Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

Sunday, May 24, 2026

Dan langit petang itu pun berdarah

 Aku tulis di sini supaya ada jejak mimpi aku malam tadi. Begini :

Petang itu langit di Shah Alam masih terang, masih ada birunya walau pun sudah ada orennya. Masih ada awan putih kumulus walau pun angin petang mula bertenang. 

Aku berada di satu puncak bukit kecil, berpokok, berbelukar, sekitar seksyen 11. Di seberang lebuhraya itu aku nampak IDCC. Dan di langit jauh di atasnya aku lihat beberapa jet sedang bertempur dengan beberapa bebola cahaya yang bergerak laju, juga beberapa pesawat asing berbentuk tiga segi. Ada beaar ada kecil. Mereka kejar mengejar di balik awan. Langit meriah dengan percikan bom, dentuman dapat didengari tapi jauh di atas.

Lebih kurang 4-6 pesawat asing berbentuk 3 segi, ada satu pesawat yang amat besar terapung tak bergerak tapi di sekelilingnya ada banyak bebola2 cahaya yang mengejar jet2 pejuang. Aku tak rasa jet2 pejuang itu menang. Kemudian aku nampak dua bayang2 beaar terpapar pada awan, seperti seseorang disuluh dan bayang2nya tertumpah pada awan. 

Aku dapat rasa yang tempat ini tidak selamat. Aku perlu sembunyi. Di depan aku pula, aku nampak sesuatu di celah2 belukar. Seperti ada pondok kecil, sebesar dulang. Aku tenung dekat2 dan aku nampak seperti binaan miniatur sebuah bilik tidur, siap dengan katil dan perabot2 yang diperbuat daripada kayu.

Apabila aku ambil binaan miniatur itu, tiba2 ada beberapa ekor serangga terbang mengelilingi aku. Seperti lebah, berdengung. Tetapi seperti ada suara kecil. Aku dekatkan salah seekor, rupa2nya mereka itu manusia2 kecil yang bersayap. Mereka itu pari-pari. 

Aku tak peduli, aku ambil dan bawa pulang ke rumah yang tak jauh pun dari situ. Rumah kecil yang aku bina terselindung di bawah pokok2 besar dan dikelilingi rimbunan belukar. Aku letakkan binaan miniatur itu di dalam rumah. Tiba2 binaan miniatur itu membesar dan menjadi satu set bilik tidur lengkap, yang sempurna dengan katil dan kelambu, dengan tingkap dan langsir. Kerusi kayu dan meja kayu dan almari baju. Pari-pari tadi juga ikut masuk ke dalam rumah aku. Tiba2 mereka juga menjadi besar, bersaiz manusia biasa. 

Aku suruh anak aku masuk ke bilik itu. Itu menjadi biliknya. Rupa2nya pari-pari itu juga takut dengan pertempuran yang sedang berlaku di langit sana. Aku benarkan mereka sama-sama berlindung di rumah aku.

Dari apa yang pari-pari itu kata, sejumlah pesawat makhluk asing telah datang ke bumi dan kehadiran mereka bukanlah dengan niat yang baik.


Thursday, March 12, 2026

Freemason dan zaman kacau

Lama aku tinggalkan, sejak kenal IG dan TT. Tapi pagi ni aku jengah juga, gara - gara mimpi aku malam tadi, malam 22 Ramadhan.

Mimpi malam tadi bercerai kepada 3 bahagian dan aku terjaga di akhir setiap bahagian. Setiap bahagian seolah2 terpisah tetapi di hujung bahagian ke 3 itu adalah jawapan kepada keseluruhan mimpi, menjadikan ketiga-tiga itu sebenarnya satu mimpi yang panjang. Ini ceritanya (naratifnya diperbesarkan untuk kelancaran penceritaan):

Bhgn 1:

Aku sekeluarga pulang ke asal, menghala ke selatan, berkereta dengan logo nasional, suka-suka. Di pertengahan jalan, aku belok ke kiri, keluar dari lebuhraya, masuk ke jalan biasa. Jalan dua hala itu membelah pekan kecil kepada dua bahagian. Di bahagian kiri ada deretan kedai2 dua tingkat dan sebuah stesyen minyak. Aku ke bahagian kanan kerana ada satu bangunan setinggi 5 tingkat yang cantik. Di lantai bawahnya restoran dan penyambut tetamu manakala lantai2 seterusnya adalah bilik2 penginapan. Kami datang bukan untuk menginap. Kami datang untuk makan di restoran itu. Sedang kami menunggu pesanan sampai, terdengar suara2 orang sedang panik dan kecoh. Aku layangkan pandangan ke sekeliling, orang ramai mula menjerit2. Aku nampak orang2 memukul orang lain. Dan di belakang mereka ada seekor binatang, seperti serigala tetapi lebih besar daripada kerbau. Seperti harimau tetapi tiada bulu, malah kulitnya kelihatan keras, hitam dan berkilat. Kami cepat2 berlari ke arah lif dan naik ke atas. Sesampai ke tingkat atas sekali, kami terjah masuk ke salah satu bilik. Kami menyorok di situ. Suasana di luar bangunan dan di dalam bangunan beransur-ansur sunyi, hanya terdengar erang sakit dan derapan kaki-kaki dan pintu-pintu yang diterjah paksa. Aku tutup mata dan terjaga.

Bhgn 2:

Aku belok ke kanan, memasuki lapangan parkir kereta di hadapan sebuah bangunan yang cantik. Seni binaan ala-ala Romawi. Di hadapan bangunan, di sebelah kiri ada sebuah tugu batu granit hitam kelabu, berukir bentuk geometri yang aku tak faham, yang besarnya melebihi tinggi aku. Di bahagian tepi, kanan bawahnya ada terukir satu lambang yang aku pernah nampak tetapi tak pasti. Aku tunjukkan kepada Ariff dan aku kata "ini Freemason?". Dia mencemik tanda tak pasti. Kami berjalan masuk ke dalam bangunan, menuju ke arah meja2 disusun teratur di restoran. Ada sepasang manusia seperti kekasih, kelihatan seperti orang asing lewat 20an atau dalam 30an, berjaket hitam agak ketat tetapi kemas, seperti mereka bermotorsikal ke sini. Aku lemparkan senyum, mereka balas dengan 'hello, hai'. Aku angkat tangan dan balas 'hai'. Antara beberapa orang yang sedang duduk2 menikmati makanan, aku tertarik dengan seorang lelaki Caucasian, tubuh agak langsing, sedikit botak, memakai bush jacket kelabu. Rata2 yang sedang makan di situ bukan orang tempatan. Seperti orang2 Siam, Eropah dan Pinoy. Ketika berselisih dengan meja concierge, aku lihat ada 3 lif tidak jauh dari situ. Dan secara tiba2 aku teringat lif tu. Ya, aku teringatkan sesuatu. Cepat2 aku tarik tangan mereka berdua, bawa ke arah lif. Aku tekan butang lif menuju ke atas. Sebaik masuk ke dalam lif, aku kata "jangan bising2. Kita cepat2 naik atas, kita cari bekalan toiletries, tuala, selimut dan apa2 saja yang boleh dimakan. Lepas tu kita turun balik dan masuk ke kereta". Kami masuk dari bilik ke bilik untuk dapatkan bekalan. Kemudian kami turun semula. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, suasana sudah kecoh. Kumpulan2 manusia sudah berkelahi, berbunuh di dalam dan di luar bangunan, dan di luar sana juga ada seekor binatang yang besar bermata merah menyala, berkuku tajam, berkulit keras, hitam dan berkilat, juga sedang membunuh sekumpulan manusia. Kami cepat2 berlari ke kereta. Tetapi kami di halang oleh beberapa orang yang bersedia mahu memukul. Tiba2 sepasang kekasih yang berbaju jaket kulit hitam tadi datang melayang memberi sepak terajang kepada kumpulan lelaki yang menghalang tadi. Sambil2 itu mereka berdua beri isyarat supaya kami cepat2 masuk ke dalam kereta. Aku pecut kereta, keluar kawasan itu. Aku lihat sepasang kekasih tadi ada di belakang kami, bermotorsikal besar. Sepanjang jalan itu penuh dengan kekecohan, sehinggalah kami masuk semula ke lebuh raya bersama-sama sepasang kekasih tadi yang masih mengekori di belakang. Dan aku terjaga.

Bhgn 3:

Setibanya aku di depan bangunan tinggi dan cantik itu, aku parking motor aku tidak jauh dari tiang bendera (kali ini aku datang berseorangan). Sebaik sahaja aku letakkan topi keledar di atas tangki motor, tiba2 ada sebuah motor lagi datang dan parking di sebelah. Dan sebaik2 pula dia buka topi keledar, aku kenal dia, seorang kawan lelaki sama tempat kerja, namanya Sazali (bukan nama dia). Kami bertegur sapa, menzahirkan rasa kebetulan berjumpa di sini. Katanya dia juga nak makan di restoran itu. Alang2 dah berjumpa, kami masuk dan duduk semeja. Oleh kerana ramai orang, kami hanya dapat meja di kawasan hadapan, tidak jauh dari pintu masuk dan meja concierge. Meja kami kosong, kecil tanpa alas kain dan hiasan bunga kekwa, mungkin meja tambahan kerana ramainya orang, dan kami duduk secara berdepan. Aku layangkan pandangan aku kepada orang2 yang sedang makan. Riuh rendah dengan pelbagai bahasa yang aku tak faham. Ramai pelancong datang ke sini. Kemudian aku perasan akan seorang lelaki Caucasian separuh botak, seperti aku pernah nampak. Tiba2 Sazali tegur aku "jom lah order, lapar dah ni", aku angguk2 beberapa kali. Aku capai buku menu dan hulurkan kepadanya. Sebelum menerimanya, dia tarik sarung tangan motornya. Aku tersentak kerana bentuk tangannya lain. Tangan kanannya mempunyai 6 jari (jari kelingking tambahan) manakala ibu jari tangan kirinya besar dan seolah2 bercantum dengan jari telunjuk. Dan secara tiba2 suasana di dalam restoran itu senyap. Sebutir pun tiada kata. Aku toleh ke arah mereka. Aku tengok mereka SEMUANYA memandang ke arah kami. Aku mula rasa tak selesa. Kemudian mereka semuanya bangun, berdiri di sebelah meja masing2 dan membongkok, memberikan tunduk hormat. Aku pelik, tak mungkin kepada aku? Kemudian aku pandang kepada Sazali. Dia pun ternganga tak faham situasi itu. Tiba2 aku lihat kulit di kedua2 tangan Sazali terbakar bermula dari hujung jari, seperti kertas terbakar, mendedahkan kulit sebenar pada tangan Sazali - kulit yang hitam, keras dan berkilat. Dan kuku yang meruncing. Aku tergamam, panik. Aku pandang muka dia. Anehnya, dia juga tergamam, seolah2 dia sendiri terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada tubuhnya. Perlahan-lahan kulit sebenar tubuh 'Sazali' itu terdedah- hitam, keras dan berkilat. Maka aku tahulah yang ada dihadapan aku ini apa....

Dan aku terjaga buat kali terakhir, menunggu sahur.

Wednesday, February 19, 2020

Kaku dipelukan mayat

.
Sudah lama aku tak menulis berkenaan mimpi. Bukanlah aku tak bermimpi, cuma tak berapa rajin nak tulis tentangnya. Tapi mimpi alam tadi membuatkan aku mengigau, jadi aku rasa elok juga dituliskan di sini.

Setting: Di kampung kelahiran aku. Berflorakan sawah padi yang sudah disabit (dituai). Rumput-rumput melata di dalam sawah. Air kering tetapi ada lopak-lopak basah akibat hujan monsun. Ada juga air mengalir kecil di parit-parit tohor di tepi sawah.

Ceritanya: Lewat senja itu, aku dan Mama pun pulang dari sawah untuk beradu. Tetapi bukan di atas tilam empuk di dalam rumah. Kami berbaring di atas rumput basah di atas batas sawah. Batas itu agak lebar juga, boleh memuatkan kami berdua. Maksudnya, di kanan dan kiri kami adalah sawah, manakala ada lubang air menembusi batas tadi, betul-betul di bawah tempat kami berbaring. Ada air kecil mengalir dari sawah sebelah sana ke sawah sebelah sini melalui lubang air tadi.

Aku baring mengiring di atas lambung kanan, tidak mengadap Mama. Dalam samar-samar malam, aku lihat rumput2 basah dan dengar bunyi air mengalir. TETAPI aku ada tercium bau busuk! Pada mulanya aku sangkakan cuma bau jerami-jerami padi yang mereput selepas disabit. Tapi busuknya bukan seperti bau itu. Kemudian aku fikirkan puncanya mungkin dari bangkai tikus atau ikan yang mati. Tapi tidak juga.

Aku mula rasa sangsi. Aku gerakkan tangan kiri aku mencari tangan Mama. Bila tersentuh lengan Mama, aku terasa sungguh halus tetapi sangat sejuk. Aku mula berfikir yang bukan-bukan. Untuk kepastian, aku baca Ayatul Kurysi. Aku dapat rasakan Mama gelisah di sebelah. Aku teruskan baca 4 Qul. Semakin kuat gelisah Mama.

Kemudian aku cuba untuk berpaling, mengiring ke arah Mama. Pada masa itulah tiba-tiba lengan kiri aku di genggam kuat oleh tangan Mama yang sejuk. Aku cuba berpusing tapi tak boleh sebab ditolak tangan Mama. Bukan itu sahaja, bahu kiri aku pula digigit oleh Mama dengan kuat. Sejurus itu juga Mama menjerit amat nyaring sehingga bingit telinga kiri aku. Nyaringnya bukan seperti jeritan manusia tetapi seperti bunyi enjin jet yang kuat, atau seperti bunyi cerek air (whistling kettle).

Amat bingit. Tak tertahan dibuatnya. Hendak berpusing, tak boleh. Maka aku cuma teruskan zikir dalam hati dan berharap segala-galanya berakhir. Perlahan-lahan suara zikir aku mulai keluar dari mulut...Laailaha illallaah... ketika itulah Mama menolak-nolak bahu untuk kejutkan aku. Sempat juga Mama dengar zikir aku (yang juga mengejutkan dia dari tidur). Ketika itu dalam pukul 1 pagi.

Mama tanya, adakah aku takut? Aku kata aku tak takut tetapi sedih. Sedih sangat hingga suara aku serak dan ada sedikit air di hujung mata. Kerana apa? Kerana dalam mimpi itu Mama telah tiada...

.

Thursday, January 2, 2020

Adakah dadah boleh pengaruhi ruh?

.
Petang semalam masuk wad, pagi tadi jam 8am dah ada di bilik OT.



Kelmarin aku ada bersembang dengan Mama dan Ariff tentang satu persoalan yang serius: kesan ubat bius ke atas ruh.

Adakah ubat-ubatan klinikal atau dadah boleh mempengaruhi ruh?

Dari segi bacaan dan rujukan kasar, kimia di dunia fizikal seolah-olah mampu mempengaruhi ruh seseorang. Contohnya tidak sedar diri akibat kesan ubat atau dadah, tak boleh kawal diri dll. Malah dalam ilmu Fiqh, tak diterima solat seseorang yg sedang khayal/mabuk. Dari segi undang2 jenayah pula, penjenayah boleh dikenakan pertuduhan yang kurang jika berselindung di balik mabuk/luar kawalan dll.

Kalaulah dadah boleh pengaruhi ruh, bagaimana ia boleh berlaku?

Ini yang menjadi persoalan sejagat. Mana tidaknya, dadah di alam nyata tapi ruh di alam maya. Bagaimana boleh bertemu? Apakah mekanisme nya?

Penjelasan dari segi saintifik memang payah nak dibuat kerana sains Barat, juga sains di buku-buku sekolah tidak menerima Ruh sebagai satu entiti / properti sains. Paling hampir pun sains barat mengkategorikan ruh sebagai 'kesedaran' / consciousness. Consciousness ditakrifkan dalam ruang litup psikologi/kimia dan prosesnya berlaku dalam otak. Ia tak sampai terkait kepada ruh. Kalau paling hampir pun kajian mereka ini dikategorikan dalam kajian metafizik atau pseudo-science.

Dari segi agama, kaitan dadah dan ruh mungkin boleh dibuat melalui pemahaman bahawa tubuh fizikal adalah 'rumah' kepada ruh. Analoginya, jika rumah bergegar segala di dalamnya akan turut bergegar. Kedua, selagi ruh berada di dalam sangkar tubuh, ia banyak menerima kesan-kesan dari alam dunia fizikal ini melalui sensors / senses yakni pandang, dengar, rasa dll. Ketiga, akibat sensors inilah juga ruh bakal diadili di akhirat.

Bagaimana nak tahu?

Hah! Inilah yang aku nak cuba. Aku katakan kepada Ariff, kita boleh cuba memahami persoalan ini semasa aku kena bius nanti. Apa pemerhatian saintifik yang patut aku buat? Tanya Ariff.

Aku pening. Tapi akhirnya aku katakan aku tengok sama ada aku bermimpi sepanjang kena bius atau tak. Postulatnya, kalau tak ada mimpi langsung maknanya ruh mimpi aku pun turut 'pengsan' akibat ubat bius itu.

Kenapa diukur dengan mimpi? Kerana aku ini sering dan senang bermimpi. Sila lihat disenarai label  mimpi di kanan blog dan klik untuk baca. Bagi ramai orang, mereka tidak bermimpi jika baca Ayatul Kursyi sebelum tidur. Tapi lain pula dengan aku. Jika aku baca, mimpi aku jadi lebih jelas.

Ada disklaimer:
para ilmuan Islam ada yang mengkaji dan membagi ruh kepada beberapa jenis. Salah satunya ialah ruh yang keluar masuk ketika tidur dan sering dikaitkan dengan mimpi.

Oleh itu persoalan di atas hanya mengenai ruh mimpi sahaja.

.

Tuesday, July 10, 2018

On that day, space-time fabric was torn at Chenderong Balai

.
Begitulah tajuknya. Ya, panjang. Tapi itulah tajuknya. Manakala isi mimpi malam semalam seperti berikut:

Sesiapa yang pernah sampai di pekan Chenderong Balai, perkara itu berlaku di sebuah kawasan lapang di seberang jalan masuk ke Pt 2/7. Bekas sawah. Tidak jauh dari kawasan pekan pagi Sabtu.

Apa yang berlaku pada hari itu ialah kira-kira 50 kaki dari atas tanah di kawasan lapang itu, terbentuk seperti awan kelam yang nipis. Bergumpal. Ia keluar dari rekahan ruang udara. Ia keluar bersama-sama sambaran kilat kecil, seperti percikan elektrik.

Rekahan pada ruang udara itu menegak kira2 100 kaki dan gumpalan awan kelam yang nipis itu seperti keluar dan masuk semula.

Orang kampung mula berkumpul tetapi berjarak jauh, tak berani dekat2. Ianya mula dikesan pada waktu pagi. Selepas Zuhur, kenderan tentera dan van2 bercermin gelap mula datang. Pihak tentera mula membuat perimeter lebih kurang 200m dari rekahan itu. Dia tak benarkan orang kampung dekati.

Beberapa ahli sains kelihatan mencuba beberapa peralatan untuk menguji apakah bendanya itu. Mereka tidak tahu. Selang beberapa hari, mereka masih buntu.

Akhirnya mereka mereka sedar bahawa ruang udara itu merekah dan di balik rekahan itu adakah satu alam yang lain. Oleh kerana kesan elektromagnetik agak tinggi, mereka dapat mengesan satu anomali pada graviti di sekitarnya.

Sedang mereka membuat analisa, tiba-tiba komputer mereka menerima satu isyarat yang mereka tak tahu. Sistem komputer mereka telah diprogram semula menjadi komputer kuantum. Tiba2 sahaja mereka hilang kawalan ke atas komputer mereka. Sepertinya ada capaian dari alam sebelah sana ke komputer.

Komputer itu memaparkan siri2 soalan dan para saintis itu menjawabnya. Ia sedang belajar tentang manusia. Tiba2 komputer itu mempunyai kebolehan Artificial Intelligent dan seolah-olah 'hidup dan mempunyai kesedaran'.

Telah banyak pertanyaan dan dijawab. Pada mulanya para saintis itu gembira dan bangga kerana menemui 'suatu punca kehidupan yang cerdik selain daripada manusia' sehingga dapat berinteraksi dengan kita. Kemudian mereka tersedar, soalan2 itu menjurus kepada perkara2 yang boleh menjejaskan keselamatan sejagat!

Mereka mulai takut. Aku juga. Dalam diam2, aku menyusup masuk mendekati komputer. Pada kali ini, aku tak menaip seperti mereka. Aku terus bercakap. Anehnya, aku dapat respons. Dan mulai keluar beberapa simbol dan formula yang tak kenal. Aku takut dan secara spontan aku hempaskan komputer itu. Tak lama kemudian vorteks itu semakin laju dan rekahan pada fabrik ruang-masa itu semakin mengoyak lebar. Pancaran elektrik bertambah panjang dan banyak.

Aku lari. Dan aku biarkan pihak tentera menguruskannya. Apakah yang terjadi selepas itu dan siapakah 'intelligent life form' yang wujud di alam sana? Aku tak tahu....

.

Friday, January 5, 2018

Bintang-bintang yang turun ke bumi

.

Malam tadi. Di kampung aku.
Aku lihat bintang-bintang berkerlipan di langit tapi tidak tertabur.

Mereka tersusun cantik. Sedang aku ralit melihat keindahan mereka, tiba-tiba mereka bergerak. Mereka membentuk 4 kelompok - di empat penjuru langit.

Aku agak mereka itu bukan bintang. Tanpa berlengah, aku kemas-kemas barang, aku bawa Mama dan Ariff keluar dari kampung, menuju ke sebuah rumah lain (safe house) yang aku bina khas untuk situasi seperti itu di Sector 7 Shah Alam. Sebahagian rumah itu tertimbus di bawah tanah, hanya pintu dan sebahagian tingkap sahaja yang berada di atas tanah.

Di luar, 4 kelompok cahaya itu mulai turun ke bumi - ianya sejenis kapal angkasa kecil. Dan aku rasa tujuan mereka datang ke Bumi bukanlah dengan tujuan yang baik. Malangnya, ramai yang tidak menyedari kedatangan mereka itu.

Mimpi subuh.

.

Wednesday, June 7, 2017

Tiga malam yang penat... UPDATED THIS MORNING

.

Orang lain tidur untuk merehatkan badan. Tapi selama 3 malam berturut-turut ini aku penat sungguh.

Malam yang pertama itu aku bermimpi menjadi orang buruan kerajaan. Aku diburu kerana dikatakan ada kaitan dengan komplot keganasan. Bukan saja diburu oleh kerajaan Malaysia, malah turut diburu oleh interpol dan CIA. Waduh! Penat aku berlindung diri dari pengawasan canggih mereka. Terpaksa tinggalkan rumah. Alat2 komunikasi dibuang. Jauhkan diri dari cctv. Malah terpaksa kerap tukar pakaian dan memakai topi kerana takut ada drone CIA yang boleh cam muka aku. Babak terakhir aku dikejar ketika mahu lari keluar negara. Berlari masuk keluar bangunan. Dah macam filem Fugitive. Penat!

Malam yang kedua aku bermimpi pergi memancing dengan abang2 kawan kampung. Kami pergi ke sebatang sungai kecil di tepi hutan. Airnya hitam. Mereka pancing dapat ikan tapi apabila giliran kail aku terasa ditarik kuat, aku lihat mata kail aku tercangkuk pada mulut seekor badak sumbu! Ya, anak badak sumbu, bukannya anak badak air. Walau pun anak badak tapi dah sebesar lembu. Aku tergamam apabila anak badak sumbu itu naik ke tebing. Tiba-tiba aku terdengar jeritan 'lariiiii....!!!'. Aku pun baling kail dan berlari ke jalan besar, masuk ke jalan kampung. Aku toleh ke belakang. Anak badak sumbu itu mengejar aku dengan laju. Aku rasa aku tak dapat tandingi lariannya. Lalu aku lompat sebatang parit kecil dan terus lari melalui sawah kering menuju ke rumah. Parit itu dapat melambatkan anak badak itu. Aku berhenti sejenak untuk ambil nafas. Apabila anak badak itu berjaya lepasi parit tadi, aku terus berlari keliling rumah. Dah tak cukup tanah dibuatnya. Apabila anak badak itu ikut berlari keliling rumah, aku ambil keputusan untuk lari semula ke jalam besar, menuju ke sungai tempat kami memancing tadi. Anak badak masih mengejar aku! Akhirnya aku mengalah. Aku dah penat sangat. Aku biarkan anak badak itu hampiri. Aku nekad. Nak jadi, jadilah. Tapi aneh. Anak badak itu tak sondol aku tetapi berlari di sekeliling aku seolah-olah mengajak aku berlari lagi. Ia hanya mahu bermain kejar-kejar dengan aku rupa-rupanya. Aduh! Penat aku.

Malam ketiga yakni malam semalam, aku bermimpi tentang Alien pula. Hasil ekperimentasi kumpulan yang baru balik dari angkasaraya. Di sebuah bangunan dengan fasiliti sains termaju. Ada nampak Einstein juga. Aku tahu ada ahli sains yang tercemar dengan DNA makhluk asing. Aku cuba buktikan dan beri amaran kepada mereka semua tetapi seorang pun tak percaya. Apabila pembuktian aku telah hampir, wanita yang aku syaki itu mula marah. Aku tahu ada alien dalam badannya. Dia kejar aku untuk dibunuh. Dia kuat! Kelam kabut aku bergelut dan berlari dari bilik ke bilik di dalam bangunan itu. Aku cedera parah dalam pergelutan itu. Akhirnya aku umpan dia ke dalam satu bilik. Aku masuk ke bilik itu dan dia ekori aku. Bilik itu berdinding tebal dan salah satu dinding itu kaca. Di dalam bilik itu aku dibelasahnya cukup-cukup. Hinggakan tangannya berjaya merodok ke dalam perut aku. Kemudin dari tumit kakinya keluar sesuatu seperti tangan sotong kurita, mahu menembusi urat leher aku. Sebelum dia bunuh aku, dia kata aku telah gagal untuk buktikan. Tapi aku jawab aku tak gagal sebab aku telah dapat buktikan yang dia itu sebenarnya alien. Di sebalik dinding kaca itu ada beberapa orang saintis sedang melihat segala yang berlaku. Wanita itu menjerit marah lalu merentap isi perut aku keluar. Lalu dia merempuh dinding kaca itu tetapi tak pecah manakala ada seseorang telah tutup pintu masuk tadi kuncikannya dari luar. Aku penat!!!

Apalah mimpi aku pada malam ini pula ye? Haih....

Update: 7.6.17 pagi. 

Malam tadi aku mimpi gajah pulak!!!
Negara sedang berperang di sempadan tetapi lambat sangat nak habis. Tentera darat dan udara telah pun dikerahkan melawan musuh yang tak seberapa sangat tapi perang belum juga habis-habis. Jadi aku ditugaskan untuk menyiasat di lapangan untuk melihat apakah yang berlaku sebenarnya. Aku pun sandang beg payung terjun dan naik kapal terbang. Setelah cukup tinggi, aku pun terjun. Semasa aku jatuh bebas itu, kebetulan pula pihak musuh pun sedang lancarkan para-troopers. Tapi aneh!!! Para-troopers yang terjun itu sebenarnya adalah gajah-gajah yang terlatih untuk perang. Gajah-gajah itu mengawal tali payung terjun menggunakan belalainya. Malahan ada seekor yang dihampiri oleh pesawat telah bertindak membuka fuel cap pesawat itu lalu menyumbatnya dengan kain. Lepas tu belalainya keluarkan pemetik api Zippo dari begnya dan membakar kain tadi. Zippo??? Ya, dalam mimpi itu pun aku hairan. Pesawat tadi pun terbakar. Ahh...penatnya aku.


.

Tuesday, November 8, 2016

Menegur mayat mati lemas

.



Aku tak pasti nak mulakan dari mana. Mimpi ni dah berlaku dua hari lepas tapi aku ambik masa untuk mencantum dan memahaminya. Biasalah, mimpi sering terlompat-lompat dan tak masuk dek akal jalan ceritanya. Aku rasa, inilah yang terbaik yang boleh aku tuliskan untuk mimpi ini:

Aku berada di dalam sebuah rumah papan, yang bertiang dan bertangga kayu. Pintu dan tingkapnya pun daripada papan. Tanahnya luas kerana ia sebuah kampung. Lamannya tanah berpasir dan sedikit rumput. Di hujung laman itu, lebih kurang 50 kaki dari tangga rumah, ada sepohon Rambutan tingginya segalah dan daunnya sudah tua dan tidak lebat, seperti baru lepas musim buah kerana aku dapat lihat ranting-rantingnya seperti  telah dipotong. Ada beberapa pokok kelapa yang tinggi melampai. Tidak jauh dari pokok Rambutan itu, kira-kira 50 kaki ke depan lagi, adalah Tanah Perkuburan Islam.

Suasananya seolah-olah pada tahun 80-90-an. Jalan-jalan kampung seperti tiada kesan kereta masuk, yang banyak ialah lorong-lorong bertebing akibat tenyehan tayar motorsikal dan basikal. Rumah itu seperti pernah aku kunjungi, seperti kepunyaan salah seorang penduduk kampung aku tetapi tiada kubur (mimpi biasanya akan menggunakan imej-imej yang telah ada dalam kepala sebagai latar belakang mimpi).



Di dalam rumah itu, aku duduk di atas tikar mengkuang di atas lantai papan, ada juga batang pinang. Ada sebuah TV lama di tepi dinding. Di ruang tamu itu ada beberapa orang lelaki dan perempuan... yakni orang-orang kampung dan tuan rumah itu. Ada seorang lelaki yang aku rasa dia bertaraf bilal atau imam atau mungkin juga seorang ustaz, sedang bercerita kepada kami di sudut kiri ruang tamu.

Suasana di dalam rumah itu diselubungi kesedihan. Ada kematian. Ada beberapa kujur mayat telah siap dikafan dan diaturkan di bawah pokok Rambutan, tidak jauh dari tanah kuburan. Beberapa orang kampung sedang menggali liang lahat untuk mayat-mayat itu.

Menurut cerita Ustaz itu, mereka adalah sekumpulan pendakwah Islam yang telah pergi merantau ke negara Afrika. Pada ketika ini, 'skrin' mimpi aku berpindah ke Afrika manakala suara Ustaz tadi menjadi naratif sahaja. Aku lihat sekumpulan anak muda lelaki dan wanita sedang berjalan dan mendaki bukit-bukit batu. Aku rasa mereka itu siswa dan siswazah yang menjalankan kajian sosial dan agama di situ.  Ada juru arah seorang lelaki Afrika tempatan.

Aku tak tahu ke mana arah tuju mereka, rasa-rasanya mereka menuju ke sebuah perkampungan. Selepas mendaki bukit berbatu, mereka perlu bersampan pula. Air sungai itu deras, berliku dan membelah batu-batu gunung yang pejal. Malang bagi mereka, ada sebuah jeram yang tinggi di sungai itu dan mereka gagal untuk kayuh ke tepi kerana sampan itu terlalu sarat. Sampan itu terus hanyut dibawa arus deras dan akhirnya jatuh terhempas ke atas batu di bawah jeram itu. Mereka semua mati lemas. Beberapa orang kampung di Afrika itu cuba selamatkan tetapi telah terlambat. Aku dapat lihat sampan mereka telah pecah dan serpihan-serpihan rangka kapal sahaja yang dapat dikumpulkan. Semeua mangsa tidak dapat ditemui.



Kemudian 'skrin' mimpi aku kembali ke ruang tamu rumah itu. Ustaz itu cakap hanya beberapa mangsa dapat ditemui, itu pun selepas beberapa bulan kejadian itu berlaku. Anehnya, keadaaan mayat mangsa masih seperti baru meninggal. Tidak ada cacat cela dan masih sempurna. Jadi, aku rasa mayat-mayat berkafan yang di bawah pokok Rambutan tadi itu adalah mayat-mayat mangsa itu. Kemudian aku rasa aku terlihat sesuatu di hujung anak mata.

Aku toleh ke sudut kanan ruang tamu rumah itu. Aku ternampak ada dua kujur mayat sedang terbaring di atas lantai papan. Muka mereka terbuka, jadi aku dapat lihat yang seorang itu lelaki dan di sebelahnya perempuan. Aku rasa pelik.

"Bukan ke kamu berdua tadi ada kat bawah pokok sana?" Secara spontan aku bertanya kepada mayat-mayat itu kerana rasa-rasanya mereka tadi ada di bawah pokok Rambutan.

Tiba-tiba mayat-mayat itu bergerak-gerak. Yang mayat lelaki itu bersusah payah untuk bangun kerana tubuh mereka telah dikafan dan diikat. Mereka mahu pergi semula ke bawah pokok Rambutan setelah aku tegur mereka. Melihat keadaan mereka yang bergelut untuk bangun itu, beberapa orang pakcik dan makcik pergi mendapatkan mayat-mayat itu untuk diusungkan ke bawah pokok Rambutan.

Aku hanya melihat mayat itu diusung... dan tak terfikir pula dalam mimpi itu untuk bertanya sama ada mereka itu masih hidup atau telah mati.



 

.

Monday, October 24, 2016

Kehilangan meruntun jiwa...

.

Dunia semakin kalut,  serba serbi melalut.
Kabut putih menyelubungi bumi, sudah bertahun begitu. Matahari kelam, cahaya tak sempat tersimbah ke tanah, dituras kabut. Pokok2 jadi kurus. Tanaman tiada hasilnya. Makanan jadi berkurangan. Satu dunia jadi begitu.

Aku ambil keputusan untuk balik ke kampung. Dalam keadaan makanan yang bercatu di bandar, kalau di kampung adalah juga usaha untuk tanam ubi atau keledek. Kalau di bandar, di mana hendak dicucukkan benih?

Di kampung, aku buatkan sebuah rumah kayu kecil untuk anak isteri. Aku cuba tanam ubi dan keledek di sekitar tapi tak mahu subur. Tak mahu berbuah. Kabut menutup matahari, pokok2 segan untuk tumbuh dan keluarkan hasil.

Dunia semakin tertekan. Kekurangan makanan menjadi ancaman sejagat. Kebuluran berleluasa. Manusia semakin lemah. PBB terpaksa ambil langkah drastik.

Satu resolusi tergempar dan kejam terpaksa diluluskan....70% penduduk dunia perlu dikurangkan!

Polis2 seluruh dunia diminta untuk menjalankan resolusi itu. Setiap nama yang dipilih akan menjalani proses yang kejam. Penama itu akan diletakkan dalam keadaan koma tetapi ianya irreversable. Ia seperti membunuh tetapi oleh kerana PBB telah lama menolak hukuman bunuh, penghapusan 70% penduduk dunia itu tidak boleh dengan cara bunuh. Oleh itu, satu proses koma yang irreversable diwujudkan. Namun ianya sama seperti membunuh.

Orang yang menjalani proses itu akan berada dalam keadaan seperti tidur dan bermimpi. Mimpi yang tak sudah2. Hanya jantung dan otak yang masih berfungsi.

Pada satu pagi itu, kami didatangi dua trak polis. Ada 5 atau 6 anggota polis yang siap  bersenjata rifle dan memakai topi keselamatan atau topi keledar full face. Turut sama ada 2 ahli perubatan atau mungkin saintis memakai kot labuh putih.

Mereka mengetuk pintu papan dan memanggil nama Mama. Aku seakan akan hilang harapan. Puas aku cuba pujuk mereka tetapi akhirnya mereka rempuh pintu itu lalu membawa Mama ke luar. Aku cuba halang tetapi mereka acukan senjata kepada kami.

Akhirnya kami beralah. Mama kini tenang untuk terima nasibnya tetapi aku tidak. Aku bakal kehilangan Mama! Aku bakal keseorangan menjalani hidup ini.

Mama memilih untuk dibaringkan di kerusi kereta kami. Sebelum Mama nasuk, kami sempat berpeluk...pelukan yang erat. Aku katakan betapa aku cintakan dia dan aku akan rindui perbualan kami.

Dengan kasar kami dipisahkan. Mana dibawa masuk ke dalam kereta. Aku dipegang kuat. Aku panggil Mama berulang kali. Mama hanya tersenyum dan memujuk aku agar bersabar dan redha. Mama cuba tersenyum supaya aku tenteram tapi mustahil. Aku katakan pada Mama yang aku akan sentiasa ada di sisinya nanti walau pun Mama tidak lagi dapat merasainya. Aku akan bercerita setiap hari walau pun Mama tidak boleh mendengarnya kerana Mama akan berada dalam mimpi yang amat panjang.

Setelah Mama duduk dan bersandar, mereka suruh Mama pejamkan mata. Lalu mereka letakkan dua keping logam sebesar duit syiling 50 sen di kelopak mata. Ada sekeping besi lagi diletakkan di belakang kepala. Kemudian kesemua besi itu diikat kepada bar besi seperti headphone. Apabila diaktifkan, Mama terus kaku dan aku tahu bahawa aku telah kehilangan isteri yang aku cintai.


Mereka lepaskan aku dan beredar. Aku jatuh terduduk dan menangis. Dunia tak bererti lagi. Aku pandang Mama yang tidur panjang di dalam kereta. Apalah gunanya aku teruskan hidup ini tanpa Mama.

Lebih baik mereka bunuh kami berdua kerana sekurang2nya kami dapat dikuburkan bersama2 dan mungkin boleh bercerita di alam sana. Tetapi dalam keadaan Mama sebegitu, ruh Mama belum tinggalkan jasadnya dan jika aku mati, aku masih tidak dapat bercakap dengan Mama. Alangkah kejamnya!!!

Ada juga aku terfikir untuk tamatkan derita Mama dan aku bunuh diri tetapi nanti kami mungkin berakhir di tempat yang berlainan di akhirat kelak. Itu lagi terseksa!

Tiada apa yang aku dapat lakukan. Aku terpaksa terima hakikat ini. Aku menangis.... Mama ada di depan mata tetapi kami tidak lagi boleh berbicara....alangkah siksanya jiwa aku! Alangkah remuk hati ini...betapa pilunya aku ...tak tertanggung.

Apabila aku terjaga lebih kurang pada jam 3 pagi, air mata masih mengalir. Bantal aku basah. Lantas aku kucup pipi Mama dan aku rangkul Mama hingga ke subuh. Aku tak sanggup kehilangannya....




.


Wednesday, August 17, 2016

Why Superman is a super man

.

Pagi ni aku bangun dengan berat sekali. Mata masih digayuti tidur, kepala masih diselubungi selimut.

Aku syak ini bahana mimpi malam tadi.

Malam tadi aku mimpi berkaitan dengan 'team building'. Dalam acara akhir sebelum aku terjaga, kami berada di sebuah stadium kolam renang yang terbuka tak berbumbung. Tapi kolam renang itu tak dalam. Airnya separas peha. Dan keruh kerana dasarnya adalah tanah liat, seperti sawah.

Beberapa keping duit syiling dicampakkan ke dalam kolam dan kami diminta untuk mencarinya. Biasalah....ada yang betul2 ikut arahan dan mencarinya. Yang lain lebih kepada bermain sesama sendiri... termasuklah aku.

Apa aku buat?

Aku apungkan badan secara meniarap. Kemudian aku bayangkan tubuh aku jadi ringan. Perlahan2 tubuh aku terapung di udara. Dalam ketinggian 15 kaki, aku berhenti. Aku gunakan kekuatan fikiran dan imaginasi untuk bawa aku terbang di sekitar stadium mini itu sambil memanggil2 kawan2 yang di bawah.

Selepas itu, aku diminta untuk ajarkan cara untuk terbang. Sebenarnya bukan susah. Ia seperti mencari imej 3D di dalam gambar 2D. Mulanya payah tapi bila mata dah 'tuned', imej 3D yang tersembunyi akan mudah difokus.

Tapi terbang itu banyak menggunakan tenaga. Mungkin itu sebabnya pagi ini aku mengantuk dan lesu. Hanya lelaki super yang mampu terbang jauh...





.

Monday, April 18, 2016

Menumpang di rumah ahli sihir...

.

Sambungan kepada entri mimpi dimalam jumaat, aku ambil keputusan untuk minta anak muda itu bawa aku ke rumah ahli sihir yang telah mengajarnya.


Entah bagaimana, aku sampai ke sebuah rumah kampung keesokkan paginya. Aku dapati rumah itu berada tidak jauh dari tapak rumah Bapak aku di kampung, dan suasananya seperti tahun 80an - masih banyak sawah padi dan kereta banyak jenis Datsun dan Lancer.

Anak muda itu ajak aku masuk ke rumah itu. Di dalam rumah itu ada seorang wanita bertubuh agak gempal, tidak tinggi dan umurnya sekitar 40an, tidaklah tua sangat. Mukanya bulat, rambutnya lurus separas bahu dan tidak tebal.

Wanita itu bertanyakan anak muda itu jika aku ini datang untuk berubat dengannya. Anak muda itu serba salah nak cakap. Akhirnya dia ceritakan apa yang berlaku malam tadi...dan aku telah saksikannya. Dan dia sampaikan hajat aku untuk menumpang di rumah itu.

Wanita itu diam agak lama. Akhirnya dia setuju dan menyuruh aku duduk sekali di bilik anak muda itu. Kami pun masuk ke bilik.  Baru aku tahu yang anak.muda itu tinggal.di situ. Aku tanya jika wanita itu emaknya, dia kata bukan emaknya. Dia juga hanya menumpang.

Tidak lama kemudian, ada sekumpulan orang datang. Mungkin tetamu wanita itu sebab aku dengar mereka bersembang rancak.sambil mengilai ketawa. Tapi aku tak tau apa bicara mereka. Selang beberapa jam, datang beberapa orang lagi. Kali ini mereka datang untuk berubat dengan wanita itu.

Mereka diminta masuk ke bilik sebelah. Beberapa minit kemudian, aku terdengar jeritan. Aku dan anak muda itu pergi ke bilik sebelah. Aku lihat 3 orang yang baru datang tadi dikelilingi oleh wanita itu dan kawan-kawannya. 3 orang itu sedang mereput dan menjadi wap, kemudian mereka sedut wap itu seperti menghisap candu. Mereka berkhayal dan ketawa. Pelik sungguh!

Setelah habis, mereka kembali duduk di ruang tamu. Mereka bersembang lagi. Tidak lama kemudian, tetamu itu pun pulang. Aku ambil peluang untuk hampiri wanita itu dan bertanya, tidak takutkah jika polis atau orang kampung syak dan tangkap? Dia tersenyum, katanya, mereka tiada bukti sebab tiada kesan. Dan dengan bangganya dia kata dia bomoh terkenal dan handal.

Aku pun bermalam di bilik anak muda itu. Awal pagi keesokannya, ada seorang lelaki datang beritahu kepada itu bahawa kegiatannya telah dihidu oleh polis dan pejabat agama.

Aku bertanya kepada wanita itu, tidak takutkah? Tidak mahu larikah? Dia tertawa bongkak. Katanya, aku belum kenal siapa dia dan kehebatan ilmunya. Dia akan tunjukkan kepada aku.

Tidak lama kemudian, ada seorang lelaki agak muda datang. Cepat-cepat wanita itu masuk ke bilik kami dan menutup pintu tapi tidak dikunci. Wanita itu menyuruh kami diam. Dia berbisik kepada aku, katanya lelaki di luar itu seorang ustaz tetapi menyamar kononnya mahu datang berubat.

Wanita itu tersenyum manja, katanya, aku akan lihat apa yang akan berlaku kepada ustaz itu.

Wanita itu minta ustaz.itu.masuk ke bilik kami. Sebaik sahaja ustaz itu buka pintu, wanita itu menerpa dan menyapukan tangannya di depan muka ustaz itu. Ustaz itu seperti terpukau. Lantas wanita itu kata " kau akan cium aku jika kau sebut nama Allah."

Aduh...! Melampau sungguh wanita itu. Dia tahu bahawa ustaz itu akan membaca ayat-ayat suci bila mahu beradu ilmu dengannya, sebab itulah dia dipukau begitu. Kemudian wanita itu petik jarinya. Ustaz itu tersedar.


Ustaz itu sedar yang dia telah disihir tapi dia tidak tahu sihir apa. Oleh sebab itu, ustaz pun melaungkan 'Allahuakbar!' Tiba-tiba ustaz itu terdiam lalu menghampiri wanita itu. Tanpa segan silu, ustaz itu mencium pipi tembam wanita ahli sihir itu. Kemudian mulutnya mula.mencari bibir wanita itu!!! Ahh... Tergamam aku kerana ia berlaku di depan kami. Wanita itu puas mempermainkan ustaz itu. Tapi aku pula yang terasa jijik....hish....


Woo...wooo...cukup, cukup aku kata separuh menjerit. Aku tepuk bahu ustaz itu dengan agak kuat. Ustaz muda itu tersedar dan terpinga-pinga. Aku suruh ustaz itu keluar dan balik rumah. Wanita itu tidak putus-putus ketawanya.

Kemudian kami ke meja makan untuk bersarapan. Ada jemput2 dan air teh kosong. Aku ambil kesempatan untuk bertanya wanita itu, sampai bila dia mahu jadi begitu? Tidak takutkah nanti satu hari dia akan mati. Wanita itu jawab, dia terasa muda dan sehat bila dapat sedut pati manusia.

Aku tanya lagi, sampai bila? Sampai kiamatkah? Dia pasti akan mati juga akhirnya. Kemudian senyuman wanita itu pudar hilang. Dia seperti takut, risau. Lantas aku ambil kesempatan dalam situasi itu, aku suruh wanita dan anak muda itu keluar dari rumah itu dengan nada marah. Mereka tersentak,tak percaya.

Aku ulangi lagi dan benar2 maksudkannya. Kerana apa? Kerana baru aku perasan bahawa rumah itu adalah rumah pusaka kami. Itu rumah aku dan aku berhak. Hari itu juga mereka keluar dari rumah aku.





.

Friday, April 15, 2016

Mimpi malam jumaat...

.



Pada satu malam itu, aku berada di sebuah taman di pinggir satu bandar. Kelihatannya seperti di taman tasik Taiping, tidak jauh dari Zoo Taiping. Aku ke situ untuk memancing di tepi tasik atau sungai yang tohor airnya. Malam itu aku letakkan kereta di bahu jalan raya. Bertemankan lampu neon sekitar jam 10 malam, aku sediakan peralatan memancing seorang diri.

Sambil melangut memandang joran kalau-kalau umpan diragut ikan, aku melihat-lihat sekitar taman tasik. Ada beberapa pasangan sedang berjalan atau berjoging. Ada beberapa mat motor menguji kuasa motorsikal dan keberanian (ego) masing-masing. Semakin malam menganjak ke larut malam, orang mulai berkurangan.

Tinggallah  aku berseorangan di tengah malam di tepi tasik. Air tasik tenang, dan masih bertemankan limpah neon kuning. Aku terlihat 3-4 orang anak muda dalam awal 20-an umurnya, mereka berjalan kaki di jalan raya di bawah neon sambil bersembang rancak. Namun tidak lama kemudian, aku terdengar jeritan.

Aku bangun, tinggalkan pancing aku di tasik dan bergegas pergi ke jalan raya. Aku lihat beberapa orang anak muda tadi telah melarikan diri. Tinggal 2 orang anak muda di situ. Aku hampiri mereka. Salah seorang dari anak muda itu menjerit-jerit kesakitan, menggelupur, menepuk-nepuk tubuhnya sambil bertanya kawannya " Apa kamu buat kat aku ni?" berulang kali.

Aku tak percaya apa yang aku lihat. Tubuh anak muda itu seperti mereput dan menjadi kabus sedikit demi sedikit. Seorang anak muda lagi seperti sedang menyedut nafas dalam-dalam, menyedut kabus tubuh badan kawannya yang mereput. Sedikit demi sedikit tubuh kawannya itu disedut, dalam 10 minit, tubuh kawannya pun hilang. Kini tinggal kami berdua.

Aku hampiri anak muda itu. Aku bertanya, " kenapa kamu buat begitu?". Dia seperti baru lepas mendapat tenaga baru. Apabila aku tanya, wajahnya ada seperti rasa malu dan bersalah. Aku bertanya semula.

Dalam rasa bersalah, dia terangkan kepada aku. Katanya, dia terpaksa buat begitu. Dia telah terperangkap dengan seorang pengamal ilmu hitam. Dia pernah menderita kerana sakit, hampir mati. Dia didatangi seorang wanita untuk membantu mengubatinya. Wanita itu mengajarkannya satu ritual untuk kembalikan tenaga supaya dia dapat terus hidup. Dalam terpaksa, dia telah bersetuju. Tetapi ritual itu memerlukan korban...menyedut sari kehidupan orang lain.

Aku dapat rasakan ianya seperti kisah pontianak yang menghisap darah tetapi ritual itu lebih dahsyat! Ia menukarkan manusia menjadi wap kabus dan wap itu disedut sehingga manusia itu luluh dan hilang sepenuhnya.



(bersambung: seterusnya, bagaimana aku ikut anak muda itu mencari wanita sihir itu dan apa kesudahannya).





.

Thursday, August 6, 2015

Finale Mimpi .... dunia kacau

.

Finale cerita semalam...



Kelaparan dan kesejukkan menghalang aku dari rasa mengantuk. Ketakutan menjadikan mata aku tetap segar [amat jarang berlaku mimpi dalam mimpi apatah lagi tidur dalam tidur, tapi aku pernah alami mimpi dalam mimpi 2-3 kali seumur hidup dan salah satunya ada aku ceritakan dalam entri dulu-dulu. Ini bermaksud mimpi dalam mimpi itu boleh berlaku]. Aku bangun dan keluar dari bilik itu. Aku cari dari tingkat mana jejantas ke bangunan di atas bukit itu bersambung dengan bangunan ini. Rupa-rupanya di tingkat teratas.

Kenapa aku hendak pergi ke sana? Sebab aku lihat ada ramai orang di bangunan di atas bukit itu, mungkin di sana ada makanan. Aku pun rentas jejantas itu. Lebarnya dalam 5 kaki sahaja tetapi berbumbung. Aku lihat bangunan di atas bukit itu bukannya sempurna, maksudnya ia seperti bangunan yang belum siap. Masih ada tiang dengan besi terdedah, ada bahagian yang belum berdinding, ada juga yang hanya bingkai tingkap sahaja. Bila aku toleh ke bangunan yang kami huni tadi rupa-rupanya hampir sama! Kedua-dua bangunan itu menggunakan struktur besi keluli manakala dindingnya daripada batu bata.

Masih banyak tingkat yang atas-atas itu belum siap. Masih hanya struktur besi keluli yang terdedah tanpa lantai dan dinding. Aku dapat lihat beberapa orang bergerak dari bilik ke bilik atau tingkat ke tingkat dengan memanjat atau melompat dari tiang atau gelegar  besi ke tiang atau gelegar besi yang lain. Aku juga nampak tali kabel keluli dan paip berjuntaian. Ada diantara mereka yang bergayut dan berhayun menggunakan kabel itu untuk ke tingkat lain. Ngeri sungguh aksi mereka, lebih-lebih bila berada di tingkat tinggi sebegitu.

Aku sampai ke hujung jejantas. Di depan aku ada satu ruang besar tanpa dinding seperti kantin. Ada meja keluli tahan karat yang panjang, seperti yang biasa kita jumpa di kantin atau dewan makan. Aku lihat ada agak ramai juga orang sedang duduk makan. Di salah satu sudut ada beberapa orang sedang menceduk makanan dari besen-besen besar untuk diberikan kepada orang-orang yang sedang beratur. Aku pun ikut beratur untuk mengambil makanan.

Aku capai piring leper diperbuat daripada besi. Orang tersebut meletakkan sesudu makanan yang lembik seperti kentang lecek tetapi bukan kentang, ia seperti bubur Assyura yang pekat/kental, ada bijirin dan kekacang. Tak banyak, dia letak sesenduk kecil seperti satu-dua  scoop ais krim sahaja. Belum sempat aku berjalan untuk duduk di meja makan, aku dah habiskan separuh makanan dalam 2 suap sahaja! Sangat sedikit.

Kemudian aku teringatkan mama dan adik ipar yang menunggu aku dalam kelaparan. Serba salah aku jadinya kerana makanan hanya tinggal sesuap... untuk berdua adalah tidak mungkin. Aku putus akal. Aku rasa mahu menangis bila teringat mereka masih lapar. Jadi, aku masuk semula barisan untuk mengambil makanan. Ketika sampai di tempat orang memberi makanan itu, aku di halang oleh dua lelaki yang memegang besi panjang, aku rasa mereka itu pengawal. Aku cakap aku mahu ambilkan makanan untuk dua orang lagi, maksudnya untuk mama dan adik ipar, tetapi tetap dihalang. Aku dibawa keluar barisan secara paksa. Tangan aku disentap keras manakala seorang lagi menolak aku dari belakang, hampir terjatuh aku.

Aku cakap aku mahu berjumpa dengan ketua di situ. Ada seorang lelaki Kaukasian berbadan sederhana tetapi tinggi, keluar dari bilik kaca. Dia bertanya. Aku kata aku bukan mahu ambil makanan untuk diri sendiri tetapi untuk aku bawa balik ke bilik untuk dua orang lagi. Puas aku merayu tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia suruh aku bawa mama dan adik ipar datang ke situ, ambil sendiri makanan. Alasannya, amat berbahaya untuk aku bawa makanan keluar kerana aku mungkin dirompak atau mungkin terbunuh kerana makanan menjadi rebutan di luar bangunan itu. Ok, aku faham.

Aku lihat piring besi, masih ada sedikit sisa tadi (yang aku sendiri belum kenyang tapi itulah sahaja makanan yang dikongsikan kepada semua). Aku kaut sisa sikit tadi dan aku masukkan ke dalam bungkusan plastik, akan aku bawa untuk mama dan adik ipar sebagai alas perut sebelum mereka datang ke kantin itu.

Aku berjalan ke jejantas. Pada kali ini aku lihat jejantas itu sudah buruk...lantai besinya sudah banyak yang tiada. Aku terpaksa meniti di atas rangka besinya sahaja. Sesampai di hujung, aku melompat ke tingkat yang hanya ada lantai tanpa ada dinding. Aku berpaut pada tiang besi. Aku lihat banyak juga tingkat yang melopong tanpa lantai simen.

Tiba-tiba aku terdengar suara seorang lelaki menjerit meminta tolong. Aku lihat lelaki itu di tingkat bawah aku, aku dapat lihat sebab berlubang tak bersimen. Lelaki kurus separuh umur itu menjerit kepada seorang budak lelaki berumur sekitar 7-8 tahun yang berada di tingkat sama tetapi jauh di hadapan terpisah, aku dan lelaki itu tidak dapat pergi kerana ada banyak lantai yang tak bersimen di antara kami dan budak itu. Bangunan itu seperti belum siap atau mungkin rantainya runtuh akibat letupan, begitulah keadaannya.

Budak lelaki itu sedang memegang sesuatu, seperti selinder besi berwarna hijau tua. Dia sedang bermain-main dengan besi selinder itu. Lelaki tadi, yang aku rasa itu mungkin ayah budak itu, menyuruh anaknya berhenti bermain dan buangkan besi itu jauh-jauh, tapi tidak diendahkan. Budak itu leka bermain seperti baru mendapat barang mainan yang baharu. Lelaki itu terus meminta tolong, dia panik, tapi aku tak mampu pergi ke sana.

Kemudian aku terlihat seorang lelaki sedang melompat dari tiang ke tiang, dari lantai ke lantai dan kadang-kadang bergayutan pada kabel keluli seperti tarzan. Aku cam lelaki itu. Dia adalah ketua yang aku berjumpa di kantin tadi. Dia terus berhayun dan melompat ke lantai budak lelaki tadi. Dengan tangkas dia rampas selinder besi itu lalu cucukkan sejenis pin. Dia lega tetapi budak lelaki itu terpinga-pinga, tak tahu apa yang bahayanya. Aku syak selinder besi itu adalah sejenis bom. Budak lelaki itu mungkin telah terjumpa bom itu di celah-celah runtuhan bangunan.

Serta-merta aku dapat rasakan bahawa dunia ketika itu menjadi seperti itu kerana peperangan besar. Akibatnya, dunia jadi kacau bilau, jadi sakit. Makanan terhad. Cuaca jadi tak menentu. Akibat terdesak, nilai-nilai kemanusian telah berubah. Nafsi-nafsi. Manusia dan haiwan tak jauh bezanya...untuk survival, untuk terus hidup. Tapi, apalah gunanya hidup dalam dunia seperti itu? Kalaulah mati itu tidak menyakitkan, aku rasa mungkin ramai yang memilih untuk mati daripada terus hidup di situ.



Mimpi aku berakhir di situ sahaja. Namun banyak persoalan masih belum berjawab...



.

Wednesday, August 5, 2015

Sambungan #2 Mimpi ..... kemanusiaan

.

Sambungan cerita semalam...



Setelah beberapa jam berjalan di dalam angin kencang dan sejuk itu, di hujung jalan beraspal compang-camping ada pekan kecil tetapi bangunan-bangunannya tinggi juga. Ada yang sampai berbelas tingkat tapi kesemua bangunan seperti bangunan tinggal. Tingkap-tingkap kaca pecah, catnya  kusam dan kotor, kertas bertaburan di tiup angin, langsir terkoyak, ada beberapa tingkat dengan kesan terbakar. Di jalan-jalan pula sampah bertaburan, kereta berkarat remuk dan terbalik, malah ada yang sudah hangus.

Setibanya di lokasi itu, aku lihat manusia berlari-lari masuk keluar kedai dan pasaraya, menjarah barang-barang yang boleh diguna. Mereka berpakaian seperti pengemis di bandar-bandar Eropah... berbaju lusuh dan berlapis-lapis, mungkin menahan sejuk.

Salah satu babak yang aku ingat jelas ialah ketika kami lalu di lorong di celah bangunan, ada sebuah pasaraya yang sedang dijarah. Di kaki limanya ada rak empat segi yang dipenuhi selipar, sandal dan kasut wanita. Aku suruh mama dan adik ipar rebut, malangnya tak ada yang sesuai. Aku lihat orang bertolak-tolak masuk keluar pasaraya itu, berebutkan makanan dalam tin dan bahanapi. Ada yang bergaduh dan pukul memukul kerana barang amat sedikit.

Kami teruskan berjalan, bertiga sahaja. Kumpulan yang sama-sama datang tadi entah hilang ke mana. Mungkin ikut sama menjarah barang-barang agaknya. Akhirnya kami sampai di depan sebuah bangunan yang tinggi berbelas tingkat. Mungkin bangunan pejabat perniagaan. Di belakangnya ada bukit yang tinggi, hampir sama tinggi dengan bangunan itu. Ada bangunan juga di atas bukit itu dan ada jejantas yang menyambungkan kedua-dua bangunan itu.

Kami masuk ke dalam bangunan itu. Kertas berselerak. Di satu sudut di ruang legar yang berselerak itu ada timbunan kayu dan perabot yang telah dibakar, mungkin sebagai unggun api pemanas badan. Tiada elektrik. Lampu pecah. Lantai kotor. Aku perlu cari tempat yang selamat dan sentosa untuk bermalam, tidak ditampar angin sejuk, tidak dilihat orang yang berhati busuk. Hari telah senja. Kami naik ke tingkat atas dengan tangga. Berhati-hati kami melangkah kerana takut ada penghuni yang ganas dan teritorial, kami pula yang diserang. Kami tak ada senjata apa-apa. Setingkat demi setingkat kami naik. Bilik-bilik di sepanjang koridor itu seperti ada penghuninya. Pintu tertutup atau ada suara yang keluar dari balik pintu. Kami tak berani masuk. Kami cari lagi.

lebih kurang di tingkat 10-11, akhirnya kami jumpa satu bilik dihujung koridor. Itu mungkin bilik pejabat kerana ada meja dan kerusi pejabat. Kami ketepikan semuanya, kami susun kertas di atas lantai sebagai alas untuk berbaring. Kami terasa lapar...terasa haus. Kami jengah keluar pintu, ada bilik seperti pantri, ada sinki di situ tapi airnya hanya menitis. Kami tadah untuk minum. Haus hilang tapi kami lapar dan kesejukkan. Kami kembali masuk ke bilik pejabat. Kami duduk berpelukkan untuk menghangatkan badan, kami letih jadi kami berbaring pula, berhimpit bertiga...(adegan seterusnya dipotong, tak lulus siaran).

Beberapa jam selepas itu, pintu bilik kami dikuak perlahan. Kami gugup, takut. Kemudian muncul satu kelibat wanita tua sambil membawa sebungkus plastik. Aku bangun dan ambil plastik itu dalam keadaan menggigil. Wanita itu kata dia tinggal selang dua pintu dan dia tahu kami baru sampai ke situ. Di dalam plastik itu ada beberapa tin makanan segera dan bahanapi untuk membuat unggun. Sepanjang malam itu kami tidur-tidur ayam, takut jika diserang atau dirompak.



(sambung lagi...)



.

Tuesday, August 4, 2015

Sambungan Mimpi.... tamadun manusia berakhir...

.

Sambung semalam...



Kami (aku, mama dan adik ipar) terus berjalan merentas denai hutan mengikut beberapa orang dari kumpulan pertama yang selamatkan kami dari anjing-anjing liar tadi. Di atas kepala langit tetap hitam, mendungnya tak beranjak, angin meniup asap tebal. Berdengung  bunyi angin merempuh semua. Puas kami berjalan dan tersadung kerana cahaya amat kelam. Mata dan telinga kami sentiasa mengawasi bunyi-bunyi yang pelik... takut-takut ada binatang buas datang menyerang.

Aku bertanya kepada ketua kumpulan, kenapa anjing-anjing tadi nampak sungguh ganas? Dia jawab kerana kelaparan, sumber makanan amat terhad. Aku bertanya lagi, siapa manusia yang merompak tadi? Dia jawab lagi, sekumpulan manusia yang terdesak untuk terus hidup. Jawapannya jadikan aku lebih termenung, berfikir apakah sebenarnya yang telah berlaku di dunia.

Perasankan aku terdiam sepeerti tidak faham, dia sambung ceritanya. Katanya, ada banyak kumpulan-kumpulan manusia yang terdesak. Ada yang lebih ganas daripada tadi hingga sanggup membunuh. Mereka ada senjata api. Semuanya gara-gara sumber yang telah terhad [dalam mimpi, dialog tidaklah tersusun begini, hanya dua tiga patah perkataan tetapi kita dapat faham keseluruhan maksud. Kadang-kadang tiada dialog pun tetapi kita boleh faham setelah melihat situasi itu].

Aku diamkan sahaja. Dalam hati aku berfikir, mungkin inilah yang terjadi kalau dunia jadi kacau. Tamadun manusia akan terhakis sehingga tiada bezanya manusia dan anjing-anjing liar tadi. Kedua-duanya hidup hanya untuk mencari makan dan tempat berlindung.

Setelah separuh hari berjalan dan bersembunyi, kami temui sebatang jalan raya yang compang-camping, berlopak-lopak, aspal terbungkas, tanah terpugar. Di kanan kiri jalan itu masih ada semak-samun yang layu dan kering. Jalan berkelok-kelok itu menuju ke kawasan bukit. Aku rasa macam pernah lihat jalan begitu tetapi lupa di mana. Mungkin seperti jalan Selandar-Nyalas melalui jalan kampung.

Ketua itu kata, jalan itu menuju ke sebuah pekan kecil di kawasan berbukit di depan sana. Dia kata mungkin ada banyak makanan dan pakaian di pekan nanti. Mungkin ada pasaraya atau kedai yang masih ada bekalan itu untuk dipecah-masuk. Pakaian? Oh, tiba-tiba aku rasa sejuk. Ya, bukan nyaman tetapi sejuk. Cuaca sungguh sejuk seperti tinggal di negara asing. Suhu sekitar 10 -20 Celcius. Kami perlukan pakaian. Dan barulah terasa perut tersangat lapar bila kesejukkan.

Serta-merta aku teringatkan makanan dan pakaian. Aku perlukannya untuk mama dan adik ipar juga. Tiba-tiba sahaja situasi menjadi terlalu mendesak. Tiada apa yang aku boleh fikirkan selain daripada hilangkan lapar dan menghangatkan badan. Sungguh-sungguh mendesak sehinggakan aku mahu menangkap gagak-gagak yang terbang di langit untuk dimakan. Aku juga perlukan api untuk hangatkan badan. Baju kami nipis sedangkan angin terus bertiup kencang. Kami berjalan dalam keadaan menggigil.



(sambung...)





.

Monday, August 3, 2015

Mimpi ... hancurnya tamadun manusia

.

Ini mimpi malam kelmarin...



Aku buka pintu papan sebuah rumah yang entah di mana lokasinya. Di luar angin bertiup kencang menerbangkan debu-sampah. Pokok-pokok melintuk-liuk dirempuh angin. Setelah melangkah ke luar, aku toleh ke belakang. Rumah papan setingkat  usang itu hampir roboh ditiup angin. Langit mendung, guruh kedengaran tetapi tiada kilat dan tiada rintik hujan. Langit dipenuhi asap tebal, suasana  samar dan kelam. Tiada cahaya matahari yang berjaya menembusi awan menjadikan penglihatan aku seperti tiada warna. Aku hairan...dimanakah aku? Kenapa langit dan bumi jadi begitu?

Aku ajak Mama dan adik ipar aku keluar cepat-cepat. Mereka merasakan di dalam rumah itu lebih selamat namun melihat kepada keadaan rumah papan itu, aku rasa berada di luar rumah lebih selamat. Kami berjalan memasuki ladang getah yang tidak terurus lagi, banyak anak pokok liar telah sama besar dengan pokok getah, tak bertebang. Kami berjalan di lorong kecil tanpa tujuan. Kesan tiupan angin agak kurang bila berada di dalam ladang itu. Tidak berapa jauh di perut ladang, aku terlihat kelibat-kelibat manusia sedang susup-sasap di celah-celah pokok renek dan getah tua. Aku berhenti berjalan.

Seperti ada sesuatu yang tidak kena di situ. Dalam kelam itu, aku ternampak beberapa ekor anjing yang besar, mungkin juga serigala, sedang mengejar ke arah kami. Kami pun berlari sepantas yang boleh tapi terlalu banyak anak pokok yang menghalang kaki. Suara anjing-anjing buas itu kedengaran semakin hampir di belakang. Tiba-tiba ada beberapa orang memintas di antara kami dan anjing-anjing tadi, ada senjata di tangan mereka. Anjing-anjing itu berhenti dari mengejar. Kami juga berhenti untuk melihat. Aku cuba memahami situasi yang aneh itu.

Anjing-anjing itu menderam mengangkat bibir menunjuk taring. Air liurnya menjejes. Matanya sungguh garang. Orang-orang yang bersenjatakan besi dan kayu itu mengacah-acah anjing-anjing. Kami terpaku tak bergerak. Kedua-dua pihak tak beranjak, maka berlaku perkelahian antara anjing dan manusia. Akhirnya, anjing-anjing itu larikan diri masuk ke dalam semak samun.

Kemudian, ketua kumpulan itu mendekati kami. Dia ajak kami ikut dia atau mati dibaham anjing-anjing liar. Kami turuti kerana tiada pilihan yang lebih baik. Berapa lama selepas itu, kami diserang hendap oleh kumpulan manusia yang lain di hutan itu. Tidaklah sampai berbunuhan, aku lihat mereka lebih kepada merompak bekalan makanan dan pakaian sahaja. Sepantas mereka menerpa, sepantas itulah menreka menghilang. Aku hairan, apakah yang sedang berlaku? Dalam hati aku ada soalan-soalan yang tiada berjawab... dimanakah aku? Kenapa langit dan bumi jadi begitu?



(bersambung...)



.

Friday, July 4, 2014

Mimpi aneh di bulan Ramadhan....

.

Seronok bermimpi di bulan Ramadhan ni...maklumlah, setan tak kacau masuk mimpi....haha.

Malam semalam mimpi lagi tapi pada kali itu aku tak solat sunat untuknya. Suasana mimpi itu di kampung aku...kampung yang ada sawah padi, parit, kepok padi, ayam, reban dsb... Dalam banyak-banyak babak, aku hanya ingat 2 babak sahaja...


Satu.
Aku, Arif dan seorang anak jiran yang sebaya dengan aku, kami berbasikal dari surau menuju ke sebuah kepok padi di belakang rumah. Kepok itu berdinding papan dan berbumbung zink tanpa siling. Kami ke situ sebab mahu melihat burung merpati yang sering lepak di situ. Apabila kami buka pintu kepok, aku lihat ada beberapa ekor burung merpati sedang bertenggek di atas bendul (?), yakni kayu 2"x4" yang terletak di bahagian atas dinding dan di atasnya adalah bumbung. Oleh kerana tiada siling, ada ruang diantara dinding dan bumbung....dan merpati lepak di situ.

Kawan aku itu panjat guni padi dan cuba mencapai burung merpati yang ada. Dia ajak aku panjat. Aku lihat ada banyak sarang merpati di atas bendul (?) itu dan ada telurnya juga! Aku tanya Ariff, hendak telur atau tak...Ariff nak. Aku tengok telur merpati itu besar dan berwarna kuning...seperti telur ayam. Plop! Serta merta merpati semuanya jadi ayam. Ya, itulah indahnya mimpi...aku boleh tukar merpati jadi ayam sebab nak sesuaikan dengan saiz dan warna telur tadi.

Bukan itu sahaja, apabila Ariff pun panjat naik, beberapa ekor ayam pun 'puff..!' Jadi ayam goreng KFC yang masih panas! Aku suruh Ariff berhati-hati mengambil ayam goreng itu kerana panas. Manakala aku pula kutip beberapa biji telur ...ada yang mentah dan ada yang sudah jadi telur rebus!



Dua.
Kami berbasikal di jalan kampung yang hanya batu kelikir dan di tepi jalan itu ada parit untuk mengairi sawah padi. Aku lihat ada seorang lelaki sedang gewang (memancing ikan haruan secara casting guna umpan katak). Ketika umpannya meluncur diatas air dan rumput benta, seekor haruan menyambar umpan lalu ditariknya ke bawah rumput benta...tersangkut di bawah air. Lelaki itu pun turun ke dalam parit. Dia seluk rumput benta, ikan haruan meronta-ronta.

Rontaan itu semakin kuat dan ganas. Lelaki itu hampir tak terkawal. Dia balut ikan itu dengan rumput benta...salah satu teknik untuk tak mahu ikan terlepas. Tapi balutan itu besar! Dengan susah payah dia peluk dan bawa naik ke atas jalan. Bila dia rungkaikan gumpalan rumput benta itu, aku lihat ada bentuk seorang gadis memakai blaus dan gaun hitam...bila gadis itu bangun, aku lihat dia berbangsa Afrika atau India...berkulit gelap dan berambut panjang melepasi bahu. Tiba-tiba jiran aku menjerit, "eh...itu ex-awek aku...!" Aku tercengang...! Sejak bila kawan aku ada pen pal?...

Aahhh...! Hanya mimpi....





.

Tuesday, July 1, 2014

Berkomunikasi dengan makhluk halus di puncak gunung...

.

Malam semalam aku terlewat bangun sahur. Aku terjaga dalam pukul 5 am. Itu gara-gara aku bermimpi.



Aku rasa suasana pada ketika itu masih di kolej kerana watak-watak dalam mimpi itu ramai kawan- kawan kolej. Tapi ada seorang dua watak kawan sekampung yang bukan di kolej serta beberapa orang dari kaum Cina dan India yang aku tak kenal.

Kami berada di sebuah kelas yang terletak di Perak, aku rasa berdekatan Simpang Pulai dan kolej itu dibina di pinggir hutan gunung. Suasana riuh, masing-masing buka cerita dengan kumpulan masing-masing. Aku pun sama. Kemudian seorang kawan buka mulut, mengajak kami memanjat gunung.

Kami setuju. Pada hujung minggu itu kami berempat (dayaque, chasiman dan faisal) naik ke kawasan gunung berdekatan yang aku rasa seperti Cameron Highland TAPI gunungnya seperti Gunung Kinabalu, yakni berbatu pejal dan strukturnya agak tegak ke atas.

Laluannya berbatu pejal, bersusun berlapis-lapis seperti sisik naga. Laluannya tidak curam, malah laluannya lebar seperti kaki lima tetapi berliku, basah dan berlumut. Basah kerana ada banyak mata air keluar dari tebing batu. Apabila telah hampir ke puncak, laluannya melalui sebuah mulut gua yang besar tapi itu bukan gua. Bayangkan seperti berjalan diantara dua tebing batu granit yang tegak beberapa puluh kaki hingga cahaya matahari terlindung. Di satu sisi aku nampak hutan pamah jauh di bawah manakala satu sisi lagi adalah batu pejal. Laluannya lebar dan tak curam tapi licin dan berlumut.

Ketika di puncak itulah aku berasa tak sedap hati. Aku rasa di situ ada banyak makhluk halus tapi kawan-kawan aku kata usah risau. Lagi pun bukan kami berempat saja. Ada ramai pengunjung lain yang sama-sama beriadah mendaki gunung itu. Aku jumpa serangga dan binatang pelik-pelik. Yang masih ingat ialah binatang seperti sepah bulan atau slug sebesar tapak tangan sepanjang satu kaki.

Oleh kerana sudah senja, kawan aku ajak bermalam di situ. Aku keberatan kerana aku tak nak serangga macam sepah bulan besar itu memanjat tubuh aku ketika tidur. Tapi kawan aku berikan sleeping bag. Aku lega. Aku masuk ke dalamnya dan aku zip separas dada. Tapi aku tak dapat tidur kerana aku rasa ada makhluk halus cuba berkomunikasi dengan aku tapi aku tak dapat faham. Aku tak nampak mereka tapi aku dapat rasakan mereka itu sudah hidup lama. Malah aku juga dapat rasakan kehadiran ruh-ruh orang lama sezaman Empayar Melaka tapi aku tak nampak. Aku cuma nampak seperti layangan bayang-bayang pada dinding batu pejal bila disuluh cahaya unggun api.

Mereka cuba memberitahu aku sesuatu yang aku tak faham tapi aku rasa ianya berkaitan kawasan larangan dan tempat seperti harta tersimpan. Setelah subuh, kami pun bergerak turun. Laluan turun itu ada jeram sungai yang berbatu. Beberapa orang pengunjung dan pelancong turun dengam cara menggelungsur di jeram itu tapi aku tak mahu. Terasa bahayanya. Separuh perjalanan turun, aku berehat dahulu dan di situ aku ternampak satu lubang di dalam batu pejal di lantai laluan tapi tertutup dengan pelepah-pelepah bertam atau rumbia yang sudah kering. Tiba-tiba aku teringatkan makhluk halus malam tadi dan aku rasa ada sesuatu di dalam lubang atau lopak batu itu.

Aku berhenti agak lama sehinggakan kawan-kawan aku telah jauh meninggalkan aku sendirian. Aku cekalkan hati, aku selak pelepah kering itu. Aku turun masuk ke dalam lopak atau lubang batu yang tidak dalam tapi lebar. Aku tak jumpa apa-apa kecuali seekor ular kapak. Aku bingkas keluar dari situ. Aku tak mahu ganggu ular itu.

Aku keseorangan. Kemudian aku sedar bahawa telefon bimbit aku telah tertinggal di tempat tidur malam tadi. Terasa malas sungguh hendak berpatah balik seorang diri. Aku tunggu agak lama akhirnya aku bertemu dua orang kawan (Sepa dan Jawe) sedang turun ke arah aku dari puncak. Aku pujuk-pujuk akhirnya mereka setuju untuk temani aku berpatah balik untuk mengambil telefon bimbit aku yang tertinggal di atas sana.

Aku tak pergi ambil sebab aku terjaga. Kalau tidak, dua kali penatnya aku bermimpi malam semalam...






.

Tuesday, February 25, 2014

Bercakap dengan Jin


.


Entah semilir apa yang bertiup, arah mana dan hendak ke mana perginya, aku tak pasti. Sekonyong-konyong aku terbang ke daerah itu dari langit kelabu, daerah yang aku rasakan seperti aku tahu tetapi tidak  secocok dengan suasana di situ...suasana lama.

Di sebuah rumah papan beratapkan zink berkarat dan sisir-sisir dedaun rumbia sebahagiannya, seorang perempuan sedang keluar dari pintu dapur, melangkah bendul sambil menatang cicipan petang bersama-sama sekoleh air minum. Seorang budak lelaki membontotinya. Segar bau kopi kampung menerbangkan seka nafsu ke lelangit siling rumah papan itu.

Namun sekilas anak mata aku bisa melihat ada sepasang kepulan asap kelabu sebesar buah kelapa berpusar-pusar seketika sesamanya sebelum naik dan hilang di belakang perempuan itu. Aku lihat, aku nampak tetapi aku biarkan. Asap dari dapur barangkali, itu telahan aku pada ketika itu. Lalu kami pun jamah rezeki pada petang itu.

Keesokkannya, ketika mahu ke dapur, aku berselisih lagi dengan sepasang kepulan asap itu yang berpusar-pusar terawang-awang separas pinggang dan bahu, pada kali itu di ruang tamu pula. Tidak seperti sebelumnya, pada kali ini sepintas lalu aku dapat meneka kalibat wajah lelaki dan wanita terbentuk secara tidak sempurna oleh asap kelabu itu. Sepintas sahaja dan kepulan asap itu pun menipis dan hilang ke lelangit siling.

Sudah dua kali, aku fikir, cukuplah itu. Lalu aku berjumpa dengan seorang tua di kampung itu. Seorang tua yang aku kira cukup masak dengan kisah-kisah ganjil seperti tadi. Yang aku kira boleh menerangkan maslahat sekurang-kurangnya, jika tidak dapat menolong pun. Paling tidak pun, dia sanggup berkongsi khawatir aku ini.

Kepadanya aku ceritakan kisah tentang sepasang kepulan asap yang seolah-olah menari dan berpusar-pusar sesama sendiri di rumah aku. Aku katakan juga yang aku seolah-olah dapat melihat sekilas wajah seorang lelaki dan seorang wanita. Aku katakan padanya, aku khawatir itu sepasang Jin yang datang mahu menumpang tinggal di teratak tua aku. Selain daripada penampakkan begitu, tiada gangguan lain yang berlaku pada aku sekeluarga. Lalu aku mengajaknya untuk datang melihat sendiri kejadian yang aneh itu.

Sesampai orang tua itu di rumah aku, segera dia membuka pintu rumah yang tak berselak. Seperti yang aku duga, kepulan-kepulan asap itu sedang bergentayangan di ruang tamu. Segera aku tunjukkan kepadanya.

 "Pada firasat aku, itu bukan dua...tapi nantilah dahulu." Katanya.

 Lalu orang tua itu hampiri kepulan asap itu. Aku dengar seperti mereka berbisik-bisik sesuatu. Pada kali ini, kepulan-kepulan asap kelabu itu tidak hilang seperti selalu.

 "Ohh... yang kamu lihat itu bukan dua tetapi sebenarnya jumlah mereka ada 70! Di rumah kamu ini ada 70 jin sedang bertandang. Mereka hanya menumpang."

Lalu orang tua itu memanggil aku dengan isyarat tangan untuk merapatinya. Aku pun hampirinya. Kemudian aku disuruh mengintai ke dalam kepulan asap itu. Apabila aku renung ke dalam kepulan asap itu, aku dapat melihat satu dunia yang lain, dunia yang asing. Kepulan-kepulan asap itu seolah-olah satu pintu ke dunia misteri, seperti satu koyakan fabrik ruang dan masa sebesar buah kelapa. Di dunia misteri itu, sekilas lalu aku sempat melihat sebuah perkampungan lama dengan rumah-rumah kayu beratapkan daun rumbia manakala penduduk-penduduk di situ sibuk berjalan ke sini-sana, seperti ada kera'ian. Agak ramai. Aku rasa betullah kata orang tua itu, jumlah mereka bukan dua tetapi 70 makhluk berbangsa Jin.

Walau pun aku tidak rasa mereka itu mahu mengganggu aku, namun aku tidak mahu mereka mengejutkan aku sekeluarga nanti. Lalu aku minta orang tua itu memberitahu agar kaum Jin itu berpindah dari rumah aku. Tapi aku tak pasti sama ada mereka akur untuk keluar atau tidak...

Mimpi malam minggu itu berakhir di situ sahaja...setakat ini tiada sambungannya.


.

Wednesday, February 12, 2014

Malam-malam di musim panas, tidur pun boleh berpeluh-peluh..

.

.... setelah aku tinggalkan mereka berdua di sebuah pusat membeli-belah di Johor, aku pun bergegas pulang semula ke Selangor.

Setibanya aku di Selangor, aku tuju ke sebuah kampung. Aku pandu keretaku memasuki jalan kampung yang sempit tetapi sudah elok beraspal, di kiri dan kanan ada parit kecil yang tohor airnya. Aku rentasi kebun-kebun kelapa sawit dan pisang sehinggalah aku sampai di simpang empat, tidak jauh dari rumah yang hendak aku kunjungi...rumah aku (rumah aku?).

Oleh kerana bahu jalan itu sempit, aku cari tempat yang sesuai untuk meletak kereta. Tiada. Betul-betul di simpang empat itu, ada sebuah bangunan papan yang agak usang, yang sebahagian daripada bangunan satu tingkat itu telah pun dinaiki Rumput Kapal Terbang sehingga ke bumbung zink.

Aku pandu kereta aku memasuki bangunan itu. Aku lihat bangunan itu adalah sebuah bengkel kerana aku lantai tanah liatnya sudah hitam dan berminyak pula. Aku nampak ada satu ruang seperti bilik tanpa pintu. Aku rasa ruang itu sesuai untuk kereta aku, lalu aku pandu dan letakkan kereta aku di situ.

Sebaik sahaja aku keluar dari kereta, tiba-tiba lantai di situ bergerak-gerak. Cepat-cepat aku melompat keluar dari ruang itu. Perlahan-lahan lantai itu mendap dan kereta aku pun turun ke bawah. Rupa-rupanya lantai itu sebenarnya ialah sebuah 'scissor lifter' - sejenis mesin angkat untuk mengangkat kereta.

Mungkin kerana mesin tersebut sudah usang, platform dan kereta aku itu telah jatuh ke bawah lubang pit yang dipenuhi air dan berminyak. Lubang itu agak besar dan aku rasa mesin angkat itu sebenarnya untuk lori atau bas.

Kereta aku terus jatuh ke bawah sehinggalah tenggelam dalam air. Malah aku sempat lihat kereta aku itu berpusing dan terbalik di dalam air sehinggakan bonet hadapannya terbuka manakala enjinnya tertanggal.

Aku panik! Aku terbayangkan berapa ribu ringgit duit aku akan hangus untuk memperbaikinya nanti. Aku cuba juga untuk mencari tali untuk menaikkan kereta aku tetapi aku tahu ianya adalah sia-sia kerana kereta aku itu berat.

Dalam aku kecoh-kecoh itu, beberapa orang pun datang. Salah seorang dari mereka itu ialah seorang perempuan berbadan agak gempal memakai T-Shirt berkolar dan berseluar jeans lusuh. Perempuan itu dan dua orang lelaki terjun ke dalam lubang itu lalu melihat keadaan kereta aku. Perempuan itu kata kereta aku masih boleh dibaiki, cuma enjinnya perlu di overhaul sepenuhnya.

Aku rasa perempuan mungkin berkerja atau pemilik bengkel itu. Jadi aku terus bertanya berapa lama masa yang diperlukan untuk membaikinya. Dia kata seminggu.

Serta-merta aku teringatkan dua orang yang aku telah tinggalkan di Johor tadi. Aku telah berjanji kepada mereka yang aku akan datang semula menjelang malam...untuk makan malam bersama-sama!

Aku kenang-kenangkan nasib aku itu. Kereta tenggelam dalam air dan tak dapat makan malam bersama-sama mereka pula.

Namun bila aku tenung lama-lama kereta aku yang masih berada di dalam air itu, aku teringatkan sesuatu....ya, sesuatu yang berlaku tidak lama dulu. Aku teringat bahawa beberapa minggu sebelum itu aku ada bermimpi bahawa kereta aku masuk ke dalam air!

Hah! Ya, tidak salah lagi. Aku ada bermimpi yang kereta aku akan masuk ke dalam air. Cuma dalam mimpi itu kereta aku masuk ke dalam parit sedangkan pada kali ini kereta aku masuk ke dalam lubang yang dipenuhi air. Tidak kisahlah, yang pastinya kereta aku tenggelam di dalam air.

Belum pun sempat aku melihat mereka naikkan kereta aku ke atas, jam loceng pun berdering dan aku pun bangun meluruskan kaki.




(Dan memang sebelum ini aku ada bermimpi kereta aku tenggelam di dalam air tapi aku tak sangka pula aku teringat tentang mimpi itu ketika aku di dalam mimpi yang ini.)




.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com