Tuesday, February 26, 2013

Malam-malam begini...

.

Bulan meneduhkan diri.
Matahari memadamkan lampu sakti.

Ayam pun sudah masuk ke alam mimpi. Mimpi tentang cacing yang bernama Ayu. Mimpi tentang ulat yang bernama Ani. Tentang Ayu dan Ani yang berkelahi petang tadi. Ayu kata Ani comot. Ani kata Ayu selekeh. Yang seekor melubangi daun, yang seekor lagi melubangi tanah.

Tapi ayam tak kisah. Ayu atau Ani sama comelnya, sama lentuk-liuknya. Sama-sama akhirnya akan masuk ke dalam perutnya juga. Untuk itu, ayam hanya tersenyum apabila Ayu dan Ani berkelahi. Biarkanlah mereka berkelahi. Bak kata datuknya, carik-carik bulu ayam akhirnya kan bertaup jua.

Tapi Ayu masih tak berpuas hati. Hingga ke malam Ayu masih termimpi-mimpikan kisah kelahinya. Dalam mimpi itu, kambing yang bernama Udin datang menolongnya. Udin datang dengan mengembek. Udin ragut daun tempat Ani bermain. Ayu suka sebab Ani sudah tidak ada tempat untuk bermain-main.

Tapi Ani tak kisah pun sebab Ani tak perlukan daun lagi. Ani sudah masuk ke dalam kepompong. Sebelum Ani masuk ke dalam kepompong, Ani sempat mengenyitkan matanya kepada abang ayam. Tersedak abang ayam. Cepat-cepat itu juga Ayu keluar dari mimpi. Ayu tak mahu abang ayam 'muah-muah'kan Ani, musuhnya itu.

Ayu suka hati kerana abang ayam belum sempat 'muah-muah' kepada Ani lagi. Tetapi, akibat tersedak tadi, abang ayam pun turut terjaga dari mimpinya. Apabila ayam terjaga, mimpi tentang Ayu pun hilang juga.

Kini ayam terkebil-kebil dalam kelam malam. Hendak tidur mata tak mahu lelap.
Hendak mencari cacing dan ulat, tak nampak pula. Terlalu gelap untuk matanya yang rabun.
Sudahlah rabun, bulan pula meneduhkan diri.
Manakala matahari memadamkan lampu sakti.



Itulah sebuah kisah mimpi yang sia-sia...
Tapi itu bukan mimpi aku. Itu mimpi si ayam.
Mimpi tentang seekor cacing bernama Ani dan seekor ulat bernama Ayu.



Nota:
[cerita itu tidak ada kena-mengena dengan persona politik, kawan kenalan mahu pun jiran-jiran aku. jauh sekali terkait dengan aku. cerita itu hanyalah imaginasi penulis, sengaja untuk membelit-belitkan cerita dan watak. itu sahaja. harap ma'alum.]

.

9 comments:

Nizam.Ariff said...

Ayu? Ani?... Ani? Ayu?

Aku dah kata, ia hanya mimpi si ayam. Bukan mimpi aku. Biarkanlah...




.

Kniedaz said...

rasanya ko yang mimpi ayam tu mimpi ani dan ayu :P

Nizam.Ariff said...

Kniedaz,
errr.... atau aku adalah ayam tu..? hahaha....

ummuaidan said...

alaaa..peninnya mimpi ayu ani nie..ckp kat depa jgn gaduh2 yer...

Nizam.Ariff said...

ummuaidan,
dah memang adat mereeka suka bergaduh, yang sorang kata orang tu borek yang sorang lagi kata orang tu rintik... hahaha

tasekM said...

mmg ayam tu ko...









aku syak je la...

:p

.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku dah bagi tau awal2... aku tak bela ayam... hahaha

sepa said...

weh, aku tak setuju...! ayam bermimpi palsu.! cacing mana der jantanbetina.! hahaha

Nizam.Ariff said...

sepa,
dah nama pun mimpi... hahahaa
lagi pun ayam ada ke kesah jantan ke netina cacing tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com