Sunday, June 27, 2010

Gigi... Kencing... Kanibal... 3 serangkai

.

Pagi semalam, aku temankan Ariff ke klinik pergigian Dr. Norzilawati. Klinik gigi ni menjadi klinik pergigian aku sejak aku mula-mula datang ke S.Alam 14 tahun lepas lagi. Kami dah kenal mesra.


Gigi Ariff dah longgar, satu persatu menjadi longgar untuk beri ruang kepada gigi kekalnya. Baru 2 minggu lepas gigi taringnya dicabut, semalam satu lagi gigi taringnya kena cabut. Malam tadi, dia kata lagi, satu gigi gerahamnya dah mula longgar.


Aku kata kepadanya, semua itu perlu dilalui dalam meniti alam dewasa. Seperti bersunat. Dia kata, kalau kekalkan gigi susu tak boleh ke? Itu pun kira kekal juga... haih!



Tengahhari semalam, kami bergegas ke Tg. Malim, nak lawat rumah kami yang dah dekat setahun tak berpenghuni. Sesampai di hentian rehat jejantas Sg. Buloh atah ke utara, kami singgah untuk makan tengahari.

Semasa nak bertolak semula, aku terlihat seorang lelaki sedang berdiri di balik pokok yang sebesar peha orang dewasa, di tempat parking bas dan lori. Orang ramai. Ye la, waktu makan tengahari.


Aku tegur Mama semasa aku melintasi pokok itu, aku suruh Mama tengok.

Ya, lelaki itu sedang kencing pada pangkal pokok yang hanya beberapa langkah dari jalan laluan orang ramai. Memang jelas. Aku kira itu mungkin orang Cina. Sangkaan kami meleset, Mama kata itu lelaki Melayu. Ketika berselisih, Mama terus pandang (tapi aku tau, Mama bukan pandang pada mukanya.. hehehe) dan lelaki itu menoleh ke arah Mama. Biar. Biarkan dia perasan yang kami sedang memandangnya.

Aku pandu amat perlahan agar Mama melihat segalanya. Dengan cepat-cepat lelaki itu sudahkan kencingnya dan zip kembali. Mama kata, sah dia tak sembahyang zohor (tapi tak tau la kalau-kalau dia ada bawa kain pelikat).




Sesampai di rumah tempat kami tujui, bau busuk menusuk hidung. Bila aku buka pintu, aku dapati ada selonggok tahi kucing dalam rumah. Lebih terkejut lagi, ada seekor ibu kucing dan beberapa ekor anaknya.

Dua ekor daripadanya dah terlalu lemah. Dan ada seekor lagi sudah tinggak ekor dan kulit sahaja, manakala cebisan tengkoraknya telah tak punya otak lagi, Aku kira, itu telah menjadi santapan ibu kucing itu yang kelaparan.


Aku pelik macam mana kucing itu boleh masuk. Beberapa keping siling telah runtuh dan lampu kalimantang turut terjuntai bertalikan wayar elektrik. Kemudian, aku bina teori. Ibu kucing itu beranak di atas siling dan terjatuh ke bawah. Dan tak mampu panjat semula, menjadikan ia seekor kanibal... makan anaknya sendiri. Oh, sadisnya...




.

10 comments:

ASH said...

aaaaaaahhhh....sungguh kesian..
.
.
kat depan rumah aku pun ada kucing baru lepas beranak bawak empat anaknya mendiami porch aku.
.
.
malangnya anak anak aku ada yang ASTHMA jadi terpaksa dihindarkan dari rumah ini.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kak, aku kesian kat mak kucing tu. Apa perasaannya bila terpaksa makan anak sendiri bila dah lapar sangat ek?

aza ni said...

salam nizam
kucing beranak dalam almari baju...lagi syok..... klorox . cuci dan sental ,warba darah tak tanggal...uniform putih pulak tu..

Nizam.Ariff said...

Azani,
Kalau macamtu, anggaplah almari tu dah jadi hak kucing tu...hahaha

secangkir madu merah said...

kelahiran dan kematian itu lumrah kehidupan...


cissss tak senonoh org tu kencing berdiri...mesti anak dia kencing berlari..heheheehehe....

Anonymous said...

sian kat pokok yang kene kencing tu...msti sebulan kene demam H1N1..

hoho...

Paman, raya ni sy bertunang..jmput la dtg..

Nizam.Ariff said...

SMM,
Aku tak pasti la anak dia berlari ke tak tapi yg aku pasti dia tak basuh la... hahaha

Pojie,
Hah tu... hari tu buat kata nafi... sekarang dah ajak pulak. Ko ni artis ke hape hah?

tasekM said...

aku adalah manusia yg tak pernah berjumpa doktor gigi utk cabut gigi. pi tambal ada la. itu pun masa kat sekolah. aku dipaksa. sebab. aku takut!

ha ha.



.

Anonymous said...

Paman,

haritu tak decide lagi...baru berdiskusi je..ni skrg baru decide..baru leh announce kat tali barut sume...hahaha...

rasenye raya ketiga kot..

Nizam.Ariff said...

TM,
Maknanya, ko masih ada lagi gigi susu la ni ek? Hahahaa


Pojie,
Hah.. macam org politik lak... "kerajaan belum putuskan lagi, masih dalam perbincangan.." hahahaa..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com