Friday, June 12, 2009

Nasi Goreng Vietnam

.

Biasalah.

Lepas habis kenduri, lauk-pauk dan nasi mesti berlebih punya. Dah tapaw kat sedara-sedara pun masih ada baki lagi.

Pagi tu, mata masing-masing masih kelemayung. Tak cukup tidur sebab menyental periuk belanga sampai ke tengah malam. Itu belum kes tunggu batu geliga keluar dari bunga Bakawali lagi tu.

Jadi, pagi tu aku cuba tak nak susahkan dia orang semua. Aku tengok nasi putih masih setengah 'dop' ais plastik. Aku tanya dia orang, apa lagi yang berbaki? Niat aku nak habiskan saki-baki ramuan memasak yang ada.

Jadi, aku buat nasik goreng je la. Satu kuali besar untuk sekeluarga yang ada. Tetiba aku terjumpa tauge saki baki ramuan mee bandung yang mertua suruh aku dan Mama masak 2 malam sebelum tu. Tauge tu dah naik hijau dia punya daun. Akar pun dah nak setengah inci.

Aku malas nak susah-susah, aku cekau dua tiga genggam, aku taburkan ke dalam kuali. Aku tengok tak cantik pulak. Aku terjumpa pulak cili merah dan hijau besar yang dah siap dibelah dua dan dibuang biji, saki baki jelatah kut. Itu pun aku cekau 2 genggam, aku taburkan dalam kuali. Aku malas nak potong-potong. Siap!



Bila chef datang nak sarapan, dia tergelak. Dia tanya aku, nasi goreng apa yang aku masak? Aku cakap, itu nasi goreng Vietnam!

Sebabnya? Cili dan tauge berakar tu menjadikan nasi goreng sekali imbas macam hutan dengan akar dan batang balak. Jadi, aku cakap, orang Vietnam masa berperang dengan Viet Kong dulu masak macam tu je la sebab nak cepat.

Habis juga nasi goreng Vietnam aku tu tapi tauge dan cili semuanya terasing ke tepi... hahaha




.

16 comments:

tasikmerah said...

hahahahaha.... org tak masak nasi goreng dgn taugeh ok! apa ko ingat mi goreng mamak...?

kak ashley, tolong tambah kutuk befday boy nih!

muahahahaha..... :p




.

xiiinam said...

....panjang umurnya
panjang umurnya
panjang umurnya serta mulia






serta muuuuuuuuuuliiiiiiaaaaaaaa

Insyirah said...

Nasi goreng masak dgn taugeh? Muahaha.. Hebat betul chef Nizam. Salute... ;p

Tak apa, niatmu baik... ;)

AZANI said...

toge ke apa ke janji nasi gorengnya habis,itu tanda nasi yg main factor ,sedap, toge itu sekadar hiasan, macam lilin atas kek, kek habis dimakan, tapi lilin takkan nak makan kot?
Nizam.A:aku ikhlas ni, apa kata kau mula mengolah entri berkenaan masakan.Bukan apa,kalau kau yang buat,entri pasal masak airpun nampak terperinci, habis segala angle kau cover.Ini betul punya cakap, kau berbakat.

kakpah said...

Ni dah resepi baru. Tasik, kita tak leh salahkan cara masakan dia nih. sebab memasak ni satu seni gak. macam seni lukis. Bubuh itu bubuh ini kasi nampak interesting.
(eh.. tetiba plak aku beking ko ni apasal!!)

ashley said...

Nizam,
lain kali ko campak je masuk kacang hijau dalam nasi goreng tu..
kasi togeh keluar dalam perut semua orang..kenyang sikit.

....seius ni..

kreatip macam kakpah cakap tuu..

addyaholix said...

bang, aku terharu bang. serius!
aku melutut ni bang. mintak ambik aku jadi anak murid. ada gambar bang? nak lekat kat pintu bilik. dan tulis besar-besar "IDOLAKU".

aku bangga ada anak melayu macam ko bang. aku memang serius kali ni. betul ni bang!

kak tasik ngan kak ashley jangan nak kutuk-kutuk sifu aku ok!

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku sayang nak buang toge tu. Aku seorang yang penyayang.. hahaha

CkLah,
Cikguuuuu..... lama tak dengar cerita... terima kasih.

Insyirah,
Ada orang kata, khasiat toge ni banyak sebab pucuk muda, banyak enzim.

Azani,
yes... Azani bekup aku. Tapi aku tak sanggup buat rancangan masak memasak lagi... hahaha

Kakpah,
Betul tu kak. Sesuatu masakan perlu bangkitkan sensor hidung, mata dan lidah. Tang toge ni, aku cuma nak aroma freshness nye walaupun kelihatan berserabut dengan akar, tapi kan itu seni juga.. hahaha

ashley,
hah! betul jugak tu. Nanti aku cuba buat. Bila dah keluar dari perut dan dah jadi toge, boleh recycle balik buat masak kicap atau ramuan pecal... hahaha


Addy,
Aku dah ada pengikut setia nih... tapi ko jarang masak. Jap,jap.. ni mesti nak suruh aku masak untuk kamu hari-hari ni...hmmm..

hehehe

Water Lily said...

Nasi goreng Vietnam? Wah resepi baru ni..nak gi belajar..nanti boleh buka kedai makan hehe..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Err.. kak, nasi goreng vietnam ni resepinya sentiasa bertukar. Ikut hutan mana viet kong menyorok... hahaha


Dah dapat nombor kabupaten sekeper?

ashley said...

alaaaahhh...

Si addy tu pangee aku 'kak ASHLEY'.
tiba tiba aku terasa aku dah dapat adik ipar baru..

TM..
macamana nak jadi beras nih?

Nizam,
agak agak la kan berapa lama nak nunggu biji kacang ijo bercambah dalam perut supaya dapat di jadikan pecal jawa yang sedap dan lazat tu?

cer ko analisa jap..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Err.. campur 1 tolak 2 bahagi 3 darab 4...

5 hari kut?

Maknanya, kasi sembelit 4 hari, hari ke 5 baru boleh tadah tapis untuk pungut hari tuaian... hahaha

(uuweeeekkkkkk!)

Sape nak pecal, angkat tangan!

tasikmerah said...

kak ashley, beras kak? muahahaha... tak jadi beras, pulut itam pun bulih lah... hahahaha...

pecal...? hakptuih sungguh dak nizam ni tau...!

tasikmerah said...

dak addy nih dah bersekongkol dgn nizam ni aku syak ada apa2 nih.....

sapa pompuan sapa laki nih...? kikikiki...

:p

Nizam.Ariff said...

TM,
Pecal jawe sedap woo...
Dia ada campur kenchur (cekur). Kalau aku nak beli pecal kat pasal malam, aku mesti tanya pecal jawe ke pecal melayu. Kalau melayu, aku tak beli...

Org lelaki interchangeable, tak tau ka? Hahaha

tasikmerah said...

pecal tu makanan kegemaran aku tapi mengenangkan toge dlm perut tuuuuuuuuu....... yack!

hihi.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com