Hujung minggu lepas, aku terjejak kaki aku ke SuaRasa di padang-bendera-tinggi di Melaka. Biasanya, aku memang jarang nak jejak kaki aku ke program-program yang sebegitu kerana mencari tempat parkir umpama mencari jarum peniti di dalam selonggok jerami.
Setelah berjalan melintasi beberapa gerai, aku terhenti di satu gerai yang menjual produk ini:
Tropica Bioherb - Serum Anti Gugur dengan Lilmau Purut |
Menurut katanya, serum berasaskan minyak kelapa dara (adakah bermaksud kelapa yang belum ditebuk Tupai?) ini pasti menunjukkan hasilnya dalam masa 3 minggu. Setiap hari, aku kena sapu serum ini di kepala dua kali berserta urutan lembut selama beberapa minit.
Aku, bab-bab sapu-menyapu ni, memang lemah sikit. Jadi, aku minta Mama tolong sapukan dan urut kepala aku. Kebetulan, Mama memang terer bab urut-urut kepala ni. Dan kebetulan lagi, aku memang suka kepala aku kena urut dan rambut aku dimain-mainkan oleh jari-jemari mulus Mama. Boleh terpejam-pejam mata aku. Boleh tertidur dibuatnya.
Dan bila mata aku mulai terpejam, Mama selalunya 'dengki' pada kenikmatan yang aku terima. Malam semalam, kegeraman Mama memuncak apabila aku hanyut dalam kesedapan. Mama tarik-tarik rambut aku dengan agak kuat agar aku tak mampu terlelap. Aku balas dengan satu cubitan mesra pada lengan gebu Mama. Kemudian, Mama goyang-goyang kepala aku pula. Dan aku berikan lagi satu cubitan lembut di tempat lain, aku cubit... err.. err... tak perlu tau. Ini rahsia suami-isteri.
Setelah usai, aku tanya Mama, macam mana nak tau kalau-kalau serum itu mujarab? Mama kata, nanti akan tumbuh anak rambut yang maha halus. Aku fikir lagi sejenak. Lepas tu, aku tanya Mama, macam mana nak tau anak rambut mulai tumbuh?
"Kalau anak rambut tu keluar nanti dia meng'uwek' la... kalau tak pun, nanti dia menetas..."
Pada kali ini, aku pula yang geram dengan jawapan Mama. Aku cubit-cubit lagi di pelbagai tempat yang dirahsiakan dari pengetahuan umum. Aku cucuk-cucuk pinggang Mama, juga cucuk-cucuk pada tempat yang dirahsiakan dari tatapan umum. Mama kegelian...mengekek.
"Hah! Mama dengan Abah buat apa tuuuuu.....?!!"
Kedengaran suara amaran dari Ariff di luar. Saja dengki dia tu...
.
2 comments:
salam nizam
teruskan.....usik mengusik membawa bahagia...
Azani,
Salam... kadang2 usik-usik pun boleh bawa bencana...hahaha
Post a Comment