.
Tak sampai 2 minggu lagi, Insha Allah, akan tiba bulan Syawal.
Cumanya, aku tak terasa sangat bahang beraya itu seperti tahun-tahun dulu.
(tahun-tahun dulu tu maksudnya 10-20 tahun dulu).
Kenapakah agaknya?
Mungkin ini kerana aku nak masuk diusia tua makanya hari raya itu dilihat dari sudut yang lain. Aku lihat hari raya sebagai satu episod nostalgia... mahukan kalau boleh seperti aku kanak-kanak dulu. Aku pandang hari raya itu sebagai satu period yang sepatutnya klasik... segala-galanya berkaitan dengan kehidupan yang lepas-lepas.
Atau mungkin kerana tinggal di sini tak dapat dengar letupan meriam dan mercun. Tak nampak lampu minyak tanah. Tak ada bau sawah gambut. Tak ada dengar bunyi daun-daun pisang di tiup angin petang. Tak ada bau asap dari bakaran daun-daun yang disapu oleh anak dara sunti.
Atau mungkin kerana Bapak sudah tiada untuk memberikan aku sehelai kain pellikat di pagi hari raya... seperti mana selalunya...
.
8 comments:
bukan faktor usia. Ketiadaan ayah atau ibu atau kedua2nya menyebabkan hari raya dah tak membawa apa apa yg.indah utk.diri sendiri..
Ye, raya sekarang tak sama mcm dulu lagi. Mungkin suasana tmpt yg kurang meriah. Faktor cuti juga yg sedikit juga membuatkan xd mood nk beraya. Kalau zaman kanak2 dulu waktu raya adalah yg paling best.
Puteri,
ooo.. maknanya, apa yang aku rasa lebih kurang sama dengan anak yatim piatu...
Teena,
Jom kita patah balik ke zaman budak-budak nak? seminggu je, lepas tu masuk balik ke alam dewasa ini...
Nizam : jom2, jd kanak-kanak ribena semula...
Teena,
Jom!.. kita mulakan dengan membeli sebotol Ribena...
pst: aku dah ada beli.. malam ni aku boleh jadi kanak-kanak semula...
Saya pun xde semangat.
Something bad happen yesterday.
Rus,
takpe, asalkan semangat ramadhan masih utuh...
Bau bakaran daun-daun kering?
Owhh tolong lahh!!!
Gue amat suka bau itu.
Hmmm... nostalgia dan nostalgia dan nostalgia lagi.
Ribena masam. Gue tak gemar. Baru malam tadi minum sambil menemani askar-askar di rumah bermain bunga api.
Post a Comment