.
Aku dah penat bayar PCB. Kerja siang malam bagai nak mampos, kepala asyik bengong siang-malam fikirkan masalah kerja tapi tiap-tiap tahun kena top-up lagi income tax. Memang patutlah kalau peratus penduduk Malaysia yang mengalami masalah mental dan tekanan kerja semakin meningkat. Kerja sampai mental naik gila.
Aku dah penat bayar 21% income tax. Maknanya, kalau dapat RM100, kerajaan dapat RM21 ringgit. Itu dah kira 1/5 dari pendapatan. Kerja untuk 5 bahagian tapi dapat cuma 4 bahagian. Macam cukai timah di Sungai Perak zaman inggeris. Macam bayar ufti bunga mas kepada Siam. Tak boleh turun sikit lagi?
Aku dah penat jadi lembu yang berpusing-pusing mengisar gandum untuk menjadi tepung buat tuan-tuan. Aku nak jadi pengguna income tax yang dikutip daripada pembayar. Aku nak jadi pengguna income tax yang bijak pula....!
Aku nak makan subsidi, aku nak jual baja subsidi, aku nak masuk service industry. Aku nak boikot dari berbelanja. Aku nak jadi kedekut. Aku tak nak bayar service tax. Aku tak nak terpengaruh dengan motivasi untuk berbelanja oleh kerajaan.
Aku nak lemahkan degupan jantung ekonomi. Biar darah bergerak perlahan. Bila darah bergerak perlahan, tak banyak oksigen dan nutrien akan mengalir untuk digunakan oleh sel-sel. Ya, sel-sel yang menukarkan nutrien itu kepada segala bentuk cukai: service, income, sales, duty...
Bila darah ekonomi mengalir lesu akibat kurang perbelanjaan, semuanya mengalir lesu. Inflasi juga lesu, permintaan atas barangan juga lesu, cukai perniagaan juga lesu. Pembangunan juga lesu, pelaburan asing juga lesu. Lantaklah, asalkan aku tak lesu akibat penat bekerja tapi 21% hasil usaha diambil untuk buat infra dan bangunan tinggi yang baru, yang bukan untuk aku. Nikmatnya bukan untuk aku. Itu nikmat para kontraktor dan para peniaga. Peduli apa, semuanya bukan nikmat aku. Aku tak pernah pergi menara KL, aku tak pernah ke puncak KLCC dan mungkin nanti pun Menara PUNB yang 100 tingkat itu. Nak buat apa? Tak ada keperluan pun.
Tak ada keperluan untuk ke sana. Aku cuma perlu ke pasar tani untuk belil ikan dan sayur. Pasar tani yang gerai-gerainya payung hijau dan panas. Pasar tani yang sepatutnya murah-murah dan segar tapi ikan dan ayam tetap mahal. Setiap kali inflasi meningkat, tembolok keluarga aku juga mengecil.
Kalau dulu-dulu, setiap bulan pasti ke Restoran Makanan Jepun, setiap bulan pasti pekena western food, restoran Cina Muslim. Setiap hujung minggu pasti bergilir balik Melaka atau ke Perak. Tapi kini, nak jengah tempat-tempat itu pun dah kena kira betul-betul. Walau pendapatan naik tapi semakin terbalik, semakin aku tak mampu nak rasai semua itu. Dengan kata lain, kualiti hidup dah merosot...!!! Baik aku duduk kampung, sekurang-kurangnya udaranya lebih segar dan banyak aktiviti yang menyihatkan badan dan minda.
Pelik kan? Pendapatan meningkat saban tahun tapi banyak benda yang dulu boleh dirasai kini dah tak boleh. Macam mana boleh begini? Inikah langkah-langkah menuju ke sebuah negara berpendapatan tinggi?
Owh.. mungkin benar. Negara berpendapatan tinggi, bukan kualiti hidup yang tinggi...
.
9 comments:
Penghapusan duty import untuk beg tangan, aksesori wanita, pewarna rambut..........
...keperluan rakyat!!!
(...Kak Semah Mansor yang mintak kot!)
Cklah,
beg tangan berjenama tanpa duty semakin murah, orang yang macam mana yang beli? Orang kampung ke? Nak suruh orang kampung jual pisang dan pinang kering untuk beli beg tangan..?
...ckLah kena marah ke ni?
ckLah pun tk pakai henbeg dan pewarna rambut. Bawak beg cap ajinomoto je gi sekolah.
Cklah,
Bukanla... ayat menyokong kenyataan Cklah ler... hahah
Ganas nya sokongan ..ha..ha..ha...
Peruntukan untuk sekolah dikecilkan...
Kak Semah dah ada permata negara...sekolah2 pra-sekolah Kementerian Pelajaran kat kampung2tak payah peduli...
Cklah,
Mungkin dia nak sekolah cari duit sendiri jual satay kat pasar minggu kut.. dah macam jadi sekolah pondok pulak... hahaha
Saya sokong... dulu lain sekarang lain... dulu sardin cap ayam murah jer... sekarang nak beli pun kena kira dulu... nama jer cap ayam tp mahal dengan jenama yang lain... adesh...
huhu..
betul2...pemimpin malaysia mmg teruk dan tak bijak..camne la diorg ni leh jadi pemimpin sdgkan diorg tak pikir keseluruhan masalah rakyat..diorg tak tahu sume2 yg paman ckp tu..sbb ape?? sbb diorg mana ade beli ikan, pegi pasar, balik kg, beli sardin, beli beras,...tup2 dah ade sume tu kat umah...hahaha...belajar sume oversea..tp still tak bijak2 lagi..ntah la..
Hairul,
Negara berpendapatan tinggi.. camtu la..
Pojie,
Tak tau nak cakap apa... org kampung asyik dapat jalan, air dan api je. Memang infras adalah perkara asas dalam pembangunan tapi sampai bila asyik nak buat jalan je. Mana program pembangunan susulan?
Post a Comment