.
Berbudi pada tanah kan nampak hasilnya.
Suasana terang dan permai
Angin pagi mengalir lembut, sejuk
Segar memenuhi dada
Hijau saujana mata
Ciak, punai, terkukur mencicip padi
Belibis, reruak, kedidi mandi pagi
Merbah, tiong, kelicap melompat
Dari pokok pisang ke pokok cermai
Mengelak jerat bidas dan perekat bacang
Alangkah damainya...
Namun hati manusia yang menghuninya
gundah tak berperi, merenung langit lepas
memohon ehsan belas
Masih banyak yang belum mencukupi
Anak-anak bersekolah, sepatu berlubang
tak berganti, baju putih
kusam dek peluh lelah terik tengahari
Puyu, keli, pucuk ubi
Sajian hari demi hari
Keluh sang petani, memohon dimurahi rezeki.
.
Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts
Monday, December 18, 2017
Monday, March 7, 2016
Nazam buat Tuan Politik...
.
Ya tuan-tuan ahli politik
Hamba mau bertanya:
Berapa banyak dunia
yang tuan-tuan mahu teroka?
Bumi ini yang hamba tahu
hanya satu
Jika tuan-tuan mau ambil semua
hamba mau tinggal di mana?
Berapa banyak madah seloka
yang tuan-tuan sudah jaja?
Kononnya menjaja suara jelata
Katanya suara marhain buat dewata
Apakah benar itu suara dari hamba?
Seingat hamba itu bukan doanya
Hamba mahu kebenaran
Tuan-tuan sembunyikan jawapan
Hamba mahu kepastian
Tuan-tuan berdalih dengan alasan
Hamba mahu kejujuran
Tuan-tuan buang pertimbangan
Tuan-tuan mahu hamba percaya
Aduh....!
Bagaimana hamba boleh percaya?
Mana satu yang boleh dipercaya?
.
Ya tuan-tuan ahli politik
Hamba mau bertanya:
Berapa banyak dunia
yang tuan-tuan mahu teroka?
Bumi ini yang hamba tahu
hanya satu
Jika tuan-tuan mau ambil semua
hamba mau tinggal di mana?
Berapa banyak madah seloka
yang tuan-tuan sudah jaja?
Kononnya menjaja suara jelata
Katanya suara marhain buat dewata
Apakah benar itu suara dari hamba?
Seingat hamba itu bukan doanya
Hamba mahu kebenaran
Tuan-tuan sembunyikan jawapan
Hamba mahu kepastian
Tuan-tuan berdalih dengan alasan
Hamba mahu kejujuran
Tuan-tuan buang pertimbangan
Tuan-tuan mahu hamba percaya
Aduh....!
Bagaimana hamba boleh percaya?
Mana satu yang boleh dipercaya?
.
Labels:
puisi
Thursday, August 20, 2015
Sayonara ... good bye...
.
Selamat tinggal langit biru
Selamat tinggal awan kelabu
Jangan rindu aku
Kepada mega jingga pewaris senja
Aku ketuk daun jendela
Bukalah, jengahlah aku di luar
Bulan...
Aku akan menari denganmu
Memburu bintang-bintang
Yang menyangkut di tirai malam
Matahari...
Tidurlah kau berbantalkan mimpi
Nyenyaklah sampai siang hari
Aku akan pergi malam ini
Esok jangan aku kau cari.
.
Selamat tinggal langit biru
Selamat tinggal awan kelabu
Jangan rindu aku
Kepada mega jingga pewaris senja
Aku ketuk daun jendela
Bukalah, jengahlah aku di luar
Bulan...
Aku akan menari denganmu
Memburu bintang-bintang
Yang menyangkut di tirai malam
Matahari...
Tidurlah kau berbantalkan mimpi
Nyenyaklah sampai siang hari
Aku akan pergi malam ini
Esok jangan aku kau cari.
.
Labels:
puisi
Wednesday, September 24, 2014
Rontaan...
.
Merenung jauh, melihat bayang awan
Meneduh bumi, aku syak hujan nanti
Angin bertiup, bertitipkan pesan
Itu semua rupa-rupanya khayalan
Berdenyut nadi masih, degupan tak sekata dalam dada
Aku picit-picit dahi yang tak sakit, entahlah kenapa agaknya
Bergumpal rasa ada dalam dada, resah tanpa kata
Berdendam lagikah jiwa?
Tidak, aku doakan tidak
Cukuplah tahun-tahun kelam itu pergi
Persilakan bibit terang bersinar redup dalam hati
Siapa lagi jika bukan diri sendiri merawat hati?
Harapan entah ke mana perginya
Aku turutkan rasa dan naluri jiwa
Memandang mendung di kaki horizon
Kemudian petir menerangi dunia
Tofan kasar menerjah layar
Rabaklah ia, kolek ini beroleng
Namun naluri selalu berpesan
Segunung mana ombak, sekencang mana tofan
Itu biasa dalam mana-mana kehidupan
Berenang bila karam, berhanyut bila penat
Usah diharap pada keajaiban, jika ada ada, jika tiada tiada
Apalah diharap pada tubuh kolek semiskin ini
Sekadar menampung berat dosa sekelumit pahala tatkala berlayar pergi.

Wednesday, May 7, 2014
Penat menyongsong arus ...
.
Selamat malam, Malam...
aku tidur berulit mimpi
mimpi tentang camar
yang melintangi angin memintas awan
yang melayang songsang
yang terbang seorang
Selamat pagi, Siang...
tapi aku masih mahukan Malam
tolong berikanku Malam
.
Selamat malam, Malam...
aku tidur berulit mimpi
mimpi tentang camar
yang melintangi angin memintas awan
yang melayang songsang
yang terbang seorang
Selamat pagi, Siang...
tapi aku masih mahukan Malam
tolong berikanku Malam
.
Labels:
puisi
Friday, April 4, 2014
Selamat malam sahabat...
.
Beginilah rupanya hidup ini
bermula sepi berakhir pun sepi
malam-malam begini masih menatap diri
biasan dari cermin malam digamit dinihari
bayangan yang keluar dari balik mimpi
Aku meronta mencari dia
pemenuh segenap jiwa
namun dia memanggil dibalik rahsia
sirru as-rarr, pemilik mayapada
rahsia seni itu bisu sifatnya
aku lihat segala-galanya tapi bukan dia
Malam telah mengunci terang
terpenjaralah ia di sebalik dunia malang
tinggallah aku kini dengan jiwa tenang
aman menutup mata...menanti datang siang.
Selamat malam sahabat...
01:10 am

Friday, March 28, 2014
Puing-puing di laut selatan...
.
Malam tadi
aku pulang ke kampung untuk bercuti
sesampai pun sudah mau mampir dinihari
disapa sang pungguk, bersuara memecah sunyi
Aku dengar, aku hayati
mana tau dari celah suaranya aku mengerti
faham akan ceritanya...
tentang puing-puing di laut selatan
yang kelihatan tapi tak nampak
yang dikata ada tapi tak berjumpa
yang sungguh yakin tapi tak pasti di mana
yang sekejap timbul kemudian tenggelam.
Mungkin aku patut berikan saranan
kepada pungguk itu aku berpesan
pintalah tolong kepada si hud-hud
agar terbang melintas awan
mana tau tajam mata dari cakarnya
akan ketemui jua sisa-sisa itu bermain busa
pintalah si hud-hud khabarkan berita
kepada insan-insan pewaham
yang mungkin masih keliru akan kuasaNya.

Friday, February 7, 2014
Sepasang Camar dan mutiara...
.
Dari tebing tinggi laut itu aku lihat camar-camar terbang
Debur ombak berjurai rindu merenjis camar yang terbang sepasang
Gerigis batu tajam diselaputi suci putih ombak, maka tertutup malang
Sang camar berpasang itu pun selamat untuk terus berkasih sayang
Sekali itu ada pernah aku lihat mutiara indah memercik warna
Tapi kini mutiara itu hilang senyum, pudar di bawah timbunan dosa
Aku amat-amat berharap agar sang camar itu terbang membawa pahala
Dari langit biru turun ke tebing ini kepadaku, dapat aku renjis pada mutiara
Aku rindu untuk melihat ia kembali memercik warna
Kerana seksa aku ini melihat ia terus-terus dalam kecewa lara.
Tulis Hasri dalam diari...

Thursday, February 6, 2014
Semalam, itu semalam....
.
Jalan ceritanya serupa, derita lara juga.
Wataknya sama walau pelakonnya berbeza.
Buminya sama, latarnya serupa.
Bulan bintang pun sama, suram cahayanya.
Maka, bolehlah aku simpulkan ia hanyalah tayangan semula...
Tulis Hasri dalam diari bertarikh hari ini...

Wednesday, February 5, 2014
Demi meniti hari-hari yang berakhir...
.
Sebuah lagi cerita berlalu pergi, episod seterusnya pun menanti.
Entah bagaimana drama hidup nanti aku pun tak pasti.
Aku dengar ceritanya tidak berkurang pun lara,
masih padat dengan air mata berselang sedu tangis derita.
Musim itu nanti kemarau berdenting masih ada,
cuma mungkin rekah kontang berbeza keluk coraknya.
Aku dengar episod itu nanti amat mengharu.
Hati menjadi lebih bisu dalam pilu, akan lebih sendu.
Aku masih duduk di sini menyiksa diri,
bermenung memandang hidup ini bagaikan jasad hidup tetapi mati.
Bagaikan ada penjara ilusi yang mengikut ke mana-mana pun aku pergi.
Bagaikan jaga dalam mimpi.
Dalam meniti hari-hari akhir aku perlu berhati-hati.
Kisah sedih ini bagi aku penuh duka, penuh bererti.
Aku pasti selami dalam-dalam dan hayati.
Kisah tragis diri...episod peneman sepanjang hidup yang berbaki.

Friday, November 15, 2013
sesak sesak...
.
Getir.
Siapalah aku yang di ruang tanpa tempat
yang dalam terang masih terhijab
yang bertitik tanpa ternoktah
yang bersuara seperti bisu
Getir.
Aku hawatir kalau aku siapa-siapa
siapakah pula mereka?
.
Getir.
Siapalah aku yang di ruang tanpa tempat
yang dalam terang masih terhijab
yang bertitik tanpa ternoktah
yang bersuara seperti bisu
Getir.
Aku hawatir kalau aku siapa-siapa
siapakah pula mereka?
.
Labels:
puisi
Wednesday, November 13, 2013
Buluh yang songsang... pernah tarik buluh menyonsang?
.
Kerjanya menarik buluh songsang, bersangkut-sangkut.
Sekali terhiris semilu, lukanya dalam hati
tak siapa yang tahu.
Keluhan demi keluhan, rasa berbuku dalam dada
beratnya sungguh menyiksa.
Kalau inilah tika-tika perjalanan hidupnya,
musafir di dunia mencari karunia ada kadarnya,
cukup-cukup buat menopang belikat belakang.
Kalau begini payah bahu menggalas,
menyoroklah di lubang gua hindar perlu dunia,
segala-gala ada sedikit cuma.
Biar aku beri nasihat,
lemparkan sahaja buluh itu, berlepaslah...bebaslah hai sahabat.

Sunday, October 13, 2013
Kerana bulan...
.
Dia itu pergi dengan 1001 kisah, dari kisah sepatunya yang tak padan hinggalah kisah bulan yang enggan mengambang. Katanya bulan di Arafah cantik, tak seperti bulannya di sini.
Perginya dia itu membawa sekali cerita tentang aku yang masih berfikir ada berapakah bulan di langit bumi?
Katanya lagi, bukan kerana bulan itu lain-lain tetapi dari manakah kita melihat bulan itu.
Aku...yang masih bodoh...berfikir ada berapakah bumi di langit matahari?
Katanya pula, bukan dimana kita memandang bulan tetapi dari jiwa mana kita berada ketika memandang bulan...jiwa seorang hamba atau jiwa seorang yang lalai?
Dan aku dapati aku belum kenal diri aku sendiri...

Friday, October 4, 2013
Jangan kata aku...
.
... atau mungkin kau yang tersipu-sipu
malu menatap bayang-bayang wajahku
suluhan dari cerminan syahdu tasik rindu?
Bukan aku,
Bukan aku...
.
... atau mungkin kau yang tersipu-sipu
malu menatap bayang-bayang wajahku
suluhan dari cerminan syahdu tasik rindu?
Bukan aku,
Bukan aku...
.
Labels:
puisi
Sunday, July 28, 2013
Monolog malam sekuntum mawar merah
.
Malam ini sunyinya berbeza sekali
Degup jantungku berirama melati
Warnanya putih, bersih, tampak seri
Tapi kelopaknya pernah kucarik, kugentas
Kubuang disepanjang lorong itu
Tanpa wujud rasa sesal, malah
Derap kaki kurasa makin gagah.
Lalu kucari mawar merah
Kerana aku tahu dia ada di situ
Setiap langkahku, setiap pintu kuketuk
Sesiapa jengah kan terkulai layu
Melutut dikaki, merayu-rayu
Meminta belas, namun
Aku rentap bayang-bayang
Dari kujur-kujur tubuh terluka mereka
Dan kutaburkan kelopak mawar
Dikujur tubuh-tubuh kaku itu.
Langkah demi langkah kuhayun
Kelopak mawar merah jatuh bersusun
Disepanjang lorong jelek itu
Semakin banyak bayang-bayang mengekoriku
Memaut kaki, memaut hati mati
Sampai saatnya aku terfikir, sampai bila?
Hidup pincang fikiran begini
Sunyinya menyusun kenangan
Dalam kotak fikiran.
Cukuplah, aku sudah penat mengumpul mimpi
Asyik hilang disambar mentari pagi
Tiada ertinya untuk aku terus mencari
Jika jiwa tiada seri
Lantas aku putuskan
Tanpa perlu kujelaskan
Suatu pengakhiran
Diantara dua batang nesan.
Malam ini memang berbeza
Kerana aku serahkan kau sekuntum mawar merah
Nanti tolong kau cabut kelopaknya
Kau bacakan semulia-mulia bahasa
Dan taburkan di atas kujur tubuhku yang parah.

Sunday, July 14, 2013
kau, aku dan malam
.
Malam ini meriba aku
Dalam hangat dakap
Mimpi aku mahu lena
Empuknya tilam
Lembutnya gebar
Hanya sekelumit tinggal
Untuk hari esok
Aku mimpi kamu
Dalam antara sedar nyata
Seolah-olah bersama-sama masuk
Dalam kamar mimpiku
Beradu dalam ribaan malam
Di atas empuk tilam
Di bawah lembut gebar
Kita menanti fajar hari
Diam-diam...shhhh
Nanti momok datang
Menabur debu seram
Gigil kita takut
Nanti kita terlepas
Rahsia kehebatan malam ini
Warna-warna pelangi
Menghiasi dada malam
Kau aku bintang
Memandu musafir tersesat
Dalam rimba hidup
Atau gurun gersang
Kau aku dan malam
Bersatu jadi sebahagian alam.
.
Malam ini meriba aku
Dalam hangat dakap
Mimpi aku mahu lena
Empuknya tilam
Lembutnya gebar
Hanya sekelumit tinggal
Untuk hari esok
Aku mimpi kamu
Dalam antara sedar nyata
Seolah-olah bersama-sama masuk
Dalam kamar mimpiku
Beradu dalam ribaan malam
Di atas empuk tilam
Di bawah lembut gebar
Kita menanti fajar hari
Diam-diam...shhhh
Nanti momok datang
Menabur debu seram
Gigil kita takut
Nanti kita terlepas
Rahsia kehebatan malam ini
Warna-warna pelangi
Menghiasi dada malam
Kau aku bintang
Memandu musafir tersesat
Dalam rimba hidup
Atau gurun gersang
Kau aku dan malam
Bersatu jadi sebahagian alam.
.
Labels:
puisi
Monday, June 17, 2013
Aku .... kamu
.
Aku
mencari kamu
dan kamu
bersembunyi dibalik waktu
Kamu itu
mampu sirna dalam waktu
berkongsi rahsia tak mahu
labuhnya hijab ilmu
Cahaya
kamu itu wajah tak lekang usia
aku ini wajah dijamah tua
jadi debu akhirnya.
.
Aku
mencari kamu
dan kamu
bersembunyi dibalik waktu
Kamu itu
mampu sirna dalam waktu
berkongsi rahsia tak mahu
labuhnya hijab ilmu
Cahaya
kamu itu wajah tak lekang usia
aku ini wajah dijamah tua
jadi debu akhirnya.
.
Labels:
puisi
Saturday, June 15, 2013
Zaman macam ini...
.
Zaman macam ini, apa-apa pun boleh jadi.
Zaman sebelum ini pun sama juga tetapi sekurang-kurangnya asap kelabu tak macam sekarang.
Asap kelabu zaman sebelum ini masih tipis berbanding zaman sekarang ini.
Asap kelabu zaman ini terlalu pekat buat aku sehingga tak ternampak tapak tangan aku sendiri.
Biarpun aku gawang-gawangkan di depan mata, ira-ira tapak tangan aku berbalam-balam.
Sukar nak baca ira tapak tangan, lebih sukar lagi nak teka apa yang mungkin berlaku di depan.
Zaman macam ini, asap kelabu di depan merimaskan.
Tak nampak jalan, toleh ke belakang, sekejap saja jejak tapak hilang.
Ke depan tak nampak, kebelakang pun dah tak ada kesan.
Ke kanan, ke kiri pun sama sahaja.
Lemas, rimas dibuatnya.
Zaman macam ini, apa yang ada cuma apa yang masih melekat pada diri.
Jangan dilihat sangat ke depan, nanti terpaksa bina teka-teki.
Kalau asap kelabu dah pekat, jawapan teka-teki nanti akan jauh kesasar.
Apabila teka-teki tak berjawapan, hati akan bertambah gusar.
Zaman macam ini, semuanya semacam mimpi.
Sedar-sedar sahaja, macam-macam dah mati...

Thursday, February 21, 2013
Pagi-pagi tadi...
.
Pagi ini,
Aku sandang beg Targus di bahu kanan
Tersandang di hati pula bunga setaman
Kalau kemilau pagi memanah mata
terpanah pula aku dengan asmara
Pagi ini,
Aku isi gelas besi dengan air teh wangi
Terisi hati pula lazat gorengan kekasih hati
Pagi tadi dia melambai aku dan anak pergi
Rindu terus bercelapak mahu tatap wajahnya lagi
[tiada adegan seks terlibat, harap maklum]

Subscribe to:
Posts (Atom)