.
Aku beku. Otak aku pun beku. Seharian di sini macam duduk di arctic circle. Aku gelabah. Aku tertinggal baju hangat aku di rumah. Macam mana aku boleh terlupa. Kawan-kawan aku berkot dan bertali leher. Ada juga yang santai tapi masih 'berselimutkan' baju hangat. Penceramah dari Italy itu dah biasa dengan sejuk. Bagi dia, suasana bilik itu tetap nyaman. Piraahhh!
Aku perlu fikirkan survival. Aku tak mahu body core temperatur aku jatuh. Aku boleh gigil. Aku boleh diserang hipotermia yang kronik. Boleh dicengkam reput frost. Boleh dimamah genggrene. Maka, aku selak alas meja. Aku jadikan selimut. Seperti ini.
Sebenarnya, aku selak dan naikkan sehingga ke paras leher. Tetapi kawan di sebelah aku terkulat-kulat menahan malu. Dia minta aku turunkan sedikit. Kawan-kawan lain tersenyum. "bagus taktik survival kamu tu" kata salah seorang daripada mereka.
Dan akibat serangan hawa sejuk melampau itu, kepala paip terasa nak meleleh. Itu excess capacity. Empangan perlu dibuka, kalau tidak nanti boleh pecah. Maka aku keluar mencari tandas. Satu lagi masalah.
Hotel punyalah cantik. Tapi, jamban pun tak ada paip air. Nak basuh macam mana ni? Takkan nak balut dengan tisu tandas? Ada sesetengah perempuan tu guna suratkhabar, dengarnya lah. Aku tak biasa dengan suratkhabar. Aku turun tingkat bawah sekali, pun tak ada. Akhirnya aku tanya kawan aku. Dia kata ada satu tandas di bahagian tengah bangunan. Ada beberapa jamban yang ada paip. Mungkin khas untuk mereka yang geli dengan tisu tandas atau kertas suratkhabar, seperti aku.
Balik. Badan penat. Jalan jammed. Bangla naik basikal dah sampai rumah siap mandi tapi aku masih dalam kereta. Bila sampai di rumah, Mama pun dah sampai lama. Mama tanya, kenapa nampak letih sangat.
"Seharian hari ni tak jamah sebutir nasi pun. Tu sebab letih..." jawab aku.
Mama diam beberapa ketika. Kemudian balas balik.
"Memanglah tak makan nasi. Buffet. Entah-entah daging panggang, salad, udang bakar, kupang, ayam panggang.... dah kekenyanganlah tu..."
Aku senyum je. Aku tak tipu Mama. Aku memang tak jamah sebutir nasi pun... hahaha
.
4 comments:
Salam.
*Jom kita berkongsi maklumat tentang 'Sabar Dalam Al-Quran' ^_^
heh. sokabar tu utk bungkus je la. bukan utk lap. hahaha
betul la kata tijah tu. sokabar tu utk balut pad la. bukan nk buat salat. ko punnnnnn... :p
aku mmg tertekan kalau toilet tak de air. tu sbb kalau pi klcc nk masuk toilet aku bawak mineral water. perghhh... berdaulat sungguh basuh dgn mineral water yek...?
ha ha.
.
Baincardin,
Jom...
Tijah,
Hahaha.. saja je sakat ko...
TM,
Aku rasa terhina minum air mineral bila ko buat cebok je.. isk.. hahaha
Post a Comment