Thursday, April 2, 2009

Bila ayam dan itik mula berbual, apakah topik utama?

Bagaimana agaknya kalau nak beli barang tanpa bertutur dengan si penjual?

Stesen minyak berjenama luar negara tu menjadi tempat mudah aku beli barang. Cuma, sejak kebelakangan ni, kedai runcitnya tutup cepat sangat. Pukul 8pm dah tak boleh masuk. Kalau nak beli, kena order dari tingkap cermin yang berlubang kecil. Aku faham masalah dia orang. Stesen minyak tu pernah kena samun beberapa bulan yang lepas.



Kelmarin, aku nak minum air buatan orang kampung, air akar kayu yang itu. Baru nak bukak pintu rumah, Mama ikut pesan air buatan orang kampung tapi air akar kayu yang lagi satu. Wow! Nak lawan agaknya. Lawan tetap lawan.

Bila sampai kat stesen tu pintu dah tutup, aku pesan air tu ikut tingkap cermin. Bangla tu faham aku nak air dalam tin tapi asyik sebut jemana air yang lain. Naik serak suara aku melawan bingit kenderaan yang bising di jalan raya. Akhirnya, bangla tu pergi ke peti sejuk minuman. Ada macam-macam jenis. Dia tunjuk satu tingkat, aku gelengkan kepala. Dia tunjuk tingkat lain, aku gelengkan kepala lagi. Aku dah naik angin. Nak menjerit, nanti takut orang cakap aku dah kebulur air, dah nak mampos.



Aku gunakan bahasa isyarat. Untuk air tin akar kayu aku punya, aku angkat tangan kanan. Aku genggam telapak tangan. Kemudian, tangan kiri aku topangkan dibawah lengan dan aku hayunkan kedua-dua tangan berirama. Dia faham, dia tunjukkan air tin yang aku nak. Tepat. Lalu aku angguk. Selesai satu perkara.

Kemudian, aku tunjukkan air tin yang sebelahnya. Air untuk Mama. Dia tak faham. Dia ambil air tin yang sama, 2 tin. Aku gelengkan kepala. Dia konfius. Dia angkat-angkat bahu tanda tak faham. Dia letak balik kedua-dua air tin tu. Susah ni.


Aku gunakan bahasa isyarat lagi.
Aku angkat tangan kiri. Aku temukan jari telunjuk dan ibu jari.
Aku angkat tangan kanan. Aku luruskan jari telunjuk kanan.
Aku masukkan jari telunjuk di dalam gelungan jari telunjuk-ibu jari tangan kiri.
Aku sorong jari telunjuk kanan 2-3 kali. Kemudian, aku keluarkan balik jari tu.

Aku goyangkan tangan kanan dan aku tunjukkan isyarat no. 1. Aku goyangkan tangan kiri dan aku tunjukkan isyarat no. 1.

Hah! Baru dia faham. Bangla tu senyum dan dia ambil 2 tin air minuman yang betul....fuh!

Selesai masalah.




.

11 comments:

AZANI said...

hua hua hua hua bahasa lucah dalam pelbagai versi.Mu memang Hebak bro. Kelahhh..

kakpah said...

Akak boleh bayangkan situasi engkau dengan bangla tu. Kalau bertuturpun ada bangla yang susah nak faham, apatah lagi dengan bahasa isyarat engkau yang tah apa-apa.
Tapi akak nak tabek jugaklah pada bangla tu sebab dia paham isyarat lucah nko. Agaknya itu bahasa isyarat internasional.

ashley said...

Quack quack quack..
Caackoo dooo dooo...

faham?

tasikmerah said...

hahahahaha..... n3 mencarut di petang khamis. banyaklah setan terkorban mlm ni nampak gayanya. ha ha.

rumah aku jugak yg banyak setan. aku dapat mc seminggu. hahaha...


.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Nak ceriakan malam yang basah pada musim lembab, kena la berusaha dan kreatif... hahaha.

Kakpah,
Kak, jangan amalkan kod isyarat tu kalau kat atas kapal laut, isyarat tangan tu boleh mengundang lanun Somalia ... hahaha

Ashley,
Abang kak faham kut maksudnya. Cuba akak berkokok camtu malam nanti kat telinga suami... hehehe.

TM,
Kesian kat ko, seminggu setan kat rumah tak terbunuh. Tak pe, minggu depan qadha' la... tapi jangan gelojoh sangat... HAHAHA... eh, baru tadi cakap pasal anak belang-belang, tak menjadi ke? Aku baru je nak tunjuk kat Mama kasi semangat...

ashley said...

Nizam,
Hissshh... kamu ni budak budak pergi makan kacang CEGHODIK kat depan tu!!

ashley said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kacang ceghodik? Kacang mende tu? Kacang Mekah kut? Pistacio kan?

SHIMI said...

susah benor nak dapatkan power eekk..

xiiinam said...

aku pernah mimpi pergi Jepun...
dan dalam mimpi itu aku begitu fasih bercakap Jepun...
Tapi saat aku terbangun...


sepatah haram Jepun pun aku tak tahu.

psssT; cerita pada entri aku bertajuk "Sayonara....."

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Abis tu, jin super power tak nak datang rumah, kena le cari power sendiri... kalau tak, tak 'perform' bak kata jin tu...

CkLah,
Apahal sampai mimpi ke jepun tu? jauhnya ruh tu terbang....

Sayonara....?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com