.
Tuan Sinister mahu melihat bintang, katanya. Tapi langit malam terlalu benderang buat bintang untuk muncul dengan tenang dan tanpa gangguan. Dua tiga malam ini langit dikuasai bulan dan penemannya, si pungguk. Bulan yang terang memadam cahaya kelam bintang. Walau pun kenyitan bintang itu lebih menawan, dan berjuta pula, bulan yang terang garang menghijab segala galanya. Itulah agaknya yang dikatakan pujangga sufi sebagai sembunyi di dalam terang, fikir Tuan Sinister.
Bagaimanakah ini? Fikir Tuan Sinister. Dia mahu melihat bintang kerana jujukan bintang itu nanti dapat memberi petunjuk arah kepada lokasi Juliet. Ya, dia mahu mencari Juliet yang dikatakan gemar menari nari di sekitar gelanggang bintang yang berjuta. Juliet juga dikatakan suka menyimbahkan warna warni bintang ke tubuhnya yang lutsinar, maka dengan itu Juliet bisa meminjam warna warni bintang untuk memberi warna pada tubuhnya...biru ketika dia rindu, merah ketika dia ghairah, hijau ketika dia risau tentang Malim yang sejak akhir akhir ini menghening...di mana kau Malim?
Tuan Sinister meneguk kopi pahit. Terasa kesat di tekaknya. Harapan untuk melihat bintang tidak kesampaian nampak gayanya.
"Bima Sakti, tolong aku ini."
"Apa dia, Tuan?"
"Tolong renjis dada malam ini dengan debu saktimu."
"Kenapa, Tuan?"
Tuan Sinister tidak terus menjawab, sebaliknya dia tarik nafas dalam dalam dan menghembusnya dengan kasar. Dia teguk kopi pahit lagi.
"Aku mahu kau kaburkan cahaya bulan, terang cahayanya sungguh sungguh membingungkan aku. Aku mahu melihat bintang."
Bima Sakti menggelengkan kepala beberapa kali.
"Kenapa? Salahkah?" Tanya Tuan Sinister.
"Tuan tidak perlu menutup cahaya bulan, dan membuka hijab malam semata mata untuk mencari Juliet."
"Aku tak peduli!!!" Tegas Tuan Sinister.
Bima Sakti berjalan ke laman rumah. Matanya tepat memandang wajah Tuan Sinister.
"Apa??? Salahkah?" Pekik Tuan Sinister.
Bima Sakti menggeleng geleng kepala lagi. Dia alihkan tajam sinar matanya ke dada malam, tembus ke dada langit...melihat cakrawala yang indah dan cantik. Dia senyum, gema damai menusuk hatinya.
Kemudian dia julurkan tangannya menyibak langsir cakrawala lalu memetik sekuntum bintang berwarna kuning. Kemudian dia julurkan lagi, pada kali ini dia memilih bintang biru pula. Dan bintang merah juga. Cukuplah, fikirnya lalu menutup langsir cakrawala semula.
Bima Sakti berjalan kearah Tuan Sinister sambil menimang nimang bintang bintang yang dipetiknya tadi.
"Nah...ambillah."
Tuan Sinister kehairanan.
"Tak perlu ganggu bulan. Ambillah bintang bintang yang Tuan mahu tapi jangan minta aku mengganggu bulan."
Tuan Sinister masih terpinga pinga, apa yang patut dia lakukan dengan bintang bintang itu? Bintang bintang itu sepatutnya berjujuk di langit agar dia bisa nampak arah Juliet, bukannya berada di tangannya.
Bingung dengan keadaan itu, dan tidak tahu apa yang patut dibuat dengan bintang bintang itu, dia lemparkan pula ke laman. Tak lama kemudian bintang bintang itu bergerak gerak, bergetar getar dan terus melantun semula ke langit!...sembunyi semula di balik hijab terang cahaya bulan.
Papp! Tuan Sinister menepuk dahi. Menyesal.
"Bodoh..." gumam Bima Sakti dalam hati.
.
Showing posts with label juliet. Show all posts

Sunday, January 19, 2014
Thursday, September 26, 2013
Ketenangan tergugat apabila mengingini milik orang lain...
.
Paksu Mahad mengadu, dia panas hati dengan Tok Cu. Tok Cu pula marah kepada Leman Gagap. Leman Gagap pula berdengkian dengan Azlan. Azlan pula bengang kepada Hasri. Begitulah seterusnya di kampung itu. Apabila menjelang malam, masing-masing memasang api pelita di dalam dan di luar rumah.
Di tengah-tengah malam, ramai yang menyilangkan lengan di dahi sambil berbaring. Walau pun bini masing-masing sudah beberapa kali cuit-cuit lengan, tak diendahkan pun. Hati masing-masing tak tenang. Apa lagi yang akan hilang? Getah keping asap berbunga atau getah sekerap taruh batu atau pisang abu atau baja urea subsidi berlogo dacing atau kambing seekor atau lembu seekor atau ayam induk betina? Atau mungkin juga anak dara atau mak janda malahan bini juga? Ramai yang tak tenang.
Tak boleh jadi. Sesuatu perlu dilakukan. Telah lama kampung itu begitu. Tok Ketua sudah lupa bilakah kali terakhir kampung itu diselimuti kabus ceria dan tenang. Sudah lamaaaaaa...
Pada satu pagi, Tok Ketua suruh Hasri pergi ke surau. Hasri terkejut, matahari baru nak mula membahang, belum pun segalah tingginya. Solat apakah agaknya? Tok Ketua suruh Hasri pukul kentungan mengikut irama yang lain. Hasri garu-garu kepala pula. Irama yang lain? Maksud Tok Ketua, irama selain daripada ketukan untuk azan atau untuk memberitahu ada kematian. Oooo.... Hasri faham.
Setelah di surau, Hasri capai pemukul lalu berdiri di depan kentungan. Hasri tercongak-congak irama apakah yang mahu dibuatnya. Setelah mendapat ilham dari dalam, dia pun ketuk beberapa kali dan diulangi pula beberapa kali lagi.
Lebai Dollah yang sedang menyulam padi terus tegakkan pinggang, kentungan apa pula ini?
Makcik Wok yang sedang melipat daun pisang tercampak pisau, ooopocot! katanya.
Begitu jugalah yang lainnya...
Maka tidak sampai setengah jam, berbondong-bondonglah orang kampung datang ke surau. Yang boleh berjalan dia berjalan, yang boleh berlari dia berlari, yang lumpuh datang bertatang, yang buta datang berpimpin, yang tuli bertanya-tanya, yang pekak ternganga-nganga...
Maka setelah sudah sedia mereka itu berdiri di laman surau, Tok Ketua pun memanjat bangku papan dengan bahu Hasri menjadi penongkat tangan.
Tok Ketua meminta semuanya bertenang. Tenang hati dan tenang jiwa. Itu penting untuk kembalikan kesuburan malam, agar tiada lagi mata yang berkelip-kelip, agar tiada lagi kerisauan menjalar bersama-sama kabus malam.
Tiba-tiba Paksu Mahad mengangkat tangan. Dia bertanya, bagaimana mahu tenang?
Tiba-tiba Tok Cu mengangkat tangan. Dia juga bertanya, apa petua untuk tidak risau?
Tiba-tiba Leman Gagap mengangkat tangan. Dia mahu bertanya, apa ubat untuk ceria semula ... tapi dia tak jadi tanya. Dia turunkan semula tangannya... barulah Makcik Wok yang berdiri di sebelahnya dapat bernafas semula kerana tadi dia pekup hidungnya selama Leman Gagap mengangkat tangan. Tak tahan bau, adunya kepada Minah Lodeh. Minah Lodeh tersengih menampakkan gigi tiang sebatang.
Apabila ditanyai begitu, Tok Ketua pula termanggu-manggu. Dia hanya boleh meminta tapi tak mampu memberitahu cara-caranya. Tiba-tiba dari khalayak yang banyak itu, satu tangan yang kasar dan pejal diangkat. Semua mata tertumpu kepada tangan yang pejal itu, kemudian turun ke lengannya yang putih, kemudian ke bahunya yang bidang (kepada makcik-makcik pula, terus pandang ke dadanya yang membonjol daging pejal), kemudian barulah mata masing-masing tertumpu pada wajahnya. Dia itu Dino! Jantan sensasi yang baru pulang dari kota kerana bercuti untuk menjengah desa itu.
Dengan wajah bersahaja, Dino mengatakan dengan jelas dan terang bahawa, perkara pertama-tama yang perlu ada untuk semuanya kembali tenang ialah peraturan! Peraturan yang mudah sahaja. Katanya, 'jangan ambil barang yang bukan miliknya'.
Maka Tok Ketua pun setuju untuk mengguna pakai peraturan itu. Maka disuruhlah pula orang yang tua-tua untuk menguatkuasakan peraturan itu.
Setelah beberapa bulan, maka kampung itu kembali tenang secara beransur-ansur. Malam pun semakin subur dan gemuk. Rumah-rumah kembali produktif dan aktif. Kampung itu kembali makmur. Semua orang gembira. Semua orang ceria. Untuk itu, Tok Ketua pun mengesyorkan sebuah majlis makan-makan sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh orang-orang kampung.
Pada satu hari yang telah ditetapkan, majlis pun berlangsung. Yang menyenduk pun menyenduk, yang menyudip pun menyudip, yang berpisau pun menghiris, yang berparang pun memotong, yang berkapak pun membelah... terlalu gah dan meriah sekali. Keseronokkan dimajlis itu ditambah serinya pula dengan acara pantun seloka, bersyair dan bernyanyi:
Maka naiklah Timah Gendut anak Wak Karto ke atas pentas, sehabis menyanyi maka bertepuk-tepuklah orang.
Maka naiklah Ecah Lawa janda Din Chainsaw ke atas pentas, sehabis menari maka bertepuk-tepuklah orang.
Kemudian, maka naiklah Juliet si bidadari syurga jelmaan dunia yang meminati Dino ke atas pentas diiringi kabus nipis yang entah datang dari mana... seperti juga Juliet yang muncul entah dari mana.
Maka semua yang pakcik-pakcik pun ternganga-nganga, air liur menjejes-jejes.
Maka yang makcik-makcik pun mengerutkan muka, air mata menetes-netes.
Maka tiba-tiba Hasri pun bersuara "kalaulah Juliet itu bini aku..."
Maka tahulah Tok Ketua akan kesilapannya.
Tok Ketua menepuk-nepuk dahinya beberapa kali sebelum beransur pergi meninggalkan majlis dengan kepalanya tunduk ke tanah... dengan kenyataan bahawa mulai malam ini, lengan akan kembali bersilang di dahi.

Sunday, August 4, 2013
Menari dalam cahaya indah
.
Ketika itu hujan rintik tetapi disiang tadi panas terik, padahal malam semalam, ketika penghuni malam riang berdendang, hujan lebat mencurah-curah turun pada dinihari. Siapa sangka cuaca boleh berubah dalam masa sehari.
Aku mencari faham lewat malam sebelum tidur. Pencarian tanpa kepastian sama ada aku temui faham itu atau tidak. Fikiran menerawang di lelangit, kalau aku temui sebutir bintang yang tidak berkelip sekalipun aku akan petiknya, nanti aku basuh ia dan aku gilap ia sehingga berkilat dan memercik sinar mengelip. Tapi aku tak temui apa-apa yang tergantung di lelangit fikiran itu.
Juliet menari. Aku tahu dia sedang menari. Aku tidak nampak tapi aku dapat rasainya. Juliet menari di balik alam sana. Berpusing-pusing sambil menyusun tapak kaki, meniti detik-detik masa menuju ke kiamat kubra.
Di balik alam sana, cuacanya berlainan. Siang seperti malam, malam seperti siang. Siangnya penuh dengan bintang dan bulan. Malamnya penuh dengan sinar cahaya benderang, diterangi oleh doa-doa manusia yang beriman, manusia yang mengakui bahawa Allah itu Tuhan yang Esa.
Aku menunggu agar dapat melihat sepicing kelibat Juliet. Kalau aku dapat lihat, aku akan gamit dia. Kalau dia dapat lihat gamitan aku itu, aku berharap dia akan membalasnya dengan senyuman yang amat manis. Kemudian, aku akan meminta dia hulurkan tangannya dan aku akan sambut. Aku akan minta dia tarik aku masuk ke dalam alam dia.
Di situ nanti, tubuh aku akan disimbah cahaya doa sambil melihat Juliet menari keriangan bermain pelangi.

Labels:
juliet
Sunday, April 15, 2012
Sistem Tuan Sinister...
.
Tuan Sinister jegilkan mata sepetnya tepat-tepat ke muka Pengadilan berberapa kali.
Kecut perut lelaki bertali leher merah dan berkot hitam itu apabila Tuan Sinister buat begitu. Semakin bulat mata Tuan Sinister semakin kuatlah genggaman tangannya ke kerusi. Pengadilan bukanlah seorang yang pengecut, cuma dia takut apabila Tuan Sinister jegil-jegilkan matanya. Dia takut bola mata Tuan Sinister akan meletup akibat tekanan darah yang keterlaluan diarahkan ke situ.
Tak cukup dengan mata yang terjegil, Tuan Sinister tepuk pula meja dengan kuat. Meletup bunyi hempasan tangan kanannya (yang biasa menepuk Juliet dan seperti biasa, Juliet akan serta merta menjadi wap panas, lalu Tuan Sinister pun berpeluh-peluh). Pengadilan terkejut, bukan kerana bunyi kuat itu tetapi itulah pertama kali dia melihat Tuan Sinister menghempaskan tangannya sendiri.
"Kamu... kamu.... " terketar-ketar jari telunjuk Tuan Sinister menuding Pengadilan.
"Ya, lelaki yang duduk ini kelihatan seperti saya, bercakap seperti saya tetapi tak semestinya saya..." balas Pengadilan.
"Diammm...!!!" jerit Tuan Sinister, bergegar bilik kaca itu dibuatnya.
Pengadilan terdiam. Cepat-cepat dia membuat analisa akan keadaan emosi dan kewarasan Tuan Sinister ketika itu. Dia perlu pastikan Tuan Sinister bertindak begitu tetapi masih dalam ruang kewarasan yang melampaui keraguan munasabah.
" Kamu telah buat kacau kepada sistem yang kita cipta dan sesiapa yang mengacau sistem kita akan dikeluarkan... secara paksa " ancam Tuan Sinister.
" Maaf, saya tak buat kacau kepada sistem tetapi sistem itu sememangnya kacau..." jelasnya dengan jujur. Sejujur-jujurnya. Jujur tanpa ada keraguan yang munasabah.

Thursday, March 15, 2012
Juliet dan segelas Sirap Limau...
.
" Perkenalkan, inilah Tuan Sinister..." kata si Pujangga Malam, memperkenalkan lelaki yang memakai bush-jacket berwarna kelabu 'taik hanjing' kepada Juliet.
Tuan Sinister pun menghadiahkan senyum simpulnya kepada Juliet yang merenung Tuan Sinister dari atas matanya sambil menyedut air sirap limau lama-lama dan perlahan-lahan. Tiada reaksi dari Juliet. Tuan Sinister labuhkan punggung tebalnya ke kerusi plastik murah dengan rasa sangat beruntung kerana Pujangga Malam upahannya itu telah berjaya memujuk Juliet keluar ke dunia nyata dari alam khayal. Bangga sungguh dia!
" Tuan Sinister ini mampu menelanjangi kamu dengan fikirannya...!" kata Pujangga Malam dengan bangga sekali sambiol menaik-naikkan keningnya kepada Tuan Sinister. Tiada reaksi balas dari Juliet. Dia hanya bermain-main dengan penyedut minuman sambil tersenyum menyindir.
" Bukan itu sahaja, dia juga mampu menjilat seluruh tubuh kamu dengan lidah fikirannya....!" tambah Pujangga Malam lagi. Senyum Tuan Sinister melebar, seperti pipi tembamnya ditarik-tarik oleh bidadari dunia.
Tiba-tiba Juliet berdiri sambil matanya tepat memandang Tuan Sinister. dalam sekelip mata tubuh Juliet menjadi kemerah-merahan sebelum menjadi lutsinar. Seperti ketulan ais di dalam gelas sirap limaunya itu. Juliet meliuk-lentukkan tubuhnya di depan Tuan Sinister yang kini sedang melopong keghairahan.
Satu persatu pakaian Juliet menipis dan lenyap selapis demi selapis, menyerlahkan tubuhnya yang lutsinar dan mulus, memberikan segala kelok dan lekuk untuk dinikmati oleh mata. Pujangga Malam hampir tersedakkan kopi panasnya melihat aksi Juliet itu. Di gerai kopi itu, semua pelanggan menjuruskan pandangan mata kepada Pujangga Malam dan Tuan Sinister yang terkulat-kulat keghairahan. Hanya berdua kerana Juliet telah *plop* hilang dari dunia nyata dan kembali ke alam khayal.
" eh... fikiran aku juga mampu menelanjangi Juliet..." bisik Pujangga malam kepada Tuan Sinister, seperti tak percaya.
".. huh! Gay..!" kata mereka-mereka yang melihat Tuan Sinister dan Pujangga Malam.
Juga fikiran kamu, kamu dan kamu yang sedang membaca...

Friday, September 30, 2011
Juliet berlangirkan cinta ....
.
Pagi Jumaat itu, Tuan Sinister melentuk sedu memandang roti yang kosong, air kopi yang kosong, mentega penyumbat jantung yang kosong, jem strawberi pemotong kaki yang manis tetapi masih kosong. Tuan Sinister memandang hiasan bunga ros merah yang kosong, kerusi yang kosong dan lukisan dinding yang kosong.
Pandangan Tuan Sinisterlah yang kosong sebenarnya. Semua pancawarna yang dilihatnya kelihatan kosong. Itu sudah nasib dia pada pagi Jumaat itu.
Di sebuah rumah yang sederhana binaannya, yang biasa-biasa hiasannya, Malim sedang melipat selimut yang remuk. Malim sedang kejangkan kajang tidur yang keromot. Malim sedang susun dua biji bantal kekabu lembab berbau peluh yang satu di atas katil dan satu lagi di atas karpet.
Manakala di bilik air pula, Juliet sedang enak mandi. Juliet sedang mengusap-usap tubuhnya dari hujung rambut ke hujung ibu jari kaki. Juliet sedang meratakan air ke segelap celahan, bonjolan. Pada roma. Pada hati. Pada jantung. Pada kecantikan. Pada kemulusan. Pada keasyikkan.
Seketika kemudian, Juliet melayang keluar dari bilik air dalam bentuk kabus nipis melalui gawang pintu tanpa perlu dibuka. Juliet terawang-awang satu inci dari lantai jubin dan kini Juliet berdiri betul-betul di hadapan Malim yang melopong kerana tidak sangka Juliet bermalam bersama-samanya. Sungguh tak sangka kerana malam tadi sebenarnya Malim keresahan seorang diri di atas katil. Juliet hanya memeluknya dalam mimpi. Juliet hanya hadir dalam mimpi.
Kabus berbentuk Juliet terus melayang ke meja solek lalu mengambil bedak nafsu lalu disapukan keseluruh tubuhnya. Juliet letakkan gincu dan celak. Juliet semburkan haruman narawastu, baunya menusuk hidung Malim yang melihat segala-galanya.
Setelah sudah, Juliet melayang kepada Malim lalu memberikan satu kucupan manis pada dahi Mallim. Seperti biasa, Juliet pun hilang dari pandangan. Kabus tubuhnya menipis dan menipis sehingga hilang, lalu cerah matahari mulai masuk ke bilik Malim.
Segala-galanya indah buat Malim.
Pada ketika itu juga, Tuan Sinister menyapu mentega pekat pada roti lalu diletakkan di dalam piring. Tuan Sinister menuang kopi ke dalam cawan cantik. Tak dimakan. Tak diminum. Tuan Sinister memandang kosong. Tuan Sinister merenung kekosongan yang ada di depannya. Wap panas dari air kopi panas menerawang naik ke siling namun ianya tak sama dengan kabus Juliet.
Segala-galanya kosong buat Tuan Sinister.

Monday, May 23, 2011
Juliet kembali mendesah, Malim kembali menjadi tak keruan...
.
Dada langit penuh dengan rantai-rantai halilintar yang panjangnya dari masyrik ke maghrib namun bunyi guruhnya kurang hebat. Mungkin yang hebat telah jatuh menimpa kaki-kaki bukit dan gunung yang ditarah sana tu.
Dada langit terpecah, ia kembali membuka bolong malam yang kosong. Membentuk lowongan yang hitam tanpa inti. Dari lowongan itu terhumbanlah Malim dengan pakaian tidur, bantal dan selimutnya. Jatuh dia ke pantai pasir yang hitam dan kosong. Ombak juga kosong. Sunyi. Tiada deburan paus menyambar anak paus (versi haruan darat yang dilautkan). Bulan kembali kosong. Bintang kembali kosong. Kosong.
Malim terpinga-pinga.
'Mimpi lagikah aku ini ?'
Malim bangun dan menepuk-nepuk pasir pantai hitam yang melekat pada seluar tidurnya kemudian dia terus berjalan ke gigi laut yang terhenti ombaknya. Angin juga terhenti desirnya.
Dalam kelam senja yang menginjak ke malam, maghrib itu, halilintar membuka dan menutup iris mata Malim beberapa kali namun dentumannya tiada. Kosong. Hanya cahaya.
Dan dengan cahaya itu, Juliet menjelma dari asap nipis yang keluar dari batu-batu pantai. Juliet melayang menghampiri Malim yang masih kebingungan. Lintuk-liuk tubuh Juliet persis bidadari jelmaan dunia. Juliet tersenyum dari balik baju tidur sutera nipis yang membaluti tubuhnya... amat nipis yang... menampakkan tubuhnya yang... tanpa apa-apa yang... amat nipis sehinggakan kelok-kelok tubuh Juliet yang... maha organik seolah-olah bersatu dengan sutera nipis itu.
Senyuman nakal Juliet yang terbentuk dari sepasang bibir merah memukau Malim. Tubuh Juliet yang mampu menghanyutkan lazat dan nikmat dunia di laut nafsu itu membuatkan mulut Malim melopong lebar. Lopong yang menjadi lowongan kosong tanpa inti. Dan dari lowongan itu keluarlah desah keramat malam itu. Desah itu keluar bersama-sama wap nafasnya. Wap putih yang bila terkumpul menjadi besar dan besar, dan ...
'... ahhh...' keluhan Malim yang gagal ditahan-tahan lagi.
Juliet tersenyum melihat lowongan Malim itu.
' Kau sungguh cantik... ' Malim terpana.
Juliet depakan tangannya lalu terus berjalan menghampiri Malim. Harum semerbak wangi tubuh Juliet menusuk lelangit hidung Malim. Malim pejamkan matanya menikmati haruman itu. Sungguh harum. Malim nikmati harum itu sungguh-sungguh.
Namun bila Malim bukakan matanya semula, Juliet telah tiada. Juliet kembali menjadi asap putih yang tersebar di sekeliling Mallim, yang tinggal hanya bau harum itu. Malim terpinga-pinga.
Seketika itu juga ombak laut kembali beritma, angin laut kembali berdesir dan di dada langit, lowongan hitam itu menyedut Malim masuk ke dalam kekosongan. Malim terkontang-kanting di dalam bolong malam itu.
Sehinggalah ada satu cahaya di hujung bolong malam itu. Lalu Malim dihembus keluar dari bolong itu, melalui lowongan hitam itu. Malim terjatuh terlentang di atas katilnya. Malam itu sejuk. Halilintar mengamuk namun hanya cahayanya yang garang, gema guruhnya tiada.
Malim terasa sejuk. Dia tarik selimut hingga ke paras dada. Malam itu Malim tidur tanpa Juliet.
[update]
Walau malam itu Malim tidur tanpa Juliet, desah-desah yang berirama seolah-olah semarak cinta tetap berlaga-laga di dalam kuping Malim tetapi sayu sungguh bunyinya. Seperti satu lolongan panjang di bawah cahaya bulan. Cuma punca desah itu bukan dari Juliet. Desah itu datang dari tangisan setan-setan yang ada di bawah katil Malim.
Malim tidur dalam senyum. Mungkin bermimpikan Juliet yang mendepakan tangan-tangan mulusnya untuk memeluk Malim. Hanya mungkin...

Monday, July 20, 2009
Segalanya aku harap berakhir di sini...
.
Juliet menjelma lagi, kini ini dalam hitam dan putih. Tiada lagi desah cinta dari bibir mungilnya. Juliet telah temui kepuasan sejati, hanya dari balik pelangi.
Malim tersedar dari igau yang kosong, tidur yang kosong. Kini Malim dapati dirinya dipenuhi sinar bulan dan bintang dan ulan-ulan yang mula menjalari kakinya.
Tuan Sinister tersenyum, lelangit malam berikan mimpi akhirnya. Tilam nafsu kini hangat seperti sediakala, hangat dalam dakapan mimpi yang panjang, mata yang terpejam indah seperti anak-anak kecil.
Batara Mimpi tetap keseorangan, menyapu-nyapu asap dari dupa ke tubuhnya. Renik-renik hujan dari lelangit malam dibiarkan kering sendiri, meninggalkan harum narawastu pada jubah hitamnya. Batara Mimpi tidak perlu sesiapa lagi.
Kerana Bimasakti telah taburkan debu-debu bintang kepada mereka semua.
Nun jauh di padang segar yang air sungainya perak dan pasir sungainya emas urai, Ikon berenda merah menyeka titis-titis kaki hujan yang singgah. Kini ia menjadi cerah dan suci.
Perlahan-lahan, Ikon berenda merah itu terbang, renda merahnya berputar ligat seperti bunga Angsana. Perlahan-lahan ia naik ke atas, ke langit ke tujuh.
(dan aku mampu tersenyum sekarang)

Sunday, July 12, 2009
Juliet pun menjelma dari kabus resah yang menipis, lalu hilang...
.
'Aku mahu mimpi aku...'
Getus Tuan Sinister lemah. Dia masih duduk bersila panggung sambil matanya melangut ke atas. Melangut kepada ombak-badai yang memercikkan buih-buih putih nun di atas sana.
Mungkin nasibnya tak jauh beza dengan folip-folip pada karang-karangan. Melekap pada batu, tak mampu bergerak bebas. Dugaan atau balasan? Persoalan yang bermain-main dalam minda Tuan Sinister.
'Tolonglah, aku mahu bermimpi...'
Dalam kelam lautan dalam, dasarnya yang sekejap hitam sekejap biru sekejap merah, kelibat Juliet kembali menjelma. Menjelma dari sang obor-obor yang melengguk-lengguk dibuai arus. Harapan Tuan Sinister musnah lagi. Entah yang ke berapa kali.
Batara Mimpi memuput asap dari dupa pasir, menyeru lelangit siang memberi harapan untuk malam nanti. Lautan luas, seluas hati Batara Mimpi, menghantar bisikan melalui bayu laut, melalui getaran daun-daun Serunai Laut kepada Batara Mimpi. Jangan terlalu berharap, katanya. Mimpi itu mahu kamu, bukan si Sinister itu.
Hati Batara Mimpi kembali berbalah, mahu mengalah atau berpaling. Mimpi, oh mimpi.
Pada bayu laut, bisikkannya yang sekejap kuat sekejap perlahan sekejap diam, kelibat Juliet pun menjelma. Menjelma dari kabus yang menipis lalu hilang. Batara Mimpi tertunduk resah.
'Berikanlah mimpi aku semula...'
Perlahan-lahan Tuan Sinister merungkaikan sila panggungnya lalu berdiri, lalu perlahan-lahan membiarkan dirinya naik ke permukaan, dibuai-buai ke sana ke mari mengikut arus lautan zaman...

Friday, July 10, 2009
Kamu Pelangi Mimpi, didekati kamu lari...
.
Nama kamu Pelangi. Oleh kerana nama kamu Pelangi, baju kamu pun pelangi. Kulit kamu pun pelangi. Rambut kamu pun pelangi.
Kamu pelangi pagi. Kamu datang dan pergi seperti matahari. Kamu tidur di kaki pelangi. Kamu jaga di tilam pelangi. Kamu mandi di kali pelangi.
Kamu cantik, warna kamu pelangi. Harum tubuhmu juga pelangi.
Kerana kamu itu pelangi, dikejar kamu menjauh.
Payah jika bercinta dengan pelangi.
Segala-galanya mimpi.
'Mana mimpi aku?'
Pekikan Tuan Sinister mencantas syarah Batara Mimpi. Tuan Sinister masih tak faham-faham. Jangan di kejar pelangi kerana kisah pelangi hanyalah kisah dari para guru untuk pedagogy, bukannya syllabus andragogy seperti Tuan Sinister.
Yang sudah tu, sudahlah. Biarkan Juliet pergi mencari Malim. Malim itu bolong malam yang kosong. Di mana-mana Malim pergi, bulan jadi kosong, bintang juga kosong. Batu jadi kosong, pokok-pokok juga kosong.
Memang cocok Juliet itu buat Malim kerana Juliet itu haruman narawastu indah. Dan yang indah-indah itu pelangi.
'Mana mimpi aku...?'
Kali ini suara Tuan Sinister melemah. Mungkin dia tahu siratan syarah Batara Mimpi, cuma dia enggan faham. Batara Mimpi bangun lalu pergi ke tengah-tengah laman untuk menadah lelangit malam yang menitik seperti rintik-rintik hujan.

Wednesday, July 8, 2009
Juliet semakin kuat mendesah...
.
Terngiang-ngiang desah nafas Juliet di telinga kiri Malim. Desah yang sekejap-kejap perlahan, sekejap-sekejap bingit melampau. Terlalu nyaring bagi kuping senipis kertas litmus yang sekejap merah dan sekejap kuning. Sukar bagi Malim meneka apa maksud desah Juliet itu.
Malim terus-terusan memandang langit malam yang kosong. Hitam yang kosong. Bulan yang kosong. Bintang yang juga kosong. Tiada kerdipan apa-apa pun . Tiada sumber cahaya apa-apa pun. Kalau pun ada, bagi Malim, ia tetap kosong. Desah Juliet siang tadi memang benar-benar menggugat imannya. Desah yang mencabar kelakiannya, sebenarnya.
Malim keliru. Dalam kekosongan itu, Malim gagal membuang kelirunya pada dada malam yang bidang. Terlalu melekat pada lipatan-lipatan hatinya. Direntap pasti sakit.
Malim lontarkan pula pandangannya ke tanah yang legap . Tiada cacing, tiada anai-anai. Tanah legap itu juga kosong. Batu-batu juga kosong, pokok-pokok juga kosong.
Badi Juliet benar-benar pekat. Sepekat kekosongan itu. Ke mana-mana arah Malim toleh sekali pun, wajah Juliet tetap menjelma, desah suaranya tetap kedengaran.
'Juliet.........'
Gumam Malim perlahan. Nama itu hilang dalam kosong langit malam, dalam kosong tanah legap. Haruskah Malim kembali kepada Juliet?
Malim menoleh ke arah Juliet yang berdiri di belakangnya. Juliet masih menguntum senyuman, masih mendesah-desah manja. Haruskah Malim berundur dan tenggelam dalam pelukan desah Juliet?
Juliet mendepakan tangannya, terungkailah rindu nafsu dan haruman narawastu semerbak dibawa angin malam. Malam yang kosong bintang, yang kosong bulan. Malim pun terdorong ke arahnya. Seakan-akan terpukau dengan keindahan yang Juliet berikan.
'Oh Juliet... '
Gumam Malim perlahan. Teramat-amat perlahan. Hanya kuping senipis kertas litmus kepunyaan Malim yang boleh mendengarnya. Selebihnya, hanya desah Juliet yang kedengaran. Desah yang semakin banter ke kuping telinga Malim.
Dan Malim akhirnya tenggelam hilang dalam pelukan Juliet. Alam kembali kosong. Tiada lagi Juliet, tiada lagi desah-desahnya. Segala-galanya menjadi kosong yang nyata. Hilang dalam lipatan alam. Segala-galanya menjadi kosong dan kosong. Dan kosong.

Mana mimpi aku?
.
Batara Mimpi memuput asap pada dupa sakti. Semerbak bau kemenyan hitam bergentayangan pada lelangit. Terkumat-kamit sang Batara Mimpi menyeru lelangit malam. Membujuk rayu agar lembut hatinya. Lembut sedikit sahaja.
Tuan Sinister tersengguk-sengguk. Seminggu sudah matanya tidak mahu layu-layu. Seminggu juga tilam nafsu Tuan Sinister merasai resahnya. Terbentang kosong tanpa hangat malam.
'Mana mimpi aku?'
Batara Mimpi menggenggam seberkas mayang benci lalu hempaskannya ke lantai dengki. Dentumannya mengejutkan Juliet yang terpicing matanya. Juliet yang tidur di bilik sebelah. Hadiah dari Tuan Sinister. Juliet menggeliat manja. Juliet memang manja dan suka dibelai.
'Mana mimpi aku?'
Batara Mimpi menarik nafas sedalam-dalamnya. Maaf, Bimasakti enggan meminjamkan mimpinya malam itu. Juga malam-malam seterusnya.
Tuan Sinister mendengus marah. Jadual hariannya kini perlu diubah. Sebelum melangkah turun, Tuan Sinister pergi ambil seekor kucing di bilik sebelah.
Batara Mimpi tersenyum sambil matanya melihat ke luar tingkap, melihat lelangit malam. Ambillah semula hadiahmu. Aku tak mahu. Lelangit malam akan berikan mimpimu kepadaku. Mimpi kamu kini milik aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)