Thursday, April 19, 2012

Achtung! 'Emergency Call from Pos Malaysia' dari +123456 ?

.


Baru kejap tadi, sedang aku leka bekerja keras untuk menyokong transformasi ekonomi negara, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari nombor +123456.


Aku jawab panggilan itu. Di sebalik corong sana, aku terdengar suara wanita dengan slanga bangsa Cina yang dirakamkan berbunyi lebih kurang begini:



"De-er kas-te-mer, lis-is an emergency call flom Pos Malaysia. Le -is an issue with your ku-lier that you need to lesolve immediately...bla..bla..bla... If you want to ploceed, plees ples jilo ('0')."



Aku diamkan je kerana aku masih berfikir. Dia ulang suara sebanyak dua kali sebelum dia berhenti dengan sendirinya. Ada sesiapa yang hantar kurier kepada aku melalui Pos Malaysia ke?


Aku terfikir, sejak bila Pos Malaysia upah komputer untuk telefon pelanggan tentang kurier pula ni? Aku terfikir, apa akan jadi kalau aku ikut arahannya iaitu tekan butang '0' tadi. Adakah segala kredit aku hilang dirembat 'suara' itu? Tak apa, aku guna post-paid.


Ahhh... dunia dah ada macam-macam. Cukuplah...






.

16 comments:

tasekM said...

dia sebut jilo-jilo gitu..?

kah kah.

panggilan cobaan menipu la tu..



.

Aku said...

TM,
tak ada la ketara sangat jilo tu...
aku exergerate jer.. tapi memang pelatnya jelas ke Cina...

hahaha.....

ckLah @xiiinam said...

Lu plosit tak? Balang apa ru? Heehee

ckLah @xiiinam said...

...eh, tertaip ru. Dah aku yg pelat pulak. :-)

Aku said...

Cklah,
gua tak plosit.. gua tak belani lo...

tapikan, kalau betul-betul ada orang hantar barang, naya la aku.

hish... payah betul la...

Water Lily said...

ha ha..aku tak sabar nak terima panggilan tu.

Atau ada orang menyantau kau pakai pos malaysia kut ha ha..

amn said...

jilo jilo sheben


mat bond kot yang hantar...kah kah

Aku said...

Kak Lily,
alaaa... kalau akak layan pun tak bleh.. yg cakap tu mesin jer...




amn,
kalau awek mat bond yanghantar aku nak la... keh keh keh

amn said...

grace jones?

gadisBunga said...

kah kah kah!!! kire kompiden nak menipu la tu. jilo pun jilo lah!

kot ye pun cari la yang tak pekat slangnye. ye dak? kan awal2 dah kantoi.

hahaha!

sepa said...

...dia nak hantar video agaknya, eh.!

*bang nuar ada video...! bang soi, pun.
maklum la dekatdekat pilihanraya...

kucingorengemok said...

cari makan, bang...

tasekM said...

oleh kerana trafik ke blog ko tetiba naik... ko kena jawab semua komen kat blog aku tu eh...

hehe.



.

Aku said...

AMN,
tak mao.... gelap sangat.. kakakaa




GB,
kalau ko dapat cal tu, ko try jawab la ek.... lepas tu cerita kat aku apa jadi....


Sepa,
tak pe.... youtube dah ada....




KOG,
ko kira nak makannnn jer ek..? hahaha




TM,
len kali ko link blog aku yg lain lak la ..ek?

hairul392 said...

pos malaysia tak ada cal pakai mesin suara. ini cara baru nak menipu. apaaa pun tak boleh..

Aku said...

Dak Ai,
tu la.. dah agak dah.
bank pun main guna sms jer...
lagi satu, sejak bila POs Malaysia tau no hp aku, ye tak?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com