Minggu lepas, aku dah beli dua botol minyak tanah. Sampai hari ini, aku masih terfikir apa aku nak buat dengan minyak tanah itu. Kemudian aku berfikir, apakah yang aku fikirkan ketika aku terfikir nak beli minyak tanah itu.
.
..
... ?
Tak ada.
Pada ketika itu, aku ternampak botol-botol minyak tanah itu di hipermarket, bersebelahan dengan selonggokkan pelita-pelita minyak tanah yang dikepitkan pada batang buluh. Aku tak rasa ada kaitan di antara niat untuk membeli minyak tanah dan selonggokkan pelita-pelita itu, sebab Ariff ada suruh beli sebuah tapi aku tak mahu.
Jadi, minyak tanah yang aku beli itu pada asalnya bukan diniatkan untuk pelita minyak tanah.
Habis tu kenapakah aku belinya?
Biarkan sahaja soalan tu.
Semasa aku kecik-kecik dahulu, bau minyak tanah adalah sinonim dengan waktu senja juga reban ayam. Di bulan ramadhan, bau minyak tanah adalah sinonim dengan meriam tanah juga mercun dan bunga api. Kalau diluar bulan ramadhan, bau minyak tanah adalah sinonim dengan basikal dan motorsikal. Apakah kaitannya? Hanya yang tahu sahaja boleh kaitkannya.
Dulu-dulu, aku gunakan minyak tanah atau 'minyak gas' untuk:
- Pelita untuk menerangi reban anak ayam yang kesejukkan
- Pelita untuk tidur malam (sebelum tidur, arwah Bapak guna jenerator elektrik)
- Pelita diikatkan kepada buluh galah lalu ditegakkan pada waktu malam hampir kepada tangkai-tangkai rambutan yang masak ranum di atas pokok untuk elak dari dimakan kelawar dan musang.
- Membuang kesan minyak gris dan minyak hitam di tangan selepas pomen basikal
- Merendam karbaid meriam untuk elakkan daripada teroksida di dalam udara lembab
- Merendam getah gelang di dalam botol, menjadikan getah gelang itu mengembang 10 kali ganda saiz asal
- Menyapukan pada hidung kucing sebelum ditinggalkan di tepi jalan
- Membakar kedap-kedap padi yang lembab
- Membunuh semut api
Tapi sekarang ini, aku tak tahu untuk dibuat apa. Dan aku tak tahu kenapa aku beli minyak tanah di hipermarket pada hari tu.
.
25 comments:
ini simptom-simptom arsonist ni.
jeb,
Kakakaka....
next: google cara-cara nak buatnya
kenapa sapu minyak tanah kat hidung kucing? Kesian kucing tu, tededah pada bahan kimia...kena kanser hidong nanti dia...hahaha
Minyak tanah per L adalah lebih mahal berbanding petrol RON97 kan?
Future arsonist, gelaran baru. hahaha.
gue guna minyak gas nak menyalakan lampu gasolin dan juga dapur masak yang guna minyak gas.
dulu kalau pergi kedai beli minyak gas, mesti beli sekali aiskrim 10sen. letak dalam bakul basikal. balik rumah makan aiskrim, rasa minyak gas.
sedap nyerr.
minyak gas , pasal pasang pelita je aku tahu...tu pn abang aku yg buat , aku pandai tengok je la...hahaha
btw , bau dia rasa nak muntah
Aku pulak yang pening kenapa ko beli minyak tanah tu...mungkin ko teringat anak ko suruh beli pelita tu kot??
bau minyak tanah best kan? :P
Daddy Ziyyad,
tu petua tak nak kucing hidu balik rumah.
ya, minyak tanah lebih mahal. tak tau kenapa...
tata,
wuih.... banyak gak pengalaman ko dgn minyak tanah ek...
Nang,
Hah.. ko tak tau bahawasanya bau minyak tanah itu boleh membawa minda ke syorgaaa... hahaha
Kniedaz,
Entah lah kenapa aku beli. mungkin nak sembur kat tempat berak kuncing kkut. Ya, bau minyak tanah sungguh menggiurkan... cer citer sikit kat Nang Nor Azimah tu... hahaha
menggiurkan ? maybe nanti aku pregnant , aku try hidu :P
org cakap , bila pregnant perangai pelik , so maybe aku akan buat :P
nang, jika kau pregnant, jika kau hidu, sila blog pasal nya ya.
dan jangan lupa link kan juga ke blog Nizam.Ariff
Nang,
erk..?!! ganggu budak dalam rahim karang la...
Ya, macam Tata cakap tu, sila buat entry khas jika pregnant dan menghidu minyak tanah...
korang doakan aku pregnant cepat , and before that , doakan aku khawin cepat ye :P
nang, nak doakan jumpa jodoh cepat tak?
eh, kau dah ada calon belum?
a'ah , doakan ye :)
calon , aku tak jumpa lagi...semua species pupus sekarang :P
oke, insyaAllah. sama-sama doa ye, semoga yang pupus itu berganti generasi nya.
Nang, Tata,
Aku tolong aminkan je...
aamiiinn
ingat nk buat bakor sampah...
.
Azani,
jangan tetiba ko yang berharap lak... hahaha
TM,
Orang bakor sampah guna daun pisang kering je untuk jadi starter...
Minyak gas, satu memori yang berharga. Teringat dapur kayu mak dulu2!
Dan satu lagi, mesti aku terbayang tuan kedai pamkan minyak gas ke dalam botol kuning tu, bunyinya krik! krik! krik!
Su @Aya,
Haah..!
Aku lupa nak citerkan yang tu.. pam minyak besi tu yang guna konsep archimedes tu,... hahaha
aminkan doa
azani,
sama..
Bau minyak tanah mengingatkan aku pada zaman kanak kanak... mak masak kuih muih..letak oven butterfly atas dapur minyak tanah.. aku jadi tukang isi minyak dalam balang kaca...
Ini cerita budak yg dah tua..
Budak sekarang macam bengong..melopong..
Haha...
Ash,
Minyak tanah pun silap2 kata cuka... dah gunakan botol cuka skrg ni...
Post a Comment