Friday, July 19, 2013

Tips keselamatan rumah sepeninggalan untuk cuti panjang...

.

Kejadian pecah rumah semakin menjadi-jadi. Kejadian rumah dijengah orang tak dikenali juga bertambah-tambah. Mungkin kerana masing-masing mahu mencari duit lebih untuk dibawa balik ke kampung untuk beraya, mungkin juga untuk beli mercun.

Aku mahu kongsi sedikit cerita tentang keselamatan rumah seperti mana diberitahu oleh seorang pensyarah. Sayugia diberitahukan bahawa domain cerita ini ialah Risk Management. Jadi, ceritanya adalah berkaitan bagaimanakah kita boleh mengurangi risiko kecurian atau pecah rumah.

Risiko pecah rumah itu tetap ada dan tak boleh dihilangkan kerana namanya sahaja risiko, tapi sedikit usaha dan tawakkal boleh mengurangi kebarangkalian untuk terjadi dan minimakan kesan impak jika ia terjadi.

Strategi atau taktik yang boleh digunakan ialah ' 3D '. Yang dimaksudkan dengan 3D ialah:

1. Deter (hindarkan) yakni berusaha untuk hindarkan pecah rumah dari berlaku.
  • Hindar ini bersifat preventif. Tujuannya ialah menghindarkan si polan yang ingin pecah rumah dengan cara melepaskan dan membatalkan niatnya di atas sebab-sebab tertentu.
  • Contoh-contohnya: Menggaji pengawal keselamatan, membela anjing pengawal, membela harimau atau singa pengawal, membiarkan segala jenis binatang berbisa berkeliaran di sekeliling rumah, rukun tetangga, memasang lampu sorot di sekeliling rumah, suruh saudara untuk tinggal si rumah selama berpergian, mengupah jiran-jiran untuk tinggal sementara, memberikan kebenaran kepada pihak-pihak tertentu untuk buat 'bachelor party' di rumah itu sementara berpergian, membela hantu raya atau saka atau pelesit.. dsb
2. Detect (mengesan) yakni memasang peralatan yang boleh mengesan jika kejadian berlaku.
  • Mengesan ini boleh bersifat pasif atau aktif tetapi massih bersifat defensif, bergantung kepada jenisnya. Alat-alat ini akan memberitahu kita atau jiran-jiran atau pihak berkuasa jika rumah dipecah masuk.
  • Cara senang ialah memasang alat penggera. Cara lain ialah CCTV, loceng dan lampu berpusing (revolving light), mengupah orang menjadi tukang tinjau sementara berpergian, UAV terbang setiap 30 minit, teropong atau kalau berpergian jauh sedikit mungkin perlukan teleskop... dsb.
3. Delay (lengahkan) yakni menjadikan proses pecah masuk itu lambat.
  • Melambatkan proses pecah masuk itu dengan harapan si polan itu tidak sempat untuk melakukan kerugian yang lebih teruk atau memungkinkan pihak berkuasa atau jiran-jiran sempat datang untuk membantu.
  • Yang biasa kita buat ialah memasang jeriji dan kunci. Cara-cara lain ialah menukarkan daun pintu kepada jenis yang lebih tahan, menambahkan engsel pintu, menukar kunci utama rumah sekali setiap 1 tahun, setiap bilik dan ruang di dalam rumah mempunyai pintu dan jeriji, membina pagar yang tinggi seperti penjara, cermin tingkap jenis kalis pecah, rumah dibina tanpa pintu dan tingkap (masuk ikut ruang bumbung macam burung walit)... dsb.  

Walau pun pelbagai usaha kita telah buat, jikalau tekad si polan ingin memecah masuk itu kokoh, rumah kita tetap boleh dimasukinya tidak kiralah bagaimana pun caranya, sama ada dia mengumpil dan kalau tak boleh diumpil, dia potong dan kalau memotong itu lambat, dia tebuk dengan gerudi dan kalau itu pun dirasakan leceh, dia mungkin sodok menggunakan jentolak atau buldoza dan kalau itu pun dirasakan lambat, dia mungkin letupkan... yang menjadi persoalannya sama ada cepat atau lambat sahaja.

Sebagai contoh, kes-kes kecurian wang di mesin ATM yang menggunakan pelbagai cara termasuklah menggunakan lori dan jentolak. Oleh itu, eloklah kita minta keselamatan daripada pemilik jiwa si polan iaitu Allah Yang Maha Kuasa. Semoga dipalingkan niat jahat si polan tadi daripada kediaman kita.


Kita juga boleh berusaha untuk mengurangkan kesan impak pecah masuk itu. Kesan itu boleh dikelaskan kepada dua iaitu kerosakan harta akibat aktiviti pecah masuk dan kerugian harta setelah dipecah masuk.
  • Untuk mengelakkan kerosakkan harta akibat pecah masuk adalah sukar kerana tujuan kita letakkan macam-macam ialah untuk menghalang pecah masuk. Namun begitu, jika si polan itu mendapati pecah masuk itu terlalu payah, dia akan ambil jalan mudah... pecahkan atau letupkan sahaja. Kerosakan menjadi lebih teruk. Dengan kata lain, untuk mengelakkan kerosakan harta benda akibat pecah masuk ialah seperti membuka pintu seluas-luasnya untuk si polan itu masuk dan ambil apa-apa barang yang diingininya. Pintu pasti tak dipecahkannya kerana telah sedia dibuka luas-luas.
  • Kita boleh kurangi jumlah kerugian dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah menginsuranskan harta benda. Cara lain ialah dengan memisah-misahkan harta kepada beberapa bahagian dan disimpan di tempat-tempat berasingan, menyimpan di bank atau peti keselamatan, membuat salinan palsu sebagai 'decoy', memasang peranti GPS untuk dapatkan semula... dsb atau lebih senang, jangan ada barang-barang berharga.

Walau apa-apa pun usaha kita, kita perlu percaya dengan takdir. Kita berserah kerana kita bukan ada daya nak menolaknya pun.




.

10 comments:

Anonymous said...

bab deter tu aku pernah buat, anjing jiran tolong ronda depan rumah. siap bawak anak2 dia port depan pagar. tapi sekarang dah takde. mungkin dah kena tangkap dengan majlis sebab merayau tak tau nak balik rumah.

Nizam.Ariff said...

SM,
Kat rumah aku pun ada anjing gitu, tapi dia singgah nak berak depan rumah je...huh...

t.a.t.a said...

Datuk si Tamar Jalis ada bela harimau dulu. Selain menjadi haiwan tunggangan, ia juga bertanggungjawab menjaga kebun dan rumah nya.

Eh, zaman sekarang tak de lagi yang buat macam tu?

Nizam.Ariff said...

Tata,
mungkin kesedaran kpd agama.

Temuk said...

Bagus paparan ini untuk panduan + peringatan. Ada kawan Kang Temuk kata, cara termudahnya, kaedah TR. Bukan Tg. Rambutan, tapi Tunggu Rumah. Cuma kalau tak ada orang datang (yg jahat tak mengapalah tak datang), tak rayalah dia!

sepa said...

ko macam tak sabar nak bercuti jeh bro.! hehehe



.

secangkir madu merah said...

yg eloknya jgn keluar kemana2, dok rumah je diam2.. tp bila dua kali pikir, biar penyangak masuk ke rumah kita tak ada di dlm daripada kita terpaksa diikat kaki tangan.. eeee mak seraammm..

t.a.t.a said...

kalau kita balik kampung bercuti bawak sekali rumah kita, ok tak rasanya?


macam Carl Fredricksen buat dalam Up?



boleh?

Nizam.Ariff said...

Temuk,
kalau TR, memang tak beraya ke mana-manalah.. .hahaha


Sepa,
bukan.
aku tak sabar nak tengok korang semua bercuti...


SMM,
Eh, betul tu...
nyawa tiada boleh dibeli...

Tata,
boleh.. beli khemah.

t.a.t.a said...

Aaaahh...

Apsal pulak khemah?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com