Monday, August 16, 2010

Di hotel tu, pinggang aku amat lenguh dibuatnya...

.

Dua hari berkursus di dalam perut hotel yang sejuk dan nyaman. Dalam bulan puasa begini, kursus 2 hari sambil mendengar ceramah dan tak boleh minum kopi atau hisap rokok, memang mengantuk...


Ye, tulisan aku buruk...
 

Pinggang aku pun dah naik sakit. Kerusi tak ergonomik langsung. Tegak berdiri macam tiang bendera. Jadi, aku mempelbagaikan gaya duduk aku. Kejap aku sila panggung. Kejap aku lipat kaki sebelah. Kejap aku letak kepala aku atas fail. Ada sekali tu, aku ambil kerusi lain dan aku kembarkan. Aku guna kerusi yang itu sebagai alas kaki yang aku angkat naik ke atas.


Bila pinggang lenguh lagi, aku terbalikkan kerusi, aku duduk ala koboi tunggang kuda sambil pusing-pusing pistol. Kawan-kawan aku tersenyum lihat gelagat ngeri aku. Aku peduli apa, pinggang aku dah lenguh.




Yeeaaa haaaaa..!!!



Oleh kerana tak ada lunch bulan puasa ni, hotel bagi kupon. Sebelum balik, aku rembat semua teh uncang yang ada. Lepas tu, aku terlihat sekotak susu segar di sebalik pot air kopi panas. Semua itu untuk penceramah dan seorang bukan muslim yang tak puasa. Tapi, dia orang pun tak minum semasa tea break. Mungkin segan kepada kami yang berpuasa kut. Jadi, semua tu tak disentuh. Jadinya, aku rembat juga sekotak susu segar.





.

6 comments:

kucingorengemok said...

mencurik di bulan puasa... hmm, interesting concept

"it's not stealing, it's built into the price" kata ross ;)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Memang pun. Lagi pun susu kotak tu dah dibukak, takut basi pulak... membazir sahabat setan.... hahaha

tasekM said...

pada hal teh kt umah pun haram tak berminum kot... saja la ko banggggggg....

:p

.

Nizam.Ariff said...

TM,
Bende free semua sedap... hahahaa

Anonymous said...

haha..

rasenye rembat merembat uncang2 hotel ni mmg keturunan darah daging kita la paman...uji pun tiap kali tdo hotel rembat tak igt punya..haha..

anyway..slmt berpuasa..kem salam kat bibik gak..

Nizam.Ariff said...

Pojie,
Kita org dah bayar.. instead kita org minum kat situ,kami minum kat rumah sebab pose.. ko tu yg rembat tak tentu pasal.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com