Thursday, December 3, 2009

Bangga seorang ayah...

.

Dan Paku Payung pun melirikkan senyuman dalam kesahnya. Keluhan kecil yang mungkin hanya berbunyi dalam hatinya.


Aku pakaikan dia sehelai kain sarung yang aku sisipkan pada tali pinggang hijau. Aku sematkan bajunya agar nampak kemas. Kenapa?

"...bukan takut yang itu... cuma tak nak jadi orang dewasa..."


Takut? Bukankah menjadi dewasa idaman kanak-kanak? Tak perlu dengar leteran abah dan mama, tak perlu pergi sekolah pagi-pagi pakai baju seragam...


" ... betul. Tapi.... tak nak jadi dewasa sebabbb...."

*pause*

Sebab?


" ... tak suka sebab nanti hormon testosteron bertambah, nanti tumbuh misai, tumbuh janggut... tumbuh bulu ketiak, bulu dada ... bulu ari-ari... "


Hmm...dan aku hidupkan enjin kereta membelah dada awal malam dengan doa selamat. Tepat jam 9.00pm, segala kerisauan aku berakhir tetapi segala kerisauan Paku Payung semakin memuncak dari hari ke hari.




.

7 comments:

xiiinam said...

Jadi...?
Dah selamat potong lah ni...

Syabas anakanda!!!




Nabil dulu disunatkan masa umur 6 tahun. Dari proses awal bius, sampai sudah saya tunggu dia sambil sembang dengan doktor. Abahnya....masa nama anaknya dipanggil tulah dia buat-buat nak alih kereta kat tempat parking.....:(

AZANI said...

alhamdulillah...selamat...jaga makan...jangan hentam sebarangan ..nanti tergaru garu...cedera pula...

kucingorengemok said...

bulu ari²? mana dia tau?!

tasekM said...

bagus la. tambah2 paku payung tu budak bijak. kena cepat2 dewasa ye...

:)



.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Aku pun ada terfikir nak alih kereta gak... hahaha

Azani,
Bebudak sekarang susah nak berpantang. Aku kata tak boleh makan telur, jenuh dia tanya 'why' 5 kali, dia siap kata yang telur tu punya khasiat yg baik untuk cepatkan proses penyembuhan... haih!

KOG,
Ntah la... aku harap dia tak intai kami punya.. hahahah

TM,
MC dah sunat ke?

tasekM said...

belum. belum cukup besor. he he.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Tahun depan dah boleh le tu kut...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com