Friday, August 26, 2011

Di akhir Ramadhan itu, esak tangis mereka pun berakhir.... buat selama-lamanya

.



Beberapa tahun dulu, anak-anak itu sering menangis kerana lapar. Si ibu jugalah yang bekerja keras membanting tulang untuk menyara anak-anak kecil itu. Ayahnya? Sibuk mengejar betina lain agaknya. Si ibu sudah biasa ditinggalkan. Sudah lali dengan rencah kehidupan.


Apabila anak-anak itu lapar, si ibu hanya mampu menyuakan susunya kerana itu yang dia mampu. Nasi? Tak pernah. Sekolah? Walau pun si ibu selalu berjalan-jalan di sekitar sekolah namun tujuannya tidak lebih dari mencari rezeki yang halal dan diredhai.


Anak-anak kecil itu tak tahu apa itu 'ABC' dan '123' dan 'Assalamualaikum Cikgu'. Anak-anak kecil itu tak tahu menyanyikan lagu 'Negaraku' seperti kanak-kanak sekolah lain. Anak-anak kecil itu hanya tahu ladang sawit dan getah. Mereka hanya tahu jalan raya dan motorsikal yang dipandu laju-laju.


Terlalu dhaif kehidupan mereka. Tidak bersekolah, sudah tentu mereka itu bodoh. Dan sudah tentu masa depan anak-anak kecil itu tidak jauh bezanya dengan si ibu: hidup untuk makan.


Lebih sedih, beberapa hari sebelum menyambut Syawal 2 tahun lepas, si ibu terkorban dengan cara yang paling menyanyat hati. Tubuhnya hancur dan tak berkubur. Anak-anak yang masih belum pandai melihat dunia itu telah kehilangan tempat bergantung dan bermanja. Telah hilang tempat berlindung. Anak-anak kecil itu menangis lagi, siang dan malam.


Selama 2 tahun selepas tragedi hitam itu, anak-anak kecil itu menjadi dewasa tanpa kasih sayang ibu bapa. Terbiar dalam sedih. Air mata menjadi selimut tidur hampir setiap malam.


Akhirnya, beberapa hari menjelang Syawal tahun ini, anak-anak kecil yang kini telah sedikit dewasa, diambil oleh beberapa orang. Maka terpisahlah mereka adik beradik dan nasib mereka kini akan berubah buat selama-lamanya. Ah! Ada juga sinar di hujung jalan dan yang lebih manis, ianya berlaku beberapa hari sebelum menjelang Syawal yang mulia.




Mereka tidak perlu bersedih lagi. Tidak perlu menangis lagi... kerana mereka semua dikorbankan menjelang Syawal dan daging-daging mereka dijual untuk dibuat rendang dan serunding.








.

14 comments:

aza ni said...

samada ayam atau kambing...lembu jarang poligamy...

Nizam.Ariff said...

Azani,
Kambing kut...
Tapi lembu jantan bukan boleh percaya gak...

aza ni said...

ye tak ye jugak ayam mana ada susu....

Nizam.Ariff said...

Azani,
aku tak pernah pulak periksa ... hahaha

sepa said...

ceh. buat saspen jeh...

ko sahur aper pagi nih.?

aza ni said...

aku sahur ikan tembam anjal gebu...tinggal sebalang

Granny Hani said...

beria akak baca...Awak ni memang lahh..sib baik akak tak sempat bazir airmata..ada jer idea nak buat suspen.
dan yer, ayam sah tak ada susu sbb ayam bukan mamalia.cikgu sains cakap gitu.

tasekM said...

suka mainkan emosi aku.
benci la baca n3 ko nih...

:p





.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Aku sahur sup ayam dan sambal udang...



Azani,
Mana bleh tahan sehari kalau setakat makan ikan gebu tu... errr.. gebu sangat ke ikan-ikan tu? atau cuma kata-kata penyedap bicara jer...?



Hani,
Abis tu macam mana baby ayam ti nak nenen ek? Satu lagi, betul ke lembu jantan tak mengamalkan poligami? Isk.. macam pelik jer.. kalau merpati tu memanglah..



TM,
Ko dah set baca nanti nak nanges netes-netes air mata ke tadi?
erk.. sori la.. aku minta maaf sempena bulan mulia ni...

aza ni said...

payah nak cakap zam , sedap pada aku mgkn tak sedap pada kau, gebu pada aku mumgkn overpad pada kau....aku rasa pada skala 10 N daya, bila di cepit, dia kan mengempis 0,5 cm, bila dilepaskan cepitan dia kembali ke bentuk asal dalam masa 0.3 saat..
amacam boleh piawai tak?
ISO 19000 :gebu...

aza ni said...

tambahan lagi
dan lajakan pengembangan bila cepitan dlpskan tidak melebihi 27% dari asal,kalau lebih dah kira lemkk susu berkrim...ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Azani,
Ooo... jadi kalau dikepit sampai 0.5 cm dah lepasi tahap anjal dia la. dan takbleh balik ke bentuk asal.

gebu angin tu... hahahaa... senang semut nak bersarang...

aza ni said...

ha ha ha


yang tadi gebu vono.....yang ni gebu toto...ha ha

Nizam.Ariff said...

Azani,
hahhaa... aku pakai kusyen sabut kelapa jer la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com