Thursday, February 9, 2012

Kisah sebuah kerusi...

.

Seperti kebiasaannya, Zul akan masuk ke pejabat sebelum jam 9.00am. Waktu kerja ialah 8.00am. Tak mengapa sebab Zul ada bilik sendiri, kakitangan lain tak perasan sangat kalau dia tiada di mejanya kerana bilik Zul berpintu dan berkunci selalu.


Seperti kebiasaannya juga, Zul suka duduk di kerusi pejabat yang boleh berpusing dan boleh naik-turun. Apabila dia menjawab panggilan telefon, dia akan bersandar ke belakang dan berat badannya di tampung oleh spring kerusi itu. Kalau dia menaip sesuatu di komputer ribanya, dia akan bersila di atas kerusi itu. Kalau dia berfikir, dia akan pusing-pusingkan kerusi itu. Kalau dia mengelamun, dia juga akan berpusing-pusing di atas kerusi itu. Zul suka kerusi yang boleh berpusing dan boleh naik-turun.


Oleh kerana Zul suka buat begitu kepada kerusinya, tempoh hayat kerusinya jarang dapat bertahan lama. Bila hayat kerusinya punah, dia akan minta kerusi yang baharu.


"Pakcik, ada kerusi baru tak?" Zul berteriak melalui telefon.

"Tak ada. Kenapa?" orang yang dipanggil 'pakcik' memulangkan soalan.

"Rosak...!" Zul.

"Kamu tu asyik rosak, rosak, rosak... kamu carilah sendiri di dalam bilik stor" pakcik.



Zul letakkan telefon. Kerusinya kini senget dah tak sekata pusingannya. Mungkin ada beberapa skru yang telah tertanggal. Atau mungkin juga springnya sudah patah-lesu. Zul perlukan kerusi yang baharu tetapi pakcik itu kata tiada. Mahu tak mahu, Zul perlu cari sendiri di dalam stor, kalau-kalau ada.


Setelah hampir 10 minit mencari-cari perkakasan yang ada di bilik stor itu, tiada pun kerusi. Yang ada cuma meja kayu yang telah bersawang. Zul pekup hidungnya kerana berbau hapak. Dia juga risaukan habuk kerana dia ada asma.


Apabila taida kerusi dijumpainya, Zul pergi kebelakang pejabatnya dengan menaiki tangga kerana dia tidak suka naik lif (entahlah kenapa agaknya). ketika dia melangkah anak tangga untuk ke tingkat atas, dia ternampak sebuah kerusi pejabat di bawah tangga. Dia turun semula ke tingkat bawah lalu menarik kerusi itu tadi ke tempat yang lebih terang.


Kerusi itu agak lama dan berhabuk tetapi masih elok. Zul kbas-kibas habuk dengan tangannya kemudian dia duduk di atas kerusi itu. Dia sandar-sandarkan badannya. Spring kerusi itu melantun semula, memberikan reaksi yang seperti dia mahukan. Kemudian, Zul pusing ke kiri dan ke kanan. Kerusi itu pun berpusing tanpa ada celanya. Zul hairan kenapa kerusi yang masih elok seperti itu diletakkan di bawah tangga.


Setelah berpuas hati, Zul angkat kerusi itu ke tingkat pejabatnya dan menolaknya masuk ke pejabatnya. Zul tersenyum gembira. Kerusi tadi yang telah rosak itu disorongkan ke luar pejabatnya. Sempat juga dia menendang kerusi itu supaya ia terus menggelongsor jauh dari biliknya.

Kini dia kembali mendapatkan kerusi barunya. Dia terus henyakkan punggungnya di atas kerusi yang telah nipis kusyennya. Dia pusingkan badannya mengikut arah jam sambil kakinya diangkat. Badannya berpusing beberapa kali. Dia suka. Kemudian, dia pusingkan pula badannya mengikut arah lawan jam dan dia angkat kakinya tinggi-tinggi. Seperti tadi juga, badannya berpusing beberapa kali.


Namun sebelum sempat badannya berhenti berpusing, telinganya mendengar ada sesuatu telah patah dibawah kerusinya. Belum pun dia sempat berbuat apa-apa, paras tempat duduk kerusinya menurun secara mendadak. Kerusinya tiba-tiba jadi rendah, begitu juga badannya. Kaki Zul tak sempat untuk menampung badannya lalu dia juga turut mendap bersama-sama kerusi itu.


Zul terasa sesuatu yang keras dan sejuk telah menusuk lubang punggung. Dia cuba bangun tetapi rasa pedih telah mengejangkan kedua-dua belah pehanya. Zul cuba menahan badannya dari terus jatuh  dan tertusuk besi itu dengan memaut pada bucu meja tetapi mejanya yang beralaskan kaca itu terlalu licin untuk dipaut.


Perlahan-lahan besi itu menusuk masuk hingga ke abdomen. Zul menahan perit. Darah mula mencurah-curah turun tetapi tubuh Zul masih jatuh. Dia cuba memaut bucu meja dengan sedaya upaya. Seluruh tenaganya dikerahkan pada hujung jari jemarinya.


Zul cuba menahan selama yang mungkin sehinggalah jari-jemarinya menjadi kejang dah terlepas pautan. Serta merta tubuh Zul terhenyak kuat. Besi yang tak kenal erti belas kasihan itu pun terus menusuk perut hinggalah ke ulu hatinya dengan pantas.


Zul pun kaku dengan darah merah keluar dari mulut dan punggungnya....







.

11 comments:

kucingorengemok said...

cari kerusi kat stor, memang la dapat kerusi lama

aku syak zul ni nama betul dia epul

Nizam.Ariff said...

KOG,
Hahaha...ko tgk drama mana nih?

tasekM said...

imaginasi berdarah ko ni kuat no...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
mengikut perkiraan, lebih tinggi imaginasi, lebih tinggi juga keupayaan untuk... errr... entah! hahaa

aza ni said...

bahaya opis ni.....lif nya buat mangsa tercekik dengan binjai, manakla kerusi buat mangsa macam sate.....

Nizam.Ariff said...

Azani,
macam sate?? Hahahaa.. perumpamaan yang tepat..

sepa said...

kejap. nak tanya.

zul tuh tak pakai pakaian ka.?

:p

cheqna said...

ngeri
sebab cheqna suka jugak buat macam tu
huhuhu
mintak jauh..

Anonymous said...

sian zul tu..err idup lagi ke dia tu?hekhek..

endiem said...

bahaya sungguh... kerusi yang dah rejet mesti ada masalah.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
kalau kerusi pun tembus, apa lagi sehelai seluar slack....




Cheqna,
hah... elok la tu. hati-hati sikit.... hahaha



LadyD,
tak pasti. kalau hidup pun mesti dia rasa dirinya tak berguna sebab dah pecah terunanya... kakaka



endiem,
itu hanya cerita... tapi mungkin betul juga. kerusi yg rosak memang bahaya..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com