Akhirnya, setelah 9 tahun menjadi simpanan kepada lelaki itu di rumahnya, si dara sunti menyerah kalah. Walaupun hidupnya mewah dengan makanan dan dengan jaminan keselamatan yang tinggi, namun itu bukan segala-galanya. Dia inginkan kebebasan yang mutlak. Bukan pseudo, bukan fatamorgana, bukan virtual. Dia mahu bebas, meski pun itu bermakna dia perlu mati untuk keluar dari cengkaman lelaki di rumah itu.
Umurnya baru 9 tahun tetapi untuk spesis ikan seperti itu, 9 tahun seumpama anak dara sunti bagi manusia. Atau mungkin bersamaan dengan remaja.
Aku masih ingat lagi, ketika itu Ariff baru berusia sekitar 5-6 bulan. Dan setiap hujung minggu, aku akan menjenguk Ariff di rumah neneknya di Melaka. Dan aku masih ingat lagi peristiwa Melaka dilanda kemarau. Air empangan menjadi terlalu tohor dan surut hingga menimbulkan krisis air di Melaka. Ketika itulah, aku berkenalan dengan si Kaloi itu.
...bersama-sama model berusia 5 tahun |
Seorang tua bermotosikal berhenti di satu simpang tiga berhampiran rumah si nenek Ariff. Di belakang motorsikalnya terikat satu tong plastik yang berisi pelbagai jenis ikan tasek. Dah mati semuanya. Aku tanya kepada orang tua itu, dari mana dapat semua itu? Dia kata, empangan dah surut sangat. Dia memukat di itu. Aku pergi ke raga motosikalnya. Ada satu tong plastik berisi air. Aku tanya lagi, apa yang ada di dalam itu? Dia kata, ada beberapa ekor ikan yang masih hidup. Aku jengah, dan aku terlihat seekor anak Kaloi.
Anak Kaloi sebesar 3 jari itu terlalu cantik dan terlalu kecil untuk digoreng oleh sesiapa pun. Sisiknya tersusun kemas, kuning emas dan mata yang bersinar. Itu bukan ikan Kaloi Sabah yang berwarna Perak. Ini Kaloi sungai yang memang berwarna keemasan. Lalu, aku beli ikan Kaloi itu dengan harga RM 3. Dan ikan bertukar tuan.
...bersama-sama model berusia 3 tahun |
Di rumah si nenek Ariff, kami sediakan bekas untuknya. Kami juga pernah bebaskan dia di dalam kolah. Akhirnya, kami sediakan satu akuarium besar yang khas untuknya sehinggalah saat-saat akhir hidupnya.
Ya, ketika itu umur Ariff baru 5-6 bulan. Dan sekarang Ariff berumur 10 tahun lebih. Jadi, umur si Kaloi cantik itu lebih 9 tahun.
...bersama-sama model berusia 1 tahun (di dalam buai) |
Dipagi Hari Raya 2010, tanpa sebarang tanda-tanda dia akan pergi, dia akhirnya bergelimpang di dasar akuarium, kediaman mewah untuk hampir 9 tahun. Memang benar, rumah semewah mana pun, akhirnya akan dikuburkan di dalam tanah dan ditinggalkan mereput.
Selamat tinggal si dara cantik. Maaf kerana tak sempat menjodohkan kamu dengan jejaka yang segak.
.
5 comments:
salam zam
besar juga ikan 9 tahun ni...agaknya kalau biar seratus dua lagi mau sebesar aropaima gaigas atau lebih lagi....
Azani,
Aikk..! Sempat berblog ek? Aku lain la... uhuks uhuks uhuk...
Azani,
Kalau ikut cerita anak sedara aku, secara genetiknya ikan tak punya had tumbesaran. Yang jadi had ialah faktor lain macam pemakanan, persekitaran, pemangsa, pesaingan.. dll
sedihnya.
gerbera,
Kita sedih sama-sama ek..
Post a Comment