.
Kembara di sana selama 12 hari. Episod ke-12 ini, aku letakkan beberapa keping foto sebagai simpanan maya:
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Thursday, December 27, 2018
Wednesday, December 26, 2018
Ep. 11 Kembara di 2 Tanah Haram
.
Semasa di sana, aku ada terbaca satu mesej tentang bumi Arab yang kembali subur. Beberapa kawan maya pun minta aku tentu-sahihkan maklumat itu.
Semasa perjalanan ziarah ke sana-sini, mata aku memandang ke luar tingkap bas. Aku tenung jauh-jauh ke atas dataran berbatu, ke lurah-lurah bukit. Ya, memang aku dapati rumput-rumput hijau telah tumbuh dan mulai berbunga putih, dari lembah sehinggalah ke puncak gunung, asalkan ada tanah.
Langit juga berawan. Mungkin musim sejuk / tengkujuh hujung tahun, fikir aku. Apabila ditanyakan kepada pemandu bas (oleh ustaz yang pandai berbahasa Arab), dia berkata tidak pernah melihat keadaan sebegitu selama 40 tahun. Bermakna, kali terakhir ia melihat tanah menghijau sebegitu ialah 40 tahun dahulu.
Ada 2 perkara yang perlu diutarakan.
Pertama, kenyataan itu bermaksud tanah Arab telah berubah dari tandus kepada subur. Seperti yang digembar-gemburkan di media sosial, situasi begini menghampiri apa yang dikatakan sebagai tanda-tanda Kiamat (yakni apabila tanah Arab kembali subur).
Kedua, walau pun begitu, keadaan rumput menghijau dan tanah yang lembab pada masa ini bukanlah yang pertama kali kerana ia pernah berlaku kira-kira 40 tahun lalu (seperti yang diceritakan oleh pemandu bas). Oleh itu, fenomena tanah Arab menjadi subur sekarang ini bukanlah kes terpencil yang perlu dirisaukan.
Mana satukah yang benar?

Labels:
Umrah
Tuesday, December 25, 2018
Ep. 10 Kembara di 2 Tanah Haram
.
MENCARI RAUDHAH
Boleh dikatakan inilah antara dicari2 di Masjid Nabawi. Raudhah... Antara taman2 syurga.
Hari pertama di Madinah, dimalam kami sampai dari Mekah, kami terus mencari Raudhah dan ziarah Nabi SAW. Itulah kali pertama menjejak kaki masuk ke masjid. Ustaz terus ajak beratur ke Raudhah dan ziarah Nabi SAW sebab katanya tak manis kalau tangguh2 ziarah Nabi SAW sedangkan baginda sentiasa menunggu kunjungan umatnya.
Setelah beratur dalam 30minit, sampailah giliran kami masuk ke Raudhah itu dalam jam 10.30pm. Kawasan Raudhah ditandai dengan karpet berwarna hijau tua. Dapatlah bersolat dan berdoa dalam 15minit sebelum disuruh beredar untuk kumpulan seterusnya. Raudhah itu taman syurga tapi ketika di situ aku dapati bahagian jemaah wanita terlalu bising. Manakala di bahagian jemaah lelaki pula dengan adegan berebut dan tolak menolak. Tiada suasana aman, tenteram.
Selesai perkara utama, ustaz berikan petua kalau mahu dapat ihtikaf lebih lama di Raudhah. Katanya, mulai beratur jam 2.30pm dengan harapan kita masuk ke ruang Raudhah itu pada jam 3pm (Asar masuk jam 3.10pm). Kerana pada jam 3pm, ruangan Raudhah jemaah wanita akan dibuka untuk jemaah lelaki, manakala jemaah wanita akan disuruh beredar, sehinggalah selepas Isya'.
Apabila kawasan Raudhah jemaah wanita dibuka untuk lelaki, carilah saf yang berada di atas karpet hijau. Inshaallah, akan berada di situ sehingga Maghrib. Tapi perlu kekal berada di dalam saf. Jikalau keluar dari saf, polis akan suruh keluar.
Aku ikut petua ustaz itu. Syukur.

![]() |
| Corak karpet di Raudhah... |
.
Labels:
Umrah
Monday, December 24, 2018
Ep. 9 Kembara di 2 Tanah Haram
.
Ramai orang kata Madinah adalah tempat popular untuk membeli-belah dikalangan pengunjung. Seharusnya begitu kerana Madinah sudah terkenal dengan pusat perniagaan sejak zaman dulu lagi.
Mungkin jemaah Asia Tenggara yang suka membeli-belah agaknya, sehingga rata-rata peniaga mampu bertutur Bahasa Indonesia atau Bahasa Melayu. Tapi, jangan lupa pertemuan dengan Nabi SAW.
Mengunjungi Rasulullah
Walau pun makam Nabi SAW sentiasa dikawal polis, jemaah boleh mengunjungi baginda bila2 masa, 24/7, untuk mengucap salam dan rindu. Juga kepada Sy Abu Bakar dan Sy Umar.
Oleh kerana kami berkunjung bukan diwaktu puncak, kami bertanya beberapa soalan kepada polis yang bertugas. Bila polis itu tahu kami dari Malaysia, dia terus menjadi mesra.
Menurutnya, ada 4 lubang kubur di dalam rumah Nabi SAW itu.
Ditanya mana perginya Sy Uthman dan Sydt Aishah? Katanya, ruang bilik Nabi SAW tak cukup untuk mereka dan telah dikuburkan di makam Baqe', bersebelahan dengan Masjid Nabawi itu.
Sambung...

| Bulatan emas di kiri: Nabi SAW, di tengah: Sy Abu Bakar, di kanan: Sy Umar |
Oleh kerana kami berkunjung bukan diwaktu puncak, kami bertanya beberapa soalan kepada polis yang bertugas. Bila polis itu tahu kami dari Malaysia, dia terus menjadi mesra.
Menurutnya, ada 4 lubang kubur di dalam rumah Nabi SAW itu.
- Jasad Nabi SAW, dibaringkan di atas bahu kanan menghadap qiblat
- Jasad Sy Abu Bakar, dibaringkan di atas bahu kanan di belakang Nabi SAW, kepalanya separas dengan bahu Nabi SAW
- Jasad Sy Umar, dibaringkan di atas bahu kanan di belakang Sy Abu Bakar, kepalanya separas dengan bahu Sy Abu Bakar
- Lubang ke-4 dikosongkan hingga sekarang. Menurutnya, lubang itu untuk Imam Al-Mahdi nanti.
Ditanya mana perginya Sy Uthman dan Sydt Aishah? Katanya, ruang bilik Nabi SAW tak cukup untuk mereka dan telah dikuburkan di makam Baqe', bersebelahan dengan Masjid Nabawi itu.
Sambung...
.
Labels:
Umrah
Sunday, December 23, 2018
Ep. 8 Kembara di 2 Tanah Haram
.
Setelah 6 hari di kota Makkah, kami bergerak ke Madinah. Setelah lebih 7 jam, kami sampai ke Masjid Nabawi untuk solat. Cuaca sejuk, lebih kurang 18 darjah Celsius dan aku tak pakai setokin!
Terasa sejuk ke sum-sum tulang kaki apabila menjejak ke jubin dataran Masjid Nabawi. Malam itu itu aku tidur dengan hidung yang rengsa dek sejuk dan kering. Esok paginya, ada darah kering melekat dengan kahak pekat. Sinusitis mula datang. Baki hari di Madinah dipenuhi batuk selsema aku. Air Laban bercampur Sprite menjadi penawar perut agar tak melarat demam.
Madinah Al- Munawarah...memang seperti gelarannyam, 24 jam bermandikan cahaya. Antara agenda utama di sini: Raudhah, melawat Nabi SAW, perkuburan Baqe'.

| Payung belum berkembang |

Saturday, December 22, 2018
Ep. 7 Kembara di 2 Tanah Haram
Seterusnya...
Menyentuh rukun Yamani / Mengucup Hajar Aswad
Rata-rata yang bersesak-sesak di kedua-dua penjuru ini adalah jemaah dari India/Pakistan/Indonesia. Oleh itu, kita hanyalah dianjurkan hanya mengucup dari jauh jika tiada kelapangan. Manakala bagi jemaah wanita, sangat-sangat tidak digalakkan kerana menjaga aurat/kehormatan itu wajib berbanding sunnah mengucup Hajar Aswad, kecualilah ada ruang yang bersesuaian. Itulah pesan mutawif. Oleh kerana itu, aku tak bawa Mama ke situ.
Tiada masalah besar untuk menyentuh batu dinding Kaabah di penjuru rukun Yamani kerana tidak berapa ramai orang. Tapi, keadaan di Hajar Aswad sungguh sesak, malah sampai ada yang bergayutan pada Kiswah.
Perlu ada kawan untuk terjah ke Hajar Aswad. Seorang untuk membuat lorong untuk seorang lagi merapati Hajar Aswad. Kerjasama memang perlu. Sebelum itu, lihat dulu siapakah yang bersesak di Hajar Aswad. Jika jemaah dari India, masih boleh dirapati. Jika jemaah dari Pakistan / Pak Arab yang bertubuh besar / jemaah Indonesia yang datang secara berkumpulan, tangguhlah dahulu. Teruskanlah dengan tawaf sunat.
Buat solat Hajat minta rezeki dan dipermudahkan. Jika dilihat ada rezeki/kesempatan, lihat 'arus' manusia yang merapati Hajar Aswad. Biasanya jika diamati, akan terlihat semacam ada satu aliran masuk dan keluar. Ikutilah aliran itu, jangan dilawan dan banyakkan bersabar kerana ini semua rezeki. Biasanya jemaah lelaki datang ikut kiri Hajar Aswad, jemaah wanita datang ikut kanan. Sesiapa yang sudah mencium, dia keluar melalui jalan tengah.
Dalam berasak-asak itu, ada seorang Indonesia di depan aku. Dia merapati dinding Kaabah di sebelah kiri Hajar Aswad. Oleh itu aliran menjadi terhalang sekejap, lalu aku terus membongkok dan menolak kepalaku ke dalam Hajar Aswad. Untuk keluar, aku tolakkan kaki aku ke dinding Syazwran (kaki Kaabah). Kalau tidak, memang tak boleh keluar kerana jemaah akan sentiasa bersesak rapat.

Friday, December 21, 2018
Ep. 6 Kembara di 2 Tanah Haram
Seterusnya...
Bersolat di tempat Imam / berdoa di Multazam dan di pintu Kaabah
Ada 3 lokasi cabaran di sepanjang dinding bahagian pintu Kaabah: Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), pintu Kaabah, kawasan Imam bersolat).
Multazam dan kawasan berhampiran pintu Kaabah dikatakan antara tempat mustajab doa. Berdoa sambil berdiri tidak menjadi masalah besar untuk lelaki tetapi menjadi cabaran besar buat wanita kerana terpaksa bersesak2. Sayugia kaum wanita mesti ditemani/dihadangi oleh pasangan atau mahram ketika berdiri dan berdoa di situ.
Manakala bersolat di tempat Imam adalah cabaran besar kerana lokasi itu hanya beberapa kaki dari dinding Kaabah, sedangkan jemaah berpusu-pusu menerpa dinding Kaabah sampai bertolak2.
Caranya, pastikan ke situ berdua kerana salah seorang akan menjaga ruang untuk solat, kemudian bergilir untuk solat. Solat secara ringkas, lebihkan berdoa ketika sujud akhir.
Aku ke situ pada awal pagi sebelum azan Subuh pertama dilaungkan. Pada masa itu jemaah tak ramai tetapi tetap ada yang bergayut pada Kiswah di kawasan itu.
Masuk dengan tawaf sunat, semakin masuk ke lingkaran dalam pada tiap pusingan. Elok ikut kumpulan jemaah yang memakai Ihram kerana selepas mereka habis 7 pusingan, mereka akan keluar dari penjuru Hajar Aswad menuju ke pintu Saie. Mereka akan menjadi 'benteng' sementara. Ketika itu, aku selinap masuk ke kawasan Imam, kuak2 jemaah sikit dan terus solat. Biasanya, konsep 'siapa dulu, dia dapat' diguna-pakai di sana. Tapi janganlah sampai berjam2 tak berganjak. Orang lain pun nak juga. Lagi pun di sana, isi hati penting untuk dijaga. Berbaik2 dan tolong2 jemaah lain, Allah akan tolong kita pula.
Jika ada jemaah berdiri di tempat sujud, tunggu sebentar atau tolak dengan tangan. Mereka akan faham dan akan beralih sebentar. Lebih mudah jika ke situ berdua.

| Jubin coklat pada Syazwran menandakan tempat aku berdiri adalah tempat Imam |
![]() |
| Aku jaga Mama, cukup luas utk solat |
Sambung...
.
Labels:
Umrah
Thursday, December 20, 2018
Ep. 5... Kembara di 2 Tanah Haram
Cabaran pun bermula...
SOLAT DI HIJR ISMAIL
Hijr Ismail adalah sebahagian daripada binaan Kaabah. Berdoa dan bersolat di sini umpama beribadat di dalam Kaabah. Oleh sebab itulah ruang di Hijr Ismail memang sentiasa penuh dengan jemaah.
Ruang di depan berhampiran Kaabah penuh dengan jemaah berdiri berhimpit2 sambil berdoa dan meratap. Manakala ruang di belakang adalah tempat bersolat. Tapi ruang ini penuh dengan jemaah wanita dari India dan Pakistan duduk 'berkampung'. Amat payah untuk minta mereka berganjak.
Setiap solat waktu, ruang Hijr Ismail akan dikosongkan oleh polis untuk VVIP Arab bersolat. 15min sebelum waktu solat, ruang akan dihamparkan permaidani. VVIP akan diiring masuk. Imam juga akan melawat Hijr Ismail sebelum mengambil tempat imam berdekatan pintu Kaabah. Jemaah wanita memang tidak dibenarkan bersolat di kawasan dataran Kaabah.
Selepas solat waktu, VVIP akan keluar dan ketika inilah jemaah akan menyerbu masuk ke ruang Hijr Ismail. Jemaah yang berdekatan pintu pagar Hijr Ismail biasanya akan dapat masuk dahulu.
Inilah strateginya. Aku memilih waktu subuh. Sejam sebelum masuk waktu subuh, aku turun ke dataran dan buat tawaf sunat beberapa pusingan. Setiap pusingan, aku akan masuk ke trek dalam. Sehinggalah kira2 10 minit sebelum azan Subuh, pastikan berada di kawasan pintu pagar Hijr Ismail. Buat saf cepat2 sebelum jemaah lain menyelit. Buat solat sunat sentiasa, jika tidak, polis akan suruh teruskan tawaf. Dia takkan bagi kita berhenti kerana ganggu aliran tawaf. Kecuali kalau bersolat.
Selepas azan Subuh dan sementara tunggu iqamah, buat solat qobliah dan sunat lagi. Jangan berhenti sehinggalah usai solat subuh. Selepas VVIP keluar, cepat2 hampiri pintu pagar. Dinasihati untuk masuk dan susuri dinding Hijr Ismail hingga ke belakang kerana ruang belakang lebih selesa untuk bersolat. Solat sunat secara ringkas kerana jemaah lain pasti menunggu kita. Tapi lamakan disujud terakhir kerana ketika itulah kita berdoa.
Ruang untuk aku bersolat tidaklah besar kerana bersesak2. Lebih kecil daripada sekajang sejadah. Malah kadang2 ada yang berdiri di tempat aku sujud. Tak mengapa, ketika mahu rukuk atau sujud, tolaklah orang itu. Itu biasa dibuat. Mereka faham. Dan jika terlalu bersesak, eloklah jangan sujud ke lantai tapi sekadar gerakan isyarat seperti solat darurat secara duduk. Kerana dikhuatiri orang terpijak tengkuk kita dan boleh pengsan... atau maut.

| Bersolat sunat 2x2 rakaat di Hijr Ismail |

Wednesday, December 19, 2018
Ep. 4 Kembara di 2 Tanah Haram
.
Pengajaran dari Tawaf
Pada kali pertama Tawaf, aku merasa pinggang dan kaki aku sangat sakit. Kalau boleh mahu duduk berehat sebentar. Tapi tak boleh sebab Mama dan Mak Mertua memegang aku di belakang. Mahu tidak mahu, terpaksa diteruskan. Aku dapati jemaah lelaki baik wanita selamba sahaja bersesak/menolak, lebih-lebih lagi jemaah yang datang berkumpulan (biasanya dari Indonesia/India/Turkey).
Pada Tawaf kedua (sunat), aku ubah taktik dan pada kali ini pinggang aku tak sakit sangat. Apa yang aku ubah? Aku tak keraskan badan jika ditolak. Malah aku akan ikut hayunan gelombang tolakkan itu. Pinggang menjadi sakit kerana aku kerap menahan tolakkan dari belakang. Akibat terlalu kerap menahan, otot pinggang aku sengal dan kejang.
Sedangkan jika aku biarkan badan aku terhayun sama dengan 'badai' tolakkan, aku kurang mengeraskan otot pinggang. Hasilnya, pinggang aku kurang sakit. Ini sama dengan konsep Tai chi.
Kalau nak lebih selesa jika Tawaf bersendirian atau berpasangan, elok ikut sahaja di belakang jemaah yang berkumpulan. Ikut sahaja kelajuan dan bacaaan ketua mereka. Ada sekali itu, aku dan Mama berada di hadapan satu kumpulan besar jemaah dari Turkey. Aku ikut rentak kelajuan mereka, jadi aku sentiasa di hadapan mereka. Dan aku ikut bacaaan ketua mereka. Tapi bila sampai bab mereka baca doa dalam bahasa Turkey, aku menjajau-jajau sebab tak pandai nak sebut.
Aku toleh beberapa kali kepada ketua mereka. Ketuanya hanya tersenyum memandang aku. Aku dapat akal... aku aminkan doa mereka itu kuat-kuat kerana aku pasti mereka berdoa yang baik-baik sahaja. Bila aku toleh kembali kepada ketua mereka, dia tersenyum sambil geleng-gelengkan kepala...hahaha.

Tuesday, December 18, 2018
Ep. 3... Kembara di 2 Tanah Haram
.
Setelah mendapat beberapa cabaran serta petua dari mutawif, aku bercadang untuk melihat-lihat kawasan Kaabah dahulu. Solat berjamaah di dataran Kaabah kena direbut, kena datang sejam awal jika mahu tempat kerana cepat penuh. Jika penuh, polis akan tutup laluan dan arahkan ke kawasan lain.
Setelah solat Zuhur, aku tengok dataran Kaabah padat dengan jemaah. Aku tunggu pula selepas solat Asar, pun sama.
Pada waktu Isya, aku bersolat di aras bumbung, naik ikut eskalator bersebelahan pintu No. 90.
Waktu Maghrib membawa ke Isya adalah masa terpadat kerana jemaah buat tawaf sunat sementara masuk waktu Isya. Jadi, aku rancang untuk datang semula kira2 jam 9pm yakni 2 jam selepas solat Isya.
Di bilik, aku tonton TV secara langsung keadaan di dataran. Oleh kerana Hotel Al Safwah hanya 10min ke dataran Kaabah, kalau aku lihat dataran kosong, aku akan sempat ke sana sebelum jemaah lain perasan.
Dalam jam 9pm, dataran Kaabah tidak ramai orang. Mungkin mereka berehat makan malam. Aku terus ajak Mama dan Mak Mertua untuk turun. Alhamdulillah, memang tak ramai pada masa itu. Kami masuk ikut pintu No. 90 yang boleh tembus ke Rukun Yamani. Mudah untuk tuju rukun Yamani kerana tawaf sunat dimulakan di penjuru Hajar Aswad.
Setelah turun ke dataran, kami solat sunat hajat dahulu, minta dimurahkan rezeki menghampiri Kaabah dan dipermudahkan. Kemudian barulah kami mulakan tawaf sunat beberapa pusingan, setiap pusingan kami akan masuk ke trek dalam, hampiri Kaabah.
Seperti yang dirancang, kami dapat beberapa ruang untuk hampiri Multazam, memegang Kiswah, masuk dan berdoa di dalam Hijr Ismail dan merasai batu binaan asal Kaabah di rukun Yamani. Kami juga sempat bersolat di bahagian dinding pintu Kaabah. Kami biarkan Hajar Aswad kerana masih ada adegan tolak menolak di situ.
Memanglah jemaah sentiasa ramai tetapi pada masa itu tidaklah seramai siang tadi. Tidaklah terlalu berasak-asak sampai bertolak-tolak kecualilah di Hajar Aswad.
Lagi pun, jemaah yang ada boleh dibawa berbincang sebab pada masa itu tak bersesak-sesak. Cakap sahaja 'solat! solat!' atau 'doa!', inshaAllah mereka akan faham dan beri ruang selama 3-5minit untuk kita solat atau berdoa.
Itu hari pertama di Makkah. Usai tinjauan, kami pulang ke bilik masing2 dalam jam 10.30pm. Aku segera laporkan tinjauan aku kepada ustaz mutawif. Lalu dia berikan komen dan petua-petua lain.
Sekarang, aku lebih berkeyakinan untuk menyahut cabaran yang diberikan ustaz mutawif semalam.

| Puas Mama usap Kiswah, siap dengan selfie lagi... |

Subscribe to:
Posts (Atom)