.
Tengahari tadi, aku diminta untuk ke pejabat jualan itu untuk selesaikan satu urusan atas dasar kekeliruan dari pejabat akaun syarikat itu sendiri.
Bila sampai, aku duduk-duduk di sofa gebu panjang sambil menunggu seseorang yang aku tak tahu siapa sebenarnya.
" Encik dari atas ke? " tanya seorang perempuan yang aku kenal.
Aku terkebil-kebil, 'dari atas?'. Aku cuba nak faham tapi aku tak berapa faham, apa ada di atas? Dia ingat aku naik helikopter datang ke situ agaknya.
" tak... saya datang sini naik kereta..." Kata aku.
Tapi dalam hati aku kata " Aku bukan malaikat datang dari atas"...
(detik pertama dalam hati aku bukan nak sebut 'aku bukan Malaikat' tetapi ' aku bukan Tuhan...' tapi oleh sebab takut orang salah tafsir Tuhan itu bertempat kanan kiri depan belakang atas bawah, aku tukar kepada Malaikat. Itu sebabnya aku terkebil-kebil beberapa saat sebelum aku jawab)
Dua-tiga orang yang ada di situ ketawa. Aku turut tersenyum.
Baru aku tau, tingkat atas ialah pejabat akaun yang sepatutnya aku berurusan...
haih...
.
3 comments:
melampau ok.
:p
aku baca soalan yg budak tu tanya pun aku dah paham yg dia maksudkan dari atas tu ialah pejabat.
.
salam zam,
cer kau kata....majlis peguam.....
TM,
Aku buat-buat tak faham... ada ka dia tanya camtu? Nasib baik dia tak tanya " Encik nak naik atas ke?" mau pengsan aku...
Azani,
Tang tu aku tak terfikir lak... tak sampai lagi tahap tu...
Post a Comment