua org tuanya [jiran bapak aku] adalah guru mengaji untuk budak-budak kampung. Tapi, aku tak pernah mengaji kat situ. Aku mengaji kat rumah, bapak [kini arwah] aku yang ajar sebab bapak aku pun guru agama kampung jugak.

Masa umurnya, aku rasa, sekitar 30an dia telah bina sebuah pondok 8'x10' yg bertiang tinggi. Dua pokok langsat dijadikan tiang, dua lagi kayu hutan. Macam 'Ran'. Kenderaannya cuma sebuah basikal. Cuma sejak kakinya sakit 5 thn lepas, dia naik motor kapcai cabuk.

Masa kecik, kami suka singgah dan bermain di bawah pondok dia. Dia pun suka bercerita kpd budak-budak. Pernah satu hari tu dia usap kepala aku, kemudian dia kata aku ni cerdik. Aku tanya kenapa, dia kata dia tengok dahi aku luas. Sampai skrg aku ingat kata-kata dia tu. Aku tak tahu sama ada dia kuasai Kasyaf atau kata-kata dia buatkan aku percaya pada diri sendiri hingga aku jadi begini.




Diceritakan oleh yg empunya cerita, bahwasanya puteri Bunian memang suka berlakikan orang yg jujur. Dikatakan pada suatu hari, ketika Abg Tan berbasikal ke kebunnya yg terletak 5km dari kg kami, dlm tak sedar dia sedang diperhatikan oleh sesuatu dari dalam hutan.

Perjalanan ke kebunnya di Kg Belt menempuh jalan yg berjiran dgn hutan paya rotan, Bungor dan Leban, juga Enau dll. Dikatakan juga, disitulah kisah CINTA itu bermula.

Awek Bunian tu sering menjelma sebagai awek cun yang menunggunya di tepi jalan, subuh dan senja. Cerita tentang awek Bunian di kawasan paya tu memang satu kampung dah tau. Satu daerah juga tahu sebab kawasan tu dianggap 'keras'. Kalau senja memang org tak lalu ikut
situ. Tapi, Abg Tan seorang yang berani. Dia terserempak awek Bunian tu dan dia boleh layan. Dia tak kisah pun.

Oleh kerana sapaannya bersahut, cinta awek Bunian telah berbunga, berputik lantas berbuah. Satu rombongan keluarga si awek Bunian telah dihantar ke rumah org tua Abg Tan untuk bertanya dan meminang Abg Tan. Ketika inilah cerita percintaan dua dunia ni terbongkar!

Malam itu, rombongan meminang itu memberi salam kpd Pakcik Khamis dan makcik Sareah [ke-2nya arwah]. Salam bersahut tapi kelibat tak kelihatan. Tapi, adat org Malayu, tetamu yg datang mesti dijemput masuk. Setelah berbunga-bunga bicara, hajat pun disebut oranglah. Org tua Abg Tan panjang akalnya, dia kata dia kena rujuk kpd beberapa org. Rombongan itu pun pulang.

Keesokkan harinya, org tua Abg Tan merujuk perkara tu kepada bapak aku selaku jirannya. Bapak aku kata Adam dan Hawa tu dua-duanya dari tanah, sedangkan mereka itu dari golongan Jin. Bapak aku kata, Tuhan menciptakan makhluk ini untuk hidup berpasangan. Dan pasangan itu ditakrifkan sebagai dari golongan yang sama. Jadi, jawapan sepatutnya adalah TIDAK BOLEH.

Keputusan telah disampaikan kepada awek Bunian tu. Apalagi, patah luluh hatinya. Rajuk yg tak sudah-sudah. Aku rasa, Abg Tan pun merajuk. Tak lama selepas tu, Abg Tan jarang balik kg aku. Dia dah bina sebuah lagi pondok di kebunnya di Kg. Belt. Bila ditanya kenapa duduk sorang-sorang di kebun tu, dia kata tak payah ulang-alik lagi. Tapi, aku rasa dia frust nonggeng ...

Ada juga cerita yang mengatakan mereka kawen senyap-senyap bila ayah Abg Tan meninggal. Dan ada juga cerita yang dia orang tu dah ada anak. Tapi, sampai sekarang aku tak sanggup nak tanya dia. Bukan kerana aku takut, cuma tak mahu kalau-kalau memang benar dia tak
jadi kawen dengan awek Bunian tu, pertanyaan aku tu pasti akan mengguris hatinya....



Kehidupan kg memang tak boleh lari dengan cerita Bunian. Ada satu kes yg lebih menarik disekitar Langkap, terjadi pada akhir 80an, diceritakan sendiri oleh Kiyai Hamzah, kawan baik bapak aku, masa kami mimum kopi di pekan Langkap. Sanad ceritanya langsung dari mulut Kiyai tu. Kisahnya lebih trajis dan misteri dari kisah Abg Tan...




.

Saturday, February 14, 2009

Marathon: Bungor...eh! bukan, Leban

[Bungor juga sejenis pokok yg tumbuh dikawasan paya dan hutan sekunder]


Misteri Pokok Leban.

Tak banyak yang kenal pokok ni. Pokok Leban adalah sejenis pokok berkayu keras, berakar tunjang dan tumbuh banyak di kawasan berpaya atau tebing sungai. Daunnya selebar tapak tangan, berdaun malar hijau dan bertukar kuning/merah bila tua. Pokoknya punyai banyak cabang dan boleh membesar sehingga beberapa puluh kaki tingginya.

Bapak aku [kini arwah], selain bertani, adalah pembuat kompang Jawa dan juga guru yang mengajarkan kompang Jawa di beberapa kampung. Banyak juga anak muridnya. Kami sekeluarga juga boleh bermain kompang Jawa. Sekarang ni, abang aku yang suka momokkan aku tu yang meneruskan mengajar bermain kompang Jawa. Dia dulunya seorang jurutera.

Aku pernah beberapa kali diajak bapak aku masuk paya mencari batang Leban. Kompang Jawa bapak aku diperbuat daripada kayu Leban. Ini kerana iranya halus dan liat, sesuai dibuat kompang. Bila dah dikenal pasti, bapak aku akan suruh Suyut Kominis pergi 'chainsaw'kan pokok tu dan dikerat-kerat selebar 2 jengkal.

Kayu Leban tadi diproses menjadi bentuk kompang Jawa menggunakan mesin 'lathe' atau 'turning' yang dibuat sendiri, dikuasa-kudakan oleh enjin disel Kubota. Semua 'cutting tools' juga dibuat sendiri. Darah 'kejuruteraan' dia juga mengalir dalam badan aku.

Kesimpulannya, kami sekeluarga adalah pembuat/pengajar/pemain kompang dan kami memang arif me'ngompang' cara Jawa sesiapa yang berani buat hal...



Pokok Leban selalu dikaitkan dengan alam mistik kalau dikampung-kampung bersawah dan berpaya. Dari cerita orang Bunian sehingga cerita Langsuir liar. Mungkin kerana ia tumbuh di kawasan berpaya yang basah, gelap dan dihuni oleh pelbagai binatang liar [mungkin juga binatang ek-ok ek-ok ketakutan Tasik Merah].

Di sebatang sungai tidak jauh dari rumah aku [sungai tu dah ditimbus 25 thn dulu untuk sawah] dulunya ada sepokok. Abang aku kata, pokok Leban tu amat besar dan sebahagian akarnya terendam dalam sungai tu. Tapi, pada masa aku kecik dulu, pokoknya dah tumbang, yang tinggal cuma batangnya yang terendam dan melintangi sungai.

Aku masa kecik selalu mandi kat sungai tu. Balik lepas sekolah, terus tanggal semuanya hingga tanpa seurat benang. Batang Leban tu terendam sejengkal dari permukaan air. Jadi, kami perlu meraba dengan kaki dan perlu berjalan berhati-hati sebab berlumut. Selalunya kami akan bercelapak kat batang tu dan mengesut. Tapi cara ni juga kan me'licin'kan telur-telur kami...hahaha. Bila sampai di tengah, baru kami berdiri dan terjun tiruk. Gedebur sana - gedebur sini. Juga bila ada awek lalu, kami akan terjun kerana malu. Juga bila mak bapak lalu, kami akan terjun dan sembunyi dibalik daun teratai.



Cerita abang aku, satu masa dulu, semasa hayat Pokok Leban tu, ada seorang budak lelaki yang dalam perjalanan pulang dari rumah kawannya. Petang. Cuaca mendung. Bila sampai di pokok tu, hujan turun lebat mencurah-curah. Lalu, dia pergi ke pangkal pokok tu dan berlindung dibawahnya. Seorang diri dan kesejukkan. Hujan yang turun membuatkan kawasan itu memutih dengan curahan hujan. Angin sesekali menggila. Kuyup satu badan. Lalu budak tu masuk di celah-celah banir. Berlindung dari curahan hujan...

Satu kampung heboh. Budak tu tak balik-balik. Mak bapak budak tu dah panggil satu kampung, suruh tolong cari. Orang kampung beramai-ramai telah cari sekitar kampung dan menyusuri sungai itu sampai ke pokok itu. Ada yang cari dalam sungai, kalau-kalau lemas. Bomoh kata budak tu masih hidup dan di'sorok'kan kat pokok tu. Tapi, tak jumpa-jumpa juga!

Dua tiga hari lepas tu, seorang makcik yang lalu kat pokok tu tiba-tiba ternampak kelibat budak tu di celah banir. Dia hampiri pokok tu dan dia lihat budak tu dah pucat tapi masih hidup. Pengsan. Yang peliknya, akar-akar Leban yang kecil telah mula melilit budak tu. Budak tu selamat tapi kerasukkan. Tak lama, budak tu pun mati.

Semasa kerasukkan budak tu cerita, kata abang aku, bila sampai kat pangkal pokok tu pada petang yang malang tu, dia ternampak macam ada satu gua kecil. Hujan tak masuk ke dalam gua tu. Jadi, dia berteduhlah kat dalam gua kecil tu. Tapi, masa makcik tu jumpa budak tu badan dia terdedah dan gua tu tak wujud pun!

Akhirnya, kata abang aku, orang kampung dah 'chainsaw'kan pokok tu. Batang pokok yang terendam dan berlumut dalam sungai itulah pokoknya, batang tempat kami masa kecik-kecik pijak sebelum terjun tiruk, gedebur sana - gedebur sini.



Memang banyak cerita tentang Pokok Leban yang dikaitkan dengan makhluk halus. Tak terkecuali, jiran sebelah rumah [bapak] aku. Dia dan dunia bunian. Jiran aku ni masih hidup lagi sekarang ni tapi bukan dia yang cerita. Mak dia [kini arwah] yang ceritakan kepada mak aku. Dan ceritanya ....



.

Marathon: Pelam berambut manusia...

Pokok Pelam telur.


Sesetengah orang mungkin namakannya pelam ratus, mungkin pelam rambai, mungkin juga pelam sawah. Walau apa pun gelarannya, ia adalah sejenis pokok pelam yang buahnya bergugusan, lebih kurang 10~12 biji dalam satu tangkai. Buahnya tak besar, hanya sebesar telur ayam, paling besar pun mungkin sebesar telur itik. Biasanya, orang buat jeruk. Jeruk pelam yang dibelah dua tanpa kulitnya dibuang. Pelam yang itulah maksud aku. Yang bijinya jenis dikotilidon.

Dan aku selalunya menunggu pelam itu ranum sebelum aku baling dengan kasut supaya ia gugur. Atau aku baling ia dengan sepotong dahan reput. Pelam jenis itulah yang tumbuh secara
semula jadi di hutan sekunder di belakang rumah [bapak] aku.

Pokoknya sebesar pemeluk budak tapi tingginya tak seberapa. Ia tumbuh di antara pokok-pokok pisang liar dan ubi. Lantai hutan itu semak dengan pakis dan ulan-ulan yang melilit-lilit.
Hutan dimana pelam itu tumbuh tak beratap. Tiada pokok lain di sekitarnya yang lebih tinggi darinya, itu maksud aku. Sebabnya, pokok pelam itu tumbuh atas busut jantan! Ya, busut jantan. Atau mungkin anai-anailah yang menumpang sarang di pangkal pokok pelam itu.



Abang aku kata, pokok pelam itu berpenunggu. Sebabnya, masa zaman jepun dulu, banyak yang kena pancung dan kepalanya dilonggokkan dekat pangkalnya. Jadi, tambahnya, zat-zat dari
kepala orang diserap oleh pokok pelam tu!

Kata abang aku lagi, rambut-rambut dari mayat tu dah sebati dengan pokok pelam tu dan boleh dilihat pada buah pelam tu. Memang betul! Buktinya ada. Entah kenapa, kalau dihiris pelam tu, ada beberapa helai serabutnya berwarna hitam, umpama urat-urat rambut! Ok, tak lah
hitam tapi perang kehitaman! Betul!

Tak lah banyak. Kalau pelam tu dihiris sebelah, 'rambut' itu mungkin ada 4~5 urat. Tapi, pelam tu bukan busuk. Pelam tu rasanya manis. Dan bukan satu dua biji yang macam tu, tapi semua buahnya begitu. Misteri?

Ya. Memang. Oleh kerana aku masih budak kecik lagi, cerita abang aku tu dan bukti yang aku nampak sendiri membuatkan sedikit sebanyak aku percaya.

Mungkin sekarang ni tidaklah seram lagi kerana mungkin serabut yang anomali tu wujud sebab anai-anai yang tinggal dalam busut tu telah merosakkan akar pokok pelam tu. Atau, mungkin juga betul kata abang aku? Misteri...



Sama seperti cerita budak mati sebab 'disorokkan' dalam akar Pokok Bungor di tepi sungai tempat aku dan kawan-kawan selalu mandi bolen, tak jauh dari rumah[bapak] aku ....




.

Thursday, February 12, 2009

Jalan2: Aku dan pokok Cempaka itu...

Dulu. Masa kecik-kecik dulu.

Aku bangun pagi untuk ke sekolah pada pukul 6.00am. Masa tu, masa Malaysia Timur tak sama dengan Malaysia Barat. Tun Mahathir belum tukarkan masa lagi.

Mandi di perigi, 50 ela dari pintu dapur. Masa tu, ukuran metrik belum terkenal lagi. Bilik mandi atau 'padusan' kat kampung stail ala bali... dinding zink je, open sky. Dia punya air fuhh...punya la sejuk. Aku boleh kira dalam seminggu tu berapa kali je yang aku mandi, selebihnya aku basuh muka, basuh rambut dan basuh 'muncung' je.... masa tu, belum sunat lagi.

Siap berbedak-berlangir pukul 6.30. Masa tu, aku tak tahu Subuh masuk pukul berapa. Aku kecik lagi, Sembahyang belum wajib. Sarapan pagi biasanya mak buat cucur kodok atau cucur tepung manis cicah sambal Jawe. Sape yang nak tau sambal Jawe, aku ada resepi keluarga.



Aku capai basikal nak ke sekolah pukul 6.40am. Abang aku keluar lambat sebab dia dah ada motor kapcai suzuki 80cc cabuk entah dari mana dia dapat, aku tak ingat pulak. Masa tu, pukul 6.40am kira gelap lagi. Ayam jantan pun berkokok ala kadar je, entah-entah berkokok sambil pejam mata je.

Aku ke sekolah dengan anak jiran aku. Sama-sama naik basikal. Jarak rumah [bapak] aku dengan rumah [bapak] dia lebih kurang 10 rantai, tapi kena lalu ikut kebun. Jalan selebar muat-muat tayar motor je. Kalau berselisih, salah seorang kena masuk semak kejap. Camtu lah keciknya jalan pintas kat dusun tu.

Dan dekat jalan pintas tu tumbuhnya pokok Cempaka yang berperigi buta tu!




Setiap kali aku lalu situ, aku akan nyanyi kuat-kuat untuk tambahkan semangat berani, ceh konon! Aku kayuh laju-laju. Tapi, saat yang paling seram apabila aku dah lepasi pokok itu, sebabnya, pokok itu berada dibelakang aku. Belakang! dan aku tak nampak kalau 'dia' datang dari belakang. Nak toleh, mesti masuk semak sebab jalan sempit dan berliku ikut celah pokok kelapa dan pokok cempedak!

Kadang-kadang, aku beranikan diri. Aku jerit kuat-kuat ' AKU TAK TAKUT LA...'
Tapi, bila dah lepasinya, aku pecut jugak....

Pokok Cempaka yang berperigi buta itu berhantu. Jenisnya Langsuir.... kata abang aku.
Dia kata, masa zaman jepun dulu, orang kampung kena pancung dan kepalanya dilonggokkan dalam perigi buta tu. Itu kata abang aku, entah ya, entah tak. Sedangkan, dia lahir lepas zaman Jepun.

Tapi, aku kecik lagi masa tu. Apa abang aku cerita, serba sedikit mesti masuk kepala punya.



Abang aku suka pyscho aku. Ada sekali tu, aku ambik buah pelam telur yang tumbuh di hutan belakang rumah. Dah masak buahnya. Tapi, dia kata jangan suka sangat makan buah dari pokok yang itu. Sebabnya, ada cerita lain yang membuatkan aku tersentak, dan yang peliknya, bukti yang dia cakap itu wujud. Ada cerita disebaliknya....




.

Tuesday, February 10, 2009

Jalan2: Kelip-kelip kusangkakan api...

Dulu. Masa aku kecik-kecik dulu.

Abang aku suka bercerita, selalunya waktu malam, selalunya sebelum tidur dan selalunya cerita yang seram-seram. Aku pula, tak ada pilihan kerana aku tidur setilam dengannya. Bilik di tingkat atas, rumah kayu pulak tu.

Pukul 11 malam, burung hantu sudah mula bersahut-sahutan. Sesekala bunyi sayap kelawar tertampar dinding papan dapat didengar. Kelawar punyai sonar yang cukup baik, mungkin tangkap cicak atau serangga yang hinggap pada dinding.



Salah satu ceritanya tentang kelip-kelip. Dia mulakan ceritanya dengan pantun yang selalu kita dengar:

Kelip-kelip kusangkakan api,
kalau api, dimana puntungnya?
Hilang ghaib kusangkakan mati,
Kalau mati, dimana kuburnya?

Dia tanya aku, apa kaitan kelip-kelip, ghaib, mati dan kubur? Aku kata, mana aku tau. Aku kecik lagi.

Dia kata, kelip-kelip tu sebenarnya kuku perempuan Cina mati. Orang perempuan Cina suka bela kuku panjang-panjang. Bila mati, kuku dia terbang waktu malam, bercahaya, mencari orang untuk dicekik.



Dan dekat rumah orang tua aku dulu, kelip-kelip suka 'bergentayangan' pada pokok Cempaka. Sekilas bayu malam berhembus, semerbak harum bau bunga Cempaka dibawanya. Menujah-nujah lelangit hidung. Dibawahnya, ada sebuah perigi lama. Perigi buta.

Dan di situ pula, ada cerita lain yang aku dengar...




.

Monday, February 9, 2009

Jalan2: Total Cost of Ownership tu bukan nama kapal

Aku tahu, dia tengah kerja, cari pelanggan untuk menjual dan mendapatkan komisen. Aku faham, dia tengah kerja dan dia perlu ramah, tanya itu tanya ini. Aku sedia maklum, dia tengah kerja dan untuk mencari pelanggan baru kadangkala dia perlu terpa sana-terpa sini.

Tapi aku tak puas hati bila aku cakap aku dah ada, dia masih pujuk itu-pujuk ini. Aku cakap, aku setia pada yang satu dan aku malas nak jaga banyak-banyak. Aku tak minat bab-bab maintenance ni. Malas.



"Kad ni tak sama, bang. Setiap kali abang guna, dia kasi rebet 5%"

Masa ni la kamu nak berabang-abang dengan aku. Kamu tak hormat ke dengan bini aku ni? Come-on la, aku setia padanya je.

"Abang bayangkan, belanja RM100 abang dapat rebet RM5"

Lepas tu, bila bil sampai, aku bayar pakai M2U dia kenakan transfer fee RM2. Kalau pakai cek, kos setem dan duit minyak nak pos je pun dan cecah RM10. Apa yang untungnya? Kena la kira 'Total Cost of Ownership'. Kalau tak, kamu je la yang untung, aku apa ada...

"Itu kalau belanja RM100. Kalau abang belanja RM1000, abang boleh dapat RM50!"

Sejak bila aku beli sayur sampai seribu ringgit sebulan? Kamu ingat aku ni kambing ke asyik makan sayur hari-hari?




.

Sunday, February 8, 2009

Jalan2: Tepuk dada, tanya apa ada dalam darahmu

Kini.
Aku tak boleh berbelanja mengikut komposisi hati. Aku tak boleh beli barang-barang makanan mengikut komposisi nafsu perutku lagi. Tidak mengikut seraqahku lagi.

Aku perlu berbelanja mengikut tekanan dan komposisi darahku. Aku kena berbelanja dengan menutup mata. Biarkan troley yang aku tolak membawa aku ke destinasi yang bukan aku tentukan. Biar troley itu berhenti di tempat yang dia sendiri ingin berhenti.

Aku pasti. Dia tak akan berhenti di 'lamb shoulder' atau 'udang putih' atau 'mozarella'. Dia akan berhenti mungkin di 'extra virgin olive oil' atau 'low sugar soy milk'.


Image: from Wiki



Di Tesco itu.
Aku mencari roti atau bun. Aku tengok kakak yang berdiri depan oven memegang tali loceng tembaga sebesar lesung batu. Seorang rakannya membuka oven dan mengeluarkan Potato bun. Dia potong beberapa ketul lalu diletak di dalam piring. Sebahagian besarnya dia masukkan ke dalam plastik pembukus.

Dia goyang loceng tu.
Kling! Kling! Kling!Bun panas, ban panas, ban panas. Aku rapati meja dia.

"Kalau nak cuba, abang boleh rasa"

Aku sentuh salah satu plastik yang berisi ban. Hmm...memang masih panas, aku kata padanya.

"Jangan malu-malu bang. Abang boleh rasa"

Aku sentuh plastik yang lain. Ya, memang panas. Tak payah suruh aku rasa lagi. Aku sendiri nampak kawan kau keluarkan dari oven tadi. Dia unjukkan piring kepada aku.


Laaa...lain kali, cakaplah 'boleh makan bang'.




.

Friday, February 6, 2009

SkeTsa: Dirgahayu Perak...

Laxamana yang terusir telah pergi berdiam diri di hulu Grik sejak seminggu lalu. Tak mahu ambil peduli lagi. Laxamana lebih suka bersatu dengan kehijauan, memetik buah-buah hutan dan memakan ulam-ulaman. Lebih tenang, katanya. Umur pun mungkin lebih panjang, harapnya.

Datuk Temenggung berjalan ke hulu- ke hilir, tak tenteram. Jebat tak mahu nyah dari Istana. Datuk Temenggung pening kepala kerana Sultan syugul. Tak boleh jadi kalau begini, fikirnya.

Lekiu dah bersedia dengan sampin dan tengkolok. Sejak semalam lagi Lekiu mengacu-acukan pakaiannya di depan cermin sambil diperhatikan oleh ibunya, 'cantik tak? Cantik tak?' tanyanya.




Setelah berfikir panjang, Datuk Temenggung keluar dari biliknya lalu memanggil hulubalang-hulubalang berkumpul seraya berkata:

"Kamu semua pergi menaiki akan si Jebat itu petang ini juga. Tak kira apa cara sekali pun'

Terangguk-angguk semua hulubalang itu. Maka, setelah itu berbondong-bondonglah sekaliannya berkawad. Hip hip hip...Dengan lembing, dengan keris pendek, dengan pedang panjang. Perisai tersusun berlapis-lapis umpama sisik ikan. Hatta nyamuk sekalipun tak boleh lepas.



Setelah sudah sekaliannya beredar, Datuk Temenggung memanggil keluar Lekir yang dari tadi menyorok di dalam bilik.

"Kamu pergi ikut pintu belakang. Kamu serbu secara mengejut. Pastikan Istana itu kosong untuk sessi angkat sumpah Lekiu nanti'

"Kalau Jebat dapat ditangkap, boleh hamba pukul-pukul dia macam komando tak?"

Pap! Haaa...kan dah kena!





.

Wednesday, February 4, 2009

Jalan2: Selamat Tinggal semua... aku pasti rindu

Petang.

Aku singgah di klinik. Aku jumpa doktor yang cucuk-cucuk aku Sabtu lepas. Dia dah bikin lengan aku lebam seluas duit syiling 50sen ganda dua. Pagi tadi, kawan aku kata aku patut pakai baju lengan panjang. Dia kata lengan aku nampak buruk!

Nama aku dipanggil.

Aku kuak daun pintu. Doktor bagi salam. Aku sambut dan balas semula. Dia minta rekod perubatan aku daripada pembantunya. Dia selak satu surat. Surat keputusan ujian darah.

"Semuanya melebihi paras. Nisbah Cholesterol/HDL : tinggi"


Dia kembali tenung muka aku. Aku tak tahu nak buat muka apa. Aku tanya dia: Doktor, berlaku ikhlaslah denganku, berapa lama lagi aku mampu hidup? Doktor tu tersentak. Mungkin dia tak faham maksudku. Aku maksudkan, aku mungkin tak mampu hidup tanpa kari kambing dan seafood! Oh oyster, lobster... selamat tinggal semua, aku pasti merindui kalian...


Doktor ketawa sedikit. Dia kata aku patut ambil ubat. Aku tanya, paras cholesterol sebegitu perlukan ubat? Dia kata, takkan nak tunggu lebih tinggi baru ambil ubat? Dan dia tak sanggup hitung umur dan beritahu hari-hari terakhir aku nanti. Ada betulnya.



Aku tanya lagi. Ada side effect tak ubat tu? Mestilah ada tapi transient side effect je. Dalam 3 atau 4 hari, tubuh aku boleh sesuaikan diri. Aku tanya, apa dia?
  • kembung perut
  • nausia
  • pening dll

Lagi? Dia tanya balik, apa yang aku nak tahu? Aku tanya, ubat tu boleh buat mati pucuk tak? Oh! Nasib baik tak.

Atau, doktor tu tipu aku ...?

.

Tuesday, February 3, 2009

Selamat Hari Lahir - 3 Feb.


Selamat Hari Lahir, Mama.


Jusco bagi voucer. Macam-macam. Untuk hari bertuah ini, kami pilih K.Rogers. Buy 2 Free 1. Ok lah tu, kami bertiga je.

8.30pm jalan basah, hujan. Kami parking di luar Alam Central. Kami melangkah selepas kereta berdecit sekali, lagak orang lapar nak makan free.

Di dalam, brader kat situ datang. Sopan sangat. Ayat teratur habis. 'Boleh saya ambil pesanan Incik?','Oh, Incik ada voucer. Baiklah, Incik akan dapat satu percuma'.

Yang aku tak tahan tu, dia boleh ulang dari awal ayat kalau silap sebut!
"Hari ini kami ada sos promotion...err...maaf, saya ulang semula ya Incik. Hari ini kami ada promosi sos terbaru kami...." Habis skrip buku la...hahaha.

Punah masa aku 10 minit untuk dengar dia baca skrip menu (atau Menu-skrip?). Macamlah aku tak boleh baca sendiri. Akhirnya, aku potong cakap dia. Aku cakap, kami nak makan ayam golek yang macam dalam voucer tu.

Dia tanya pilihan untuk side dishes. Mama awal-awal cakap pilihannya sama dengan aku. Aku pilih kacang bersos tomato, kentang penyet dan satu lagi aku agak teragak-agak nak sebut...dari dulu lagi aku takut tersalah sebut. Malam tu, kegundahan aku muncul lagi.

Yang ketiga, aku nak kols-lau?...kos-lo?. Suara aku semakin berbisik. Dari dulu lagi aku tak pasti yang menatang jadah tu resipi Inggeris atau Perancis atau Cina. Sebutan dia kan lain-lain.

"Oh! Incik mahu Co-les-law [ko-les-lo]"
Oh! Maaf, saya ulangi side dish yang ke-3. Aku minta Co-les-law [ajuk cara dia cakap]...


"Incik satu, Puan satu, Adik pula pilih yang mana?"

Dia asyik baca menu. Aku siku dia sikit. Dia tercengang-cengang. Aku cakap, abang tu tanya.

"...saya nak yang ke-3, yang free!"

Hish...


.

Jalan2: Keris Legenda itu besar rupanya...



Cis! Ini bukan rumah dalam iklan Super POWER.

Itu iklan 18sx. Iklan lucah. Iklan nak kena sunat, gamaknya.


Kata orang.

Kalau rumah didatangi cahaya begini, alangkah bahagianya.


Kat Melaka hari tu, naik piring terbang. Yang berputar 360derajah. Anehnya, ia terbang melalui sebatang keris. Ya. Keris lagenda. Tegak terpacak dengan sendirinya. Tak ada orang pegang pun.


Terbang MELALUI sebatang keris yang tegak terpacak. Walau piring terbang tu bocor tertusuk keris, ia masih boleh terbang.


Piring terbang tu terbang setinggi beberapa puluh meter sebelum berputar. Dan aku sempat lihat laut, lihat sungai, lihat rumah, lihat kubu-kubu batu. Dan aku lihat gerhana.


Ya, aku lihat GERHANA dari piring terbang itu. Aku snap satu gambar matahari, tapi lensa aku tak bertapis. Tak menjadi.


Aku biarkan gerhana itu pergi dan aku turun kembali ke Bumi.





.

Monday, February 2, 2009

SkeTsa: Misteri Kona Mat Keroncong...

Kona (selekoh) Mat Keroncong, pagi itu, membuat gempar lagi. Kona, yang beberapa ratus ela dari simpang Parit 9, sering menggemparkan penduduk di sekitar ini. Dan yang terbaru ialah kejadian pada pagi itu.

Mungkin kerana kecondongan jalan, mungkin juga kerana kona yang berliku tajam. Apa-apa pun, kepada para pemandu yang kurang arif dengan jalan itu pasti akan menggelepar apabila tiba di kona itu. Banyak yang telah terhumban ke dalam sungai akibat terbabas.

Pagi itu. Satu lagi kereta tua turut terbabas. Pemandunya dah kembung. Lemas dalam sungai. Terikat dengan talipinggang keledar. Sepatutnya, talipinggang keledar itu menyelamatkan nyawanya tapi kali ini adalah sebaliknya.

Malang, pemandu itu bukan orang yang tinggal berdekatan. Lebih malang lagi, plat kereta tuanya juga turut hilang. Tidak dapat dipastikan milik siapakah kereta tua itu. Pelbagai andaian timbul. Salah satunya, mungkin si pemandu itu adalah seorang pencuri kereta.



Sarjan Husin ambil sistem pembesar suara, lalu menghalakannya kearah puluhan orang ramai yang berdiri di sekitar itu.

"Pikir Tuan-Tuan, apakah nombor plat kereta itu?" pintanya.


Seorang tua menyeringai, menampakkan gigi sebatang menujah lelangit, mengangkat jari telunjuknya ke atas seraya menyebut nombor plat kereta itu.

Sarjan Husin mencongak kosong awan gemawan. Terangguk-angguk. Terfikir agaknya.



Anda tertanya-tanya?
Agak-agaknya, apa nombor plat yang orang tua tu beritahu????......




.

Sunday, February 1, 2009

FiQir: Your choice, you choose...

Selama ini. Setiap bulan memang surat itu akan sampai ke tangan aku. Aku tak fikir yang bukan-bukan pulak.

Tapi, kali ni aku tergerak nak baca minute details, tulisan yang kecil-kecil, yang biasanya berada dibahagian bawah atau di belakang surat. Walau pun kecil-kecil, ianya amat penting. Dan percayalah, selalunya ia akan menentukan tindakan anda seterusnya.

Surat itu adalah bil ansuran yang aku perlu bayar setiap bulan kerana aku beli PC, genap setahun lepas. PC itu adalah tawaran kepada pelanggan kerana subscribe kepada kad kredit yang baru itu. Aku tertarik bukan kepada kad kredit itu tetapi kepada harga PC yang ditawarkan.

Kad kredit itu ada yuran tahunan. Telah genap setahun, yuran pun dimasukkan dalam bil. Tapi, aku ni kedekut. Aku talipon bank tu yang aku tak nak bayar yuran tu. Akhirnya dia setuju tapi dengan syarat aku kena guna kad kredit itu at least 12 kali setahun. Aku setuju. Dia rakam suara aku. Itu dah kira perjanjian.

Aku sedar, bank nak untung, tapi aku pun nak untung jugak.

Baru aku sedar. Ansuran aku akan tamat Februari ni. Dan aku malas nak guna. Aku selalu guna yang lain. Aku dah langgar janji?

..........

Pilihan yang ada:
1. Guna kad itu sebagai kad utama, seperti janji. Ikut kata bank.
2. Guna kad itu tapi charge sikit je, RM5/mth cukup le. Manipulate janji itu.
3. Batalkan dan pulangkan kad itu. Lari dari janji.

Setiap pilihan itu mencerminkan sikap individu terhadap cabaran yang datang dan apa reaksi kita.

Aku? Aku tengah fikir yang mana satu aku nak pilih....hmmmm



.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com