.
Tadi, aku berkesempatan pulang ke Perak. Dan aku masuk ke bilik tidur usang arwah ayah (usang kerana rumah itu kini ditinggalkan, hanya untuk singgahan abang-kakak dan aku).
Kemudian, aku terlihat satu lukisan pada dinding yang dahulunya pada bucu katil arwah ayah (kini katil tu telah tiada). Dinding itu diperbuat dari papan lapis 4x6 kaki.
Kemudian lagi, aku teringat lebih kurang 10 tahun dulu aku ada belikan satu set cat minyak Buncho. Aku belikan kepada ayah dan emak kerana mereka gemar melukis pada masa senggang antara musim penanaman sawah. Dan mereka pun lukislah pada kertas lukisan dan akan ditunjukkan kepada aku setiap kali aku balik ke rumah itu.
Sebenarnya, aku perasan yang arwah ayah akan lukis di mana-mana sahaja yang dia mahu, termasuk dibelakang kalendar, pada dinding batu (semacam mural kecil) dan dinding papan lapis.
Aku juga perasan akan lukisan yang satu ini lama dulu. Tapi, hari ini aku tenung-tenung dan aku lihat dari satu perspektif yang lain:
1. Lukisan itu seakan-akan masih baru kerana ianya cat minyak. Papan lapis itu telah 'berkedut' sedikit dek dimamah usia, menambahkan ke'aslian' lukisan arwah ayah.
2. Bila aku belek rapat-rapat, aku dapati ianya dibuat dengan ketelitian yang agak tinggi. Sehinggakan aku dapat bayangkan apa yang ada dalam fikiran arwah ayah pada masa itu. Itu adalah gambaran yang dia mahukan untuk kami, rumah-rumah itu mungkin sepatutnya rumah-rumah kami yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.
3. Bermakna, lukisan itu adalah hasil dari satu kerinduan ayah terhadap anak-anaknya. Juga harapannya untuk kami kembali bersatu sebagai satu keluarga yang besar.
Ya, kerinduan dan harapan seorang ayah kepada anak-anaknya....
(Gambar kurang jelas (handphone), nanti aku letak gambar dari Olympus yang lebih jelas...)
.
Saturday, February 27, 2010
Thursday, February 25, 2010
Kisah Bunga Tanjung...
.
Ada tujuh pucuk muda yang hijau segar.
Ada tiga ekor kambing yang kelaparan sejak semalam.
Tapi pucuk hijau segar muda itu tinggi di atas pokok.
Dan pokok itu tinggi nun sayup di awan.
Tiga ekor kambing itu tahu nun itu jauh.
Jadi tak seekor pun sanggup sebut huruf nun itu.
Tiga ekor kambing itu tahu pucuk segar muda hijau itu sedap jika dimamah.
Tapi pokok itu bermula dengan huruf nun.
Jadi, tiga ekor kambing itu biarkan pucuk muda segar hijau itu menjadi tua dan berbunga.
Maka jadilah pokok itu pokok bunga kertas yang cantik.
Dan mati kelaparanlah kambing-kambing itu...
Sekian.

Sunday, February 21, 2010
Nonsense arguments...
.
Di dalam sebuah bilik yang penuh dengan lelaki dan perempuan, seorang lelaki bergelar pensyarah dikelilingi oleh lelaki dan perempuan yang penuh di dalam sebuah bilik tadi.
Seorang lelaki itu tadi menghalakan butir bicara ke arah lain buat sementara. Seorang lelaki itu mahu setiap lelaki dan perempuan yang penuh dalam sebuah bilik itu, yang mengelilingi seorang lelaki tadi, untuk memikirkan dan seterusnya meluahkan, setiap seorang lelaki dan perempuan, satu ayat yang digelar ' nonsense argument '...
Maka, bermulalah sebuah rally dari barisan hadapan ke belakang dan membelok dari belakang ke depan pula, setiap seorang menyebutkan ' nonsense argument ':
- How to swim on the moon...
- How to fly without wings...
- Like painting on an ice cube...
- Singing without voice...
- Shooting without bullet...
- ...
Silih berganti, akhirnya, giliran aku pula. Maka aku pun berkata:
- How to live without life...
Serta merta bilik itu sunyi buat seketika dan mata-mata khayal memandang kepada aku. Di mana silapnya ayat aku tu, aku sendiri pun tak tahu... salahkah?
Itu kira okey juga, aku rasa.
Sebenarnya, aku mahu kata: How to live without soul...

Saturday, February 20, 2010
Kambing mati meninggalkan bau bangkai...
.
Paku Payung kata, dia ada baca kisah misteri tentang ujikaji terhadap seekor kambing. Kambing itu boleh mati hanya dengan satu pandangan psikik yang tepat pada mata kambing itu.
Aku ambil buku itu. Kambing itu mati selepas beberapa jam di tenung di dalam sebuah bilik makmal. Ya, memang itu yang tertulis. Ujikaji di Rusia.
Tapi, aku pun boleh tenung mata kambing sampai kambing tu mati!
"Berapa lama?"
Dalam dua minggu ...

Friday, February 19, 2010
Jagad dalam kenangan ... March 2009 ~ Feb 2010
.
Jagad dalam kenangan kami... March 2009 ~ Feb 2010
March 2009, umur 2 bulan
Bukan kerana hilang sayang. Bukan juga kerana benci.
Semua yang kami lakukan untuk kebaikanmu jua, percayalah..
Kamu yang keseorangan, kamu yang memendam berahi. Kasihan.
Maka, dengan hati yang sedih dan gundah, kami lepaskan kamu.
Kami telah pilih keluarga angkatmu dari golongan yang baik-baik.
Kami percaya kepadanya. Dia akan menjaga kamu sehingga akhir hayatmu.
Kami tetap merinduimu.
Kerana kamu telah menjadi sebahagian daripada keluarga ini:
Makan dan minum bersama, tidur bersama, tonton tv bersama...
February 2010, umur 13 bulan
Jagad,
Selamat tinggal.
Jangan lupakan kami di sini...
.
Wednesday, February 17, 2010
Aku pergi ke negeri Antah Berantah ... 3 hari 2 malam
.
Kemanakah perginya aku minggu lepas?
Hah! Aku jawab sendiri... Aku sebenarnya bertapa selama 3 hari 2 malam di My Gopeng Resort, Perak. Tempatnya: keluar dari PLUS highway ikut susur keluar Gopeng dan belok ke kiri. Tak jauh dari situ, ada sebuah perhentian bas. Perjalanan bas aku setakat situ.
Kemudian, aku jadi macam buruh kontrakan naik lori pasir 5 tan. Perjalanan ke lembah 'Antah Berantah' mengambil masa lebih kurang 30 minit lagi dari pekan kecil itu. Jalannya berturap tetapi selebar lori itu. Tak sukar jika berselisih kerana rata-rata adalah motorsikal. Kalau ada 4x4 yang berselisih dengan lori aku, salah satu akan bertukar jadi mentadak memanjat bukit! Dan aku akan bergayut pada dinding lori macam Lotong yang terkejut melihat harimau.
[Mungkin orang keliru tentang Antah berantah, negeri yang wujud dalam hikayat lama, namun bagi aku, negeri Antah Berantah tu tak ada beza dengan negeri 'yang tak diketahui'. Asalnya mungkin dari nama 'entah-berentah' , membawa maksud ' entah lah, aku pun tak tau', kerana perkataan 'entah' kalau dijawikan mungkin bermula dengan huruf 'Alif'. Jika dibaca sekali lalu maka jadilah ia 'antah'... hahaha]
Hutan-hutan di kanan dan kiri masih dara (aku agak je). Kadang-kadang, pokok-pokok hutan itu berselang seli dengan pokok getah dan kelapa sawit. Bila dah masuk jauh ke dalam, barulah ada rumah-rumah orang kampung dan ladang-ladang getah dan sawitnya. Jadi, aku syak sumber ekonomi penduduk kampung ini adalah berladang getah dan sawit, juga berkebun dan berdusun.
Akhirnya, aku tercegat di sebuah kawasan terang di balik 2 buah bukit. Tiada siaran untuk cembul hikmat aku. Cembul hikmat aku tak berguna di situ. Aku berjalan sana sini mencari siaran. Akhirnya, aku berjaya mendapat siaran dalam 2 bar sahaja, itu pun di bawah Pokok Langsat, di belakang tandas perempuan! Serius!
Mesti dia orang ingat aku mengendap perempuan masuk tandas. Walau pun aku tengah telefon Mama, mampos-mampos pun mesti dia orang tak percaya punya!
Selama 3 hari 2 malam itulah, aku berperang ala komando dengan bola-cat, daki dan turun gunung 45 darjah dalam gelap malam, menjelajah Gua Tempurung, berakit air-putih di Sungai Kampar yang penuh dengan jeram bertingkat (ianya 3 derajat dan jeram paling dahsyat di dunia adalah berderajat 6. Di Malaysia, jeram tertinggi derajatnya hanya 5).
Aku tanya kawan aku, apa objektif dia datang ke sini? Dia kata, untuk tingkatkan kerjasama-berpasukan. Aku cakap pula, objektif aku ke sini untuk kurangkan berat 3 kg! Ye lah, entah apa jenis makanan yang tuan rumah sediakan. Mungkin hari-hari bersayurkan kulat-kulat pada batang getah reput dan berlaukkan ulat gonggok!
Dan mujurlah, dan juga buat pertama kalinya, aku merasa Mee Kari Gopeng resepi asli orang kampung itu. Memang sedap (dan aku lupakan kisah santau menyantau yang terkenal di Gopeng di kala itu). Mee kari itu aku syak dicampur dengan ikan sardin, selain dari daging ayam. Dan dari segi kepekatan kuahnya, aku syak ia dicampurkan dengan sedikit kerisik.
Sebelum keluar dari lembah 'Antah Berantah' itu, aku berJumaat di Masjid Kg. Itek. Aku tak pasti kenapa begitu nama kampung itu.
Seperti teori penghijrahan ekonomi, kampung itu jugak tak terkecuali. Aku lihat golongan yang berjamaah itu kebanyakkannya adalah golongan tua berumur 50an ke atas dan satu lagi golongan budak-budak yang masih bersekolah. Anak-anak muda pula, tiada yang muncul: sama ada bekerja di bandar-bandar besar atau pun 'berJumaat' di Masjid As-Sofa berimamkan TV1 dalam mimpi siang hari...
Selesai berJumaat, aku tinggalkan kampung itu dengan calar balar, luka lecet dan otot-otot yang tegang dan koyak... mungkin termasuk lemak badan yang berkurangan 3 kg!

Tuesday, February 16, 2010
Dan segala-galanya menjadi hitam pekat...
.
Aku. Lemah.
Lemah menghayun tangan kiri dan kanan aku, menguak-nguak air dan pasir pantai, menghanyut tubuh yang masin dan terbakar. Amat lemah.
Aku lemparkan tubuh aku jauh dari gigi ombak ke pasir pantai dengan kudrat yang tinggal baki dari hanyut. Panas, butir-butir kristal garam tumbuh pada belakang tubuh. Perit dan sakit. Cair ego aku. Segala yang aku bangga jadi luntur, mengalir ke laut sana. Kalaulah darah aku warnanya biru.... kalaulah...

Lalu aku ketawa, kuat dan seorang diri. Tiada Camar yang menari, tiada desir angin di Serunai Laut yang menyanyi. Cuma panas mencengkam tenggorok yang perit dan masin. Pelesit segala! Punah dan luluh! Mana semuanya? Daki-daki hidup lalu masih melekat. Air laut yang sebegitu masin belum cukup untuk menanggalkannya. Memang pelesit! Aku terbuang. Bukan! Aku dibuang ke laut. Mana pergi semua?
Masih terbaring, lalu aku pusingkan tubuh kering bergaram. Memandang tepat pada dada langit. Biru. Sama seperti laut itu. Sesekali, ombak jantan berlari laju dan jauh ke pantai, menjamah tumit aku.
Dalam lemah, aku ketawa sendiri. Aku angkat tangan kanan, seolah-olah ingin menjamah suria untuk ku ambil secubit bagi mengisi kantong perut aku yang kosong sejak seminggu lalu. Semenjak aku dibuangkan ke laut itu.
Dalam lemah juga, aku sedar suria itu terlalu tinggi. Lalu, aku lihat dalam-dalam bidang langit yang biru tanpa cela. Aku ambil segenggam pasir lalu aku serakkan ke langit. Butir-butir pasir itu menjadi berlian dan terus melekat di atas sana.
Kemudian aku celupkan jari telunjuk ke lopak air masin. Aku lukis kuda terbang, aku lukis awan gemawan pada bidang langit biru. Cantik!
Aku celupkan lagi. Kali ini aku lukis sebuah gunung yang amat tinggi. Aku lukis salji putih di puncaknya. Salji yang mencair, yang ingin mengalir turun. Aku lukiskan sungai untuk salji itu mengalir turun. Sungai itu menjalar dari puncak gunung itu, berkelok-kelok, menghilir ke mulut aku.
Dan setiap titisan salji itu menitis ke atas bibir-bibir aku yang kontang dan berkerak. Segar! Nikmat sejuk salji itu amat terasa. Aku nganga luas-luas. Aku nikmati setiap titis salji yang sejuk itu. Aku tersenyum.
Dan lukisan pada bidang langit biru itu semakin berbalam-balam coraknya. Semakin kelam warnanya. Langit yang biru menjadi merah, menjadi kelabu. Menjadi gelap. Dan akhirnya, menjadi hitam dan amat pekat.
Aku masih tersenyum sambil menadah air salji dengan mulut aku. Air sejuk yang turun dari syurga. Nikmatnya, sehingga aku lupa untuk menarik nafas.
Nafas yang akhir...
[di Pantai Puteri, Melaka]

Labels:
sketsa
Monday, February 15, 2010
... sayaaang! muah!
.
" Happy Valentine Day sayaaang! muah! " 017-885xxxx
Sms tanpa nama pengirim.
Terketar-ketar aku baca sms tu, bergegar handphone aku (yang aku minta Mama simpankan dalam beg tangannya). Tangan Mama dah pun melekap pada lengan aku, tinggal tunggu nak cubit ketam je...
Aku mula mencongak-congak siapa pemilik nombor tu, kalau-kalau ada yang aku kenal. Tiada! Aku syak, ini tentu peminat seni blog aku tapi...
Aku terus call nombor tu, ada suara perempuan di hujung corong sebelah sana. Dia bertanya, siapa aku. Aku jawab balik, orang kesayangan dia sebab dia yang hantar sms kepada aku. Perempuan tu konfius.
Dia tanya nombor aku, aku pun cakap 012-... Ooooo.. katanya, nombor belakang sama cuma silap tekan 012. Sepatutnya 017... aku pun faham.
Tapi, aku cakap, Mama dah baca sms tu dan jari dia dah mula nak jadi sepit ketam nipah! Aku minta dia cakap dengan Mama. Dia setuju. Lalu aku serahkan handphone aku kepada Mama.
Selang beberapa saat, Mama turunkan penyepitnya dari terus melekat pada lengan aku. Aku lega...
Nota:
Pada mulanya, aku tak nak layan sms tu, tapi aku terfikir ada dua hati akan terguris:
1. Mama...tentulah dengan aku yang kena sepit sekali.
2. Pemberi sms tu. Bayangkan kalau sms tu tak sampai kepada kekasihnya (atau mungkin suaminya kerana suara wanita tu seakan dah berumur lewat 30an... atau kekasih gelapnya??!). Mungkin berlaku juga cubit-cubit udang kara antara mereka berdua...

Monday, February 8, 2010
Grafiti yang melampau....
.
Aku jalan-jalan di SACC pada hujung minggu. Kereta masih penuh dengan lilin, kena parking jauh dari sinaran matahari. Kalau tak, nanti cair...
Ketika nak naik ke Ground Floor dari Basement, aku terpandang sesuatu di luar kedai DIY. Oleh kerana prihatin, aku masuk dan aku bagi isyarat kepada pembantu (lelaki) kedai yang seseorang sedang conteng dinding kedainya...
Dalam dia masih ternganga-nganga, cepat-cepat aku blah...!

Aku dan Mama tersenyum ketika melangkah ke escalator menuju ke atas... menuju ke Groundfloor.

Saturday, February 6, 2010
Panas! Panas! Berbara dan berasap-asap...
.
Aku singgah di bangunan berdepan dengan Blue Wave Hotel, S. Alam. Ada urusan. Urusannya?
Aku settlekan satu rumah di S.Alam, oleh sebab itu pihak insuran perlu pulangkan baki MRTA. Tapi, dia batalkan/pulangkan insuran rumah yang lain pulak! Cek pun dah sampai ke rumah. Ceit, kalau aku mati, sape yang nak settlekan rumah yang lain tu? Mau aku jadi hantu sebab sangkut hutang!
So, aku cakap kat mamat tu apasal dia hantar surat kat insuran salah rumah? Dia kata, bank pusat di KL yang buat silap. Aku cakap, aku tak peduli.
'I want it to be recalled and re-installed. Aku tak nak satu sen pun duit aku keluar. No monetary cost, that includes non-monetary cost which can be translated into equivalent monetary value...' (maksudnya, kalau dia suruh settlekan di KL, aku tak nak sebab masa aku terbuang dan duit minyak + kilometer kereta).
Panas (hati) punya hal, aku singgah di warung dalam bangunan tu. Aku makan sup kaki ayam yang dah sejuk. Tak apa la, aku tengah panas.
Masa nak bayar makanan, aku terlihat sesuatu tertampal pada peti sejuk berdekatan kaunter. Aku dekatinya (peti sejuk), cashier (pompuan) tu tertanya-tanya.
Aku tanya, benda ni kira buli atau memang kerjanya? Pompuan tu kata, itu arahan bos...

Aku memang alah dengan kerja gosok periuk!

Tuesday, February 2, 2010
Ada sekuntum bunga...
.

Ada sekuntum bunga,
menari-nari ditiup bayu pagi,
mekarnya bisa menyapa hati,
wanginya bisa menggetar sukma jiwa,
di tepi tasik nilam biru itu,
aku petiknya,
lantas kusemat dalam hati aku,
dalam-dalam,
lalu kurenjis dengan embun suci,
kukucup wangi semerbak menjadi kayangan seri,
bertiangkan kasih dan sayang,
berbumbungkan cinta,
lalu kubentangkan permaidani biru,
kuhamparkan kapas baldu beradu,
kutaburkan narawastu,
lalu kuntuman menjadi dua,
lalu kumandikan,
kulangirkan segalanya,
kukucup,
kusematkan kembali
dalam dada.

Selamat Hari Lahirmu,
Mama...

puisi
Monday, February 1, 2010
Setiap yang hidup itu pasti...
.
Pantang orang macam-macam. Ada yang pada nombor.
Ada orang tanya, kenapa Angah pada pangkal namanya 3 dan akhirnya 4, tak bagus...
Aku cakap, 'kullunafsin zaaikatolmaut'
Hidup ini (3) akhirnya akan mati(4).

Subscribe to:
Posts (Atom)