Aku baru tercangak-cangak di dalam booth Johor, penari-penari cilik dan comel itu baru berehat. Aku tanya, zapin ke ni? Budak-budak itu jawab, ya. Alamak, dah terlepaslah ek? Aku tanya lagi. Sekejap je lagi, kata salah seorang penari cilik itu yang bernama Intan.
Comel sungguh budak itu.
| Adik ini berikan posing yang sempoiii... |
Aku pun tunggu. Cepat-cepat kumpulan penari zapin itu bersiap-siap. Kasihan pulak, terasa macam memaksa sangat. Dah macam permintaan khas pulak. lalu mereka pun menarilah...
| Adik ni sempat menjeling ke kamera ketika menari... |
Aku tunggu kalau-kalau ada Zapin Ayam Patah tapi yang dipersembahkan bukan zapin yang itu. Tapi, persembahan budak-budak itu memang kelasssss.... aku tunggu 2 pusingan mereka menari.
(sila tutup volume suara kerana terlalu kuat... muziknya pecah-pecah)
.
4 comments:
berapa lama budak2 ni menari...?
masa aku kat dalam pun deme tgh menari.
tapi aku tetap suka caklempong negeri sembilan.
kenapa la aku tak bawak kamer td eh...?
.
aku tengah bengang nih...
bateri kamera kong.
aku nk amik gambor bulan kaler merah nih...
.
TM,
Dia orang menari ulang-ulang... lepas 3-4 pusingan, dia orang berehat 15 minit...
lepas tu sambung lagi sampai ke malam kut...
terpusing-pusing. kalau aku, dah muntah belalak asyik pusing-pusing...
TM,
Awan banyak... kalau kamera ada pun, tak nampak jelas...
kejap. nak tanya. nih karnival apa, bang.?
Post a Comment