Friday, February 10, 2012

Kisah di dapur (kat situ pun jadi...?)

.


Hari Jumaat itu bukan seperti hari Jumaat yang lepas-lepas. Walau pun Jumaat adalah penghulu hari, Jumaat yang itu adalah Jumaat sungguh istimewa. Hari tu ialah hari ulang tahun kelahiran anak sulung Ainon. Dia perlu sediakan juadah yang istimewa untuk keluarganya. Kena lebih daripada biasa. Bukan setakat kek, lilin, topi runcing dan confetti, Ainon akan sediakan juga nasi goreng dan daging masak merah kesukaan anaknya itu.


Walau pun Ainon seorang surirumah sepenuh masa, petang Jumaat itu dia kelam-kabut untuk sediakan segalanya. Itu semua berpunca daripada telenovella dari Amerika Latin yang tidak pernah ditinggalkannya. Ainon melirik jam dinding yang tidak pernah berdenting. Sudah pukul 4:00pm sedangkan daging belum defrost lagi. Nasib baiklah kek telah pun dibuat malam tadi. Kalau tidak pasti tak sempat.


Cepat-cepat Ainon berkungfu-hustle di dapur seorang diri. Bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, kucai (?), lengkuas.... di mayang halus. Manakala daging masih belum mahu hilang bekunya. Ainon sudah tidak sabar. Pukul 6:00 petang suaminya akan pulang bersama-sama anaknya. DIa sudah pesan supaya suaminya belikan hadiah yang patut untuk anak mereka itu.


Sekejap-sekejap Ainon lihat jam dinding yang tak berdenting itu. Sekejap-sekejap dia ulangi lagi jam dinding tak berdenting itu. Sekejap-sekejap Ainon akan layangkan matanya ke TV ASTRO 612 kalau-kalau siri Spongebob Squarepant sudah ke udara atau belum. Sehinggalah jam 6:15pm, Ainon masih berkuntaw di dapur menyediakan daging masak merah kegemaran anaknya itu.


Lonceng dibunyikan. Serentak dengan itu salam pun kedengaran. Ainon tidak menerpa ke pintu kerana dia tahu suaminya ada kunci pendua.

"Wa'alaikumussalam... saya kat dapur." jerit Ainon sambil tangannya masih dengan daging.


Kedengaran tapak kaki anaknya berlari mendapatkannya di dapur.

"Ibu...!" panggil anaknya dengan riang gembira sambil berlari.

"Jangan lari-lari di dalam rumah, ibu..." serentak dengan itu, Ainon pun memusingkan badannya untuk menghadap terpaan anaknya dengan pisau masih terhunus di tangan.


"Ibu....???" rintih anaknya. Pisau ditangan Ainon menembusi batang leher anaknya.

"I..iii bbb.. uuuu......."


Tubuh anaknya melemah dan akhirnya tergeletak di atas lantai di dapur itu dengan pisau masih
tertancap pada batang leher anaknya. Perlahan-lahan mata anaknya menipis dan akhirnya tertutup.



Masih belum ada jerit raungan di dalam rumah itu kerana Ainon masih terkejut...






.

10 comments:

sudipVSsenduk said...

Nauzubillah... mintak dijauhkan perkara macam ni..

tasekM said...

Pesal lately buat n3 berdarah je nih...?



.

aza ni said...

aku pernah nonton video keselamatan accidents at work place....apa yang boleh jadi punca tragedi

drawer , karpet, pen
paper weight hatta photo copy machine....

idea kau ni bagus untuk buat safety video...

aza ni said...

macam kes anak yang digilis bapa masa reverse tu
ajal ketentuan Ilahi

tapi bapa tu kesalnya...tak tahulah ....

alien pakai lipstick said...

haish ko ni......pesal imaginasi ko ni tinggi sgt

Tijah said...

uiiii ngeri ok!
(simpan pisau dlm lemari)

sepa said...

errr...
seram dan menakutkan.
...dan suspen.
:)

Nizam.Ariff said...

Sudip,
Na'uzubillah... aku pun ngeri gak nih....


TM,
Sebabbb... tema minggu ni minggu ngeri dan seram... keh keh keh



Azani,
Tu la... kita selalu titik beratkan keselamatan di tempat kerja, sedangkan di rumah lagi banyak...




alien pakai lipstick,
bukan imaginasi.. itu forward thinking... hahaha




Tijah,
cepat simpan....
lebih-lebih lagi pisau seramik tu sebab tajam sangat, sampaikan nak menghiris tanpa daya.... (effortless cutting). Tak sedar pun bila terpotong, tetiba je jari dah putus... hahaha




Sepa,
Minggu ni minggu ngeri dan seram.... kakaka

Tijah said...

a'ah memang. dah 2 kali pisau tu makan tgn. daging berurat2 liat pun selamba je dia potong.

Nizam.Ariff said...

Tijah,
wuih... tajam tu.
lebih tajam pisau lebihla bahayanya.
hati-hati taw....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com