.
Maaf, wajah Juliet yang sebenarnya adalah berupa kabus putih yang nipis. Juliet tetap enggan menjelma secara zahir kecuali di hadapan Malim.
Hari itu, aku ada buat entri tentang 'hantu' yang bergentayangan di sekitar perumahan aku. Semua bermula dari cerita salah seorang jiran aku yang mendakwa berjaya merakam kelibat 'hantu' itu.
Bila aku tanya bagaimana rupa 'hantu' itu, dia kata ianya seperti perempuan berambut panjang tetapi wujud seperti kabus. Dia juga tunjukan foto yang ada di dalam handphone.
Pada hari itu, aku tengok secara sambil lewa sahaja kerana aku tak percaya kewujudannya kerana jiran-jiran tak heboh pun.
Beberapa hari pun berlalu dan sedikit demi sedikit aku mulai yakin ... aneh. Sehinggakan aku telah rancang untuk berjaga hingga ke tengah malam untuk mengambil foto secara rambang dengan kamera 14Mpixel. Orang kata, 12 Mpixel sudah cukup untuk menembusi 'alam lain'.
Semalam, aku terserempak dengan lelaki itu lagi. Kali ini aku minta tengok foto itu semula kerana ingin lihat betul-betul. Dia benarkan.
'Subjek' yang dikatakan imej hantu itu memang berupa kabus nipis dan membentuk 'wajah' perempuan yang berambut lurus menutup sebahagian dahi dan kening sebelah kanannya.
Dan aku dapati wajah 'subjek' itu hampir memenuhi skrin handphone miliknya. Lebih tepat, wajah 'hantu' itu memenuhi 1/3 skrin handphone dan wajah itu dari atas kepala sehingga 'colar bone'.
Aku mula musykil semula.
Kalau begitulah foto itu, sudah tentu 'hantu' itu benar-benar hampir dengannya. Mungkin sejauh tak lebih 5 kaki.
Kemudian, aku tanya dia macam mana dia ambil gambar tu sebab aku tengok latar belakangnya pun kabur dan ber'asap'. Dia jawab, dia ambil secara biasan dari cermin dinding rumahnya.
Eh, kalau imej dari cermin, maknanya jarak tadi tu kena bahagi 2. Jadi, jarak antara dia dan 'hantu' itu mungkin tak lebih dari 2.5 kaki sahaja!
Rapat sungguh! Tak takut ke dia tu dengan hantu? Selalunya imej hantu dirakam dari jauh. Tak pernah pula dirakam dekat-dekat begitu. Ye la, takut kena cekik...
Imej yang diambil oleh jiran aku tu dah macam ambil gambar sambil pegang-pegang bahu.
Hish..!
.
2 comments:
tak nak pegang pegang bahu dgn hantu..takotttttttt.
hani,
kalau tak nak pun, dia yang nak pegang...camner tu?
hahaha
Post a Comment