Sunday, January 18, 2009

SkeTsa: Lagi kulum-kulum part 2

Petang itu.
Milah berlari-lari anak menuju ke dewan sekolahnya. Dia terlewat. Sedikit, tak banyak. Sesekali dia membetul-betulkan anak tudung dan baju PBSMnya yang terselak di hembus angin petang.

Sesampai di dewan, teman-temannya yang lebih senior sedang meneliti buku teks kecil 'Panduan Kecemasan'.



"Baiklah, petang ini kita belajar 'Kaedah Pemulihan Pernafasan'" kata cikgu.

Milah kelam kelibut menyelak helaian buku teks kecilnya. Dia tertegul apabila melihat gambar yang terlukis pada muka surat itu. Gambar kepala seseorang sedang melekapkan mulut pada mulut seorang lain yang sedang terbaring. Kedengaran ketawa kecil bernafsu dari abang-abang senior. Milah toleh kepada mereka. Milah lihat semuanya muka-muka gampang!




"Sekejap cikgu, Milah hendak ke tandas"

Beberapa minit kemudian, Milah masuk semula ke dewan. Di dalam genggamannya ada paip getah berwarna kuning sekaki panjang.


Abang -abang senior mula tarik muka haprak! Dua tiga diantaranya meraba-raba sekitar halkum dengan mimik muka ngeri........







.

9 comments:

kakpah said...

Adui.. bebudak sekolah dulu dan sekarang tak ubah-ubah perangai. Bantai je milah budak-budak kurang asam tu.

tasikmerah said...

tu budak dulu2 tu aku rasa... budak2 la ni... lagi dia suka... ha ha.


.

hegira said...

haha.

betul gak cakap tasik.

Nizam.Ariff said...

Kakpah, TM, Alina...

Aiii...macam pakat je? Budak lelaki dulu masih bersopan, kalau nak bersentuh bibir pun lapik pakai sapu tangan..hahaha

addyaholix said...

lawa ke milah tuh?

hehehh

Nizam.Ariff said...

Addy,
Comel, cute, manja ...
pipi pauh dilayang,
alis matanya lentik,
kulit telur dikupas,
hidung mancung seludang,
betis bunting padi,
bibir delima merekah,
mata nilam bundar,
gigi mutiara sebaris,
...segala yang kamu impikan.


tapi semuanya imaginari...hahahaha

Princess Liyana said...

walla..dasyatnye imaginari milah tu..ekeek;P

Nizam.Ariff said...

Princess,
Dalam ruang imaginari, semuanya boleh...tapi kalau ada, aku nak juga seorang....lagi....hahahaha

alerts said...

clutch bags
ladies bags
mulberry bag
mulberry handbags
mulberry handbag

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com